http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Organ Kemaluan Gadis 13 Tahun Berubah Menjadi Lelaki


Seorang bapa terpaksa memindahkan anaknya kesekolah kanak-kanak lelaki setelah mendapati anak yang lahir sebagai perempuan yang dikenali sebagai Uhud tiba-tiba bertukar jantina kepada perempuan.

Di negara telok itu sekolah adalah berasinga mengikut gender.Berita ini diketahui oleh bapanya yang terkejut menyaksikan sendiri perubahan organ anak yang pada awalnya mengadu sakit dibahagian perut dan merasa kejang dan dalam masa seminggu telah bertukar menjadi organ lelaki.

"Saya tidak percaya apa yang saya lihat terlebih dahulu ... hanya dalam seminggu,anak perempuan saya telah mempunyai organ lelaki yang penuh dan ini berlaku kepada anak perempuan saya ," kata Ahmed Hassan Mousa dari selatan bandar Khamis Mushait.

"Kami telah diberitahu sebelum itu yang Uhud tidak mempunyai buah dada wanita dan apabila dia sakit di bahagian abdomen beliau, doktor memberitahu kami bahawa dia tidak mempunyai rahim ... beberapa hari kemudian, mereka berkata satu organ lelaki muncul," katanya kepada akhbar harian Alriyadh.

Mousa berkata Uhud kini dinamakan Muad dan telah dipindahkan ke sekolah kanak-kanak lelaki di bandar. "Guru-guru beliau di sekolah perempuan memberitahu beliau sangat cerdik tetapi keras kepala ...dan ini mengejutkan meraka," katanya.

"Sesetengah orang jiran-jiran juga telah memberitahu saya bahawa dia berkelakuan seperti lelaki ... saya sendiri menyedari bahawa dia selalu bermain dengan abangnya tidak kakaknya."

Mousa berkata anak baru telah didaftarkan sebagai Muad di semua jabatan kerajaan yang berkaitan


sumber: abadiromeo.blogspot.com

2 ulasan:

  1. peliknya.....tapi siapa kita utk menidakkan kejadian yg dicipta olehNYA..

    BalasPadam
  2. Muka pun muka lelaki. Sanggup dia kata anak dia perempuan awal2 tu? haih

    BalasPadam