http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Lori 'ditelan' lubang besar

SEORANG pegawai melihat lubang besar di jalan raya yang 'menelan' sebuah lori di Changchun, China.



CHANGCHUN - Tindakan sebuah lori melalui jalan raya yang merekah mengundang padah apabila jalan berkenaan tiba-tiba runtuh dan menyebabkan kenderaan itu terbenam ke dalam satu lubang besar.
Kemalangan itu berlaku Changchun, wilayah Jilin di timur laut China kelmarin.
Pemandu dan kelindan lori cedera dalam nahas tersebut, tetapi tiada laporan sama ada mereka parah atau sebaliknya.
Pihak berkuasa yang menyiasat kejadian tersebut mengesyaki lori berkenaan membawa muatan berlebihan semasa kejadian.
Terdapat sekitar 100,000 kematian pada setiap tahun akibat kemalangan jalan raya di China iaitu dua kali ganda lebih tinggi daripada Amerika Syarikat (AS). Sedangkan AS memiliki empat kali ganda lebih banyak kenderaan berbanding China. 

Nenek 74 tahun ahli bina badan

ERNESTINE SHEPHERD tersenarai dalam Guinness Book of Records sebagai ahli bina badan wanita tertua.

BALTIMORE - Walaupun sudah berusia 74 tahun dan bergelar nenek, kekuatan dan stamina Ernestine Shepherd sukar ditandingi oleh wanita muda.
Malah, warga emas itu diiktiraf Guinness Book of Recordssebagai ahli bina badan wanita kompetitif paling tua di dunia.
"Usia hanyalah angka semata-mata," kata Ernestine yang mempunyai perut langsing dan berotot.
Suaminya yang berusia 54 tahun, Collin Shepherd berkata, sejak 18 tahun lalu, isterinya telah menyertai 18 acara marathon dan memenangi dua pertandingan bina badan.
Pasangan tersebut menetap di Baltimore, Amerika Syarikat (AS) bersama anak lelaki dan seorang cucu yang berusia 14 tahun.
Mengenai rutin hariannya, Ernestine bangun seawal pukul 3 pagi untuk bermeditasi sebelum berjoging sejauh 16 kilometer di sebuah taman.
Dia cuma makan nasi perang, dada ayam dan sayuran bersama segelas putih telur tiga kali sehari untuk kekal bertenaga dan langsing. 



Budak 10 tahun tangkap buaya



ROCKLEDGE - Seorang budak lelaki berusia 10 tahun terkejut melihat seekor buaya jenis alligator sepanjang lebih 1 meter menyambar jorannya ketika dia memancing di sebuah terusan di sini, negeri Florida, Amerika Syarikat.
Jauh sekali melarikan diri, budak lelaki berkenaan, Michael Dasher sebaliknya bergelut dengan buaya tersebut selepas ia naik ke darat.
Dengan bantuan dua rakannya, Dasher mengikat mulut reptilia tersebut sebelum menyeret haiwan itu ke rumahnya yang terletak berdekatan kerana tidak mahu dituduh hanya mereka-reka cerita.
Dia hanya mengalami beberapa kesan calar dan luka kecil pada badannya dalam pergelutan tersebut.
"Cucu saya tidak takut pada apa-apa pun," kata datuknya yang berusia 57 tahun, Benji Cox.
Reptilia itu kemudian dibebaskan pihak berkuasa hidupan liar kerana ia tergolong dalam spesies yang dilindungi di AS dengan mereka yang menangkapnya berdepan denda AS$500 (RM1,512) dan hukuman penjara hingga 60 hari. - 


Saintis Afrika Selatan temui lipas melompat


CAPE TOWN - Sekumpulan saintis Afrika Selatan menemui spesies baru lipas yang boleh melompat seperti belalang, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Serangga itu yang tidak diketahui kewujudannya sebelum ini ditemui melompat di dalam semak di Taman Negara Table Mountain dekat sini.
Ia tersenarai dalam 10 spesies utama dan terbaru yang ditemui pada tahun ini.
"Lipas ini memiliki kaki belakang panjang dan sofistikated untuk membolehkannya melompat tinggi ke udara," kata seorang saintis yang membuat penemuan tersebut, Mike Picker.
Dia dan rakannya, Jonathan Colville menemui lipas ganjil sepanjang 1.27 sentimeter itu pada 2006 dan mengkaji serangga tersebut di makmal mereka di sini. -


Kura-Kura Berjalan dengan Skateboard


LONDON - Tuly, seekor kura-kura malang yang kehilangan satu kakinya, kini tidak perlu susah lagi. Tuly kini boleh melangkah lebih cepat lagi, berbanding teman-teman yang lainnya.

Kaki depan kanan Tuly hilang kerana digigit seekor tikus ketika ia sedang berehat.

Berkat idea gadis kecil bernama Eleanor, anak perempuan Philip Chubb (64) seorang pengasas kelompok pecinta kura-kura, Tuly tidak lagi kesulitan untuk berjalan.

Di bawah badan Tuly dipasangkan papan yang dikepitkan roda sebagai pengganti kaki. "Kami mendapatkan Tuly di sebuah klinik doktor haiwan, setelah ia menjalani operasi amputasi kaki demi keselamatan nyawanya,” ujar Philip Chubb, seperti dilapor Orange, Jumaat (27/5/2011).

“Pada saat itu dia kelihatan sangat lemah. Boleh bergerak dan berjalan namun sangat sukar,” katanya.

Kulit bawahnya pun selalu bergesel ketika ia berjalan. Hal tersebut dapat menambah komplikasi bagi Tuly.

Akhirnya Chubb membeli traktor mainan dan diubahsuai beberapa rodanya.. salah satu roda. Lalu dia membuat penyepit dari logam dan strip kain pelekat (velcro).

"Tuly nampak tak keberatan diletakkan di atas roda tersebut dan nampak senang bersantai bersama kaki barunya. Dia sekarang benar-benar kura-kura tercepat yang kita miliki dan lucu," 


Ikan bertangan




Ikan pelik species baru di dasar lautan timur dan selatan aussie


Kolam penguin RM9.93 juta di Zoo London

SEORANG kanak-kanak melihat aksi penguin di Zoo London baru-baru ini.

LONDON - Sebuah kolam terbesar penguin berharga £2 juta (RM9.93 juta) dibuka kelmarin di Zoo London di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Ia mempunyai ruang untuk pengunjung melihat apa yang berlaku di dalam kolam itu menerusi tingkap yang disediakan.
Pakar penguin Persatuan Zoologi London, Tom Hart berkata, kolam itu lebih besar dan dalam berbanding yang yang terdapat di zoo itu sebelum ini.
Sebelum ini, zoo itu mempunyai kolam untuk penguin yang dibina pada 1934 tetapi ditutup lapan tahun lalu selepas pakar-pakar menyatakan ia tidak lagi sesuai untuk didiami haiwan tersebut. -



Anjing betina susukan anak kacukan harimau dan singa

SEEKOR anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dan singa 
di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China baru-baru ini.

BEIJING - Seekor anjing betina menyusukan dua ekor anak kacukan harimau dengan singa di Zoo Hidupan Liar Xixiakou, Shandong, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak kacukan harimau dan singa itu tidak lagi diberikan minum susu oleh ibu haiwan tersebut selepas beberapa hari ia dilahirkan.
Ibu haiwan itu ialah seekor harimau Manchuria manakala bapa kedua-dua anak tersebut ialah seekor singa.
Kakitangan zoo berkenaan kemudian menjadikan anjing betina yang baru melahirkan anak sebagai ibu angkat untuk kedua-dua anak kacukan berkenaan.
Jurucakap zoo itu, Cong Wen berkata, kedua-dua anak haiwan itu mengalami masalah semasa mula meminum susu anjing tersebut tetapi kini ia sudah serasi dengan gembira minum bersama beberapa anak haiwan berkenaan. 


Doktor terkejut kembar luar biasa berkongsi minda

TATIANA (kiri) dan Krista bercantum di bahagian kepala tetapi berkongsi minda.

VICTORIA - Satu pasangan kembar, Tatiana dan Krista Hogan yang bercantum di bahagian kepala dan berusia empat tahun mengejutkan doktor di British Columbia kerana mereka berkongsi minda, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum doktor itu mengetahui mengenai perkongsian minda tersebut, ibunya terlebih dahulu mengetahuinya berdasarkan penelitian kelakuan mereka.
Ibu itu pernah melihat Krista berasa gembira memakan sos manakala Tatiana cuba untuk mengelak pergerakan lidahnya walaupun dia tidak menyentuh sos.
Para doktor percaya bahawa kembar berkenaan berkongsi sebahagian otak yang dikenali sebagai thalamus yang menghantar deria rasa ke bahagian cerebral cortex.
Dalam satu temu ramah dengan akhbar New York Times, ibu pasangan itu, Felicia Simms berkata, seorang kembar tersebut boleh mengetahui apa yang dilihat oleh kembar lain.
Menurutnya, salah seorang kembar itu akan memberikan reaksi 'whoa' jika perut saudaranya tersebut sudah dipenuhi dengan air jus.
Profesor Todd Feinberg yang bertugas dengan Kolej Perubatan Albert Einstein memberitahu akhbar itu: "Ia kelihatan seperti mereka sebenarnya seorang individu pada satu ketika."



Hotel pokok di Sweden

SEBUAH kontena yang dijadikan hotel diletakkan di celah-celah pokok dekat bandar Harads, Sweden.

STOCKHOLM - Hotel pokok untuk dihuni oleh orang ramai terdapat di sebuah kawasan hutan dekat bandar Harads, Sweden, lapor sebuah akhbar semalam.
Bilik-bilik hotel itu diletakkan pada ketinggian beberapa meter di celah-celah beberapa pokok dan diberi pelbagai nama sepertiThe Bird's Nest dan The Blue Cone.
Katil dan pelbagai kemudahan lain disediakan dalam kontena yang diubah suai menjadi bilik hotel termasuk tingkap kaca yang besar bagi membolehkan penghuni melihat pemandangan indah hutan.
"Idea hotel itu ialah untuk mencipta sesuatu yang selesa, hotel yang membolehkan orang ramai tinggal dengan harmoni bersama alam semula jadi di atas pokok," kata pencipta hotel tersebut, Kent Lindwall.
Dia mencipta hotel itu bersama dengan isterinya, Britta Jonsson Lindvall pada tahun lalu.
"Setiap bilik direka supaya mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan kebanyakan bilik mempunyai dua katil, tempat duduk tetapi tiada televisyen," tambahnya.
Menurutnya, tangga kayu dan tali disediakan bagi membolehkan orang ramai menaiki hotel itu.
Hotel itu dicat dengan bahan yang membolehkan burung melihatnya pada waktu malam bagi mengelak ia dilanggar.
Kadar menginap untuk satu malam di hotel itu ialah AS$633.18 (RM1,937).



Topi ‘tandas’ dijual RM405,000

Topi yang dipakai Puteri Beatrice telah berjaya dijual di eBay


LONDON: Topi yang dipakai Puteri Beatrice di majlis perkahwinan diraja bulan lalu dan disifatkan secara meluas sebagai tempat duduk tandas, dijual sebanyak 81,000 paun (RM405,000) menerusi eBay, semalam.

Wang berkenaan akan dibagi sama rata antara Tabung Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Kanak-Kanak Dalam Krisis yang menyiarkan keputusan lelongan itu di laman web masing-masing.

Kekecohan mengenai topi yang dipakai pada majlis perkahwinan sepupunya, Putera William dengan Kate Middleton mengejutkan Beatrice, anak bapa saudara William, Putera Andrew dan Sarah Ferguson.


“Saya terkejut dengan tumpuan yang diberikan pada topi itu,” kata Beatrice di tempat lelongan itu diadakan.

“Saya berharap siapa yang menang pembidaan itu seronok dengan topi itu seperti yang saya alami.



Harga bidaan terhadap topi rekaan Philip Treacy itu bermula pada 5,000 paun (RM25,000). Treacy berkata, dia teruja dengan keputusan Beatrice untuk mendermakan topi itu kepada badan kebajikan. 

Dua pekebun cipta taman tergantung

TAMAN tergantung dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea di London sejak Sabtu lalu.


LONDON - Dua pekebun mencipta taman tergantung yang dipamerkan dalam Pertunjukan Bunga Chelsea sejak Sabtu lalu.
Taman unik sepanjang 26 meter ciptaan dua pekebun itu, Diarmuid Gavin dan Patrick Collins itu dibiarkan tergantung berhampiran Sungai Thames di sini.
Gavin berkata, dia berharap taman yang digantung pada ketinggian 25 meter itu akan mencuri perhatian pengunjung.
Taman itu digantung dengan menggunakan sebuah kren.
"Mereka yang bertuah akan dapat duduk di atas bangku di dalam taman itu dengan badan mereka dipasang abah-abah keselamatan," katanya.
Menurutnya, idea menghasilkan taman tergantung itu diambil daripada pulau tergantung Pandora dalam filem sains fiksyen Avatar yang diarahkan oleh James Cameron.




Bayi baru lahir diperdengarkan muzik klasik

SEORANg bayi diperdengarkan dengan lagu klasik di wad bersalin di Hospital 
Saca, Kosice, Slovakia pada 10 Mei lalu.

KOSICE, Slovakia - Sebuah wad bersalin di sebuah hospital di sini menemui satu kaedah bagi mententeramkan bayi yang baru lahir melalui terapi muzik klasik.
Wad bersalin di hospital Kosice-Saca itu meletakkan fon kepala yang kelihatan amat besar di tellinga bayi-bayi supaya mereka mendengar muzik ciptaan Mozart atau Vivaldi sebanyak lima hingga enam kali sehari.
Selain muzik klasik, bunyian hutan semula jadi turut digunakan, malah jururawat turut menggunakan kaedah itu untuk menjaga bayi pramatang bagi menstabilkan pernafasan mereka.
Ketua wad berkenaan, Dr. Slavka Viragova berkata, muzik itu berfungsi sebagai pengganti suara ibu dan ia membantu bayi bernafas dan mengekalkan denyutan jantung.
"Trauma kelahiran banyak memberi tekanan kepada bayi. Namun terapi muzik membantu seorang bayi meningkatkan berat badan, menghapuskan tekanan dan menangani kesakitan," katanya yang turut melancarkan projek terapi muzik tersebut.


Rahang jerung terbesar dunia dilelong

RAHANG ikan jerung yang akan dilelong pada 21 Jun depan di Dallas, Amerika Syarikat.

DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Rahang ikan jerung terbesar di dunia dipercayai berusia dua juta tahun akan dilelong di pusat lelongan Heritage di Dallas di sini pada 21 Jun ini, lapor sebuah akhbar semalam. Ia berukuran 2.7 meter (m) panjang dan 3.3m lebar.
Menurut pengarah jabatan sejarah dan alam Heritage, David Herskowitz, bidaan minimum rahang jerung itu adalah sebanyak AS$625,000 (RM1.9 juta) tetapi dijangka dibida sehingga mencecah AS$700,000 (RM2.1 juta).
"Rahang ini memiliki empat gigi. Ia dianggap aneh. Dianggarkan kurang daripada 10 jerung spesies ini yang wujud," kata Herskowitz.
Rahang itu dihasilkan dengan 182 fosil gigi ikan jerung terbesar dunia, Carcharocles megalodon yang pupus kira-kira dua juta lalu.
Ia dihasilkan oleh pemburu fosil, Vito Bertucci yang menghabiskan masa hampir dua dekad mencari gigi untuk diletakkan pada rahang tersebut.



Kereta Ferrari disimpan di dalam rumah

KERETA Ferrari F355 milik Jon Ryder disimpan di dalam rumahnya di Sheffield, Britain.

SHEFFIELD, Britain - Seorang pemuda, Jon Ryder menyimpan sebuah kereta Ferrari F355 di dalam rumahnya sejak tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta buatan 1996 yang mempunyai kelajuan sehingga 294.50 kilometer sejam itu dibelinya lebih tiga tahun yang lalu.
Menurut Ryder, apabila berpindah rumah bersama isterinya pada tahun lalu, dia melihat terdapat ruang depan dalam rumahnya yang boleh diubahsuai untuk menjadi garaj menyimpan kereta idamannya itu.
Pintu 'garaj' yang menjadi laluan masuk kereta sport itu terlindung dengan kain langsir dan dia mengambil masa selama sebulan untuk melakukan pengubahsuaian.
Kereta itu berharga £83,000 (RM405,936) semasa dikeluarkan pada tahun 1990-an tetapi kini nilai kenderaan tersebut berkurangan kepada sekitar £35,000 (RM105,437).
"Saya masih tersenyum pada setiap hari kerana memiliki kereta idaman saya," kata Ryder. 


Tengkorak Mona Lisa ditemui di biara

TENGKORAK wanita yang dipercayai Mona Lisa ditemui di kubur bawah tanah di biara 
St. Ursula, Florence baru-baru ini.


FLORENCE, Itali - Para arkeologi menemui satu tengkorak wanita yang dipercayai menjadi model untuk pelukis terkenal, Leonardo da Vinci melukis potret Mona Lisa, lapor sebuah akhbar semalam.
Tengkorak dan tulang wanita itu ditemui semasa mereka menggali kubur bawah tanah di biara St. Ursula, Florence yang dipercayai milik seorang wanita yang menjadi model pelukis tersebut melukis potret Mona Lisa.
Pasukan penggalian mendedahkan pada minggu lalu bahawa mereka menemui bilik kawasan rahsia selepas dua minggu melakukan kerja-kerja mencari di biara St. Ursula yang telah tidak digunakan lagi.
Kubur itu dipercayai milik Lisa Gherardini Del Giocondo.
Wanita itu yang merupakan isteri seorang saudagar sutera yang kaya mati pada 1542.
Di Itali, Mona Lisa dikenali sebagai La Gioconda.
Beberapa pegawai berkata, tengkorak itu ditemui 1.52 meter di bawah lantai sebuah biara bersama tulang rusuk dan tulang belakang selepas kerja-kerja menggali dilakukan.


 KUMPULAN wartawan dibawa melawat ke kawasan penggalian kubur seorang wanita 
dipercayai Mona Lisa di biara St. Ursula, Florence, Itali kelmarin.

Kini para saintis akan menguji asid deosirikbonukleik (DNA) tulang itu dengan tulang dua kanak-kanak yang ditanam dekat kubur tersebut.
Jika saintis dapat mengesahkan tengkorak itu milik model tersebut, artis forensik akan cuba membina semula muka wanita berkenaan untuk dibandingkan dengan lukisan berusia 500 tahun yang dilukis oleh da Vinci.
Penemuan itu diharap dapat menyelesaikan misteri identiti wanita yang menjadi model untuk da Vinci melukis potret Mona Lisa. 


Bentuk tapak kaki gergasi di sawah padi

PENDUDUK di Sleman digemparkan dengan kemunculan satu bentuk kaki manusia 
gergasi di Minomartani, Ngaglik, Sleman pada Ahad lalu.

SLEMAN, Indonesia - Satu bentuk tapak kaki manusia gergasi ditemui di satu kawasan sawah padi di sini dengan ukuran seluas 3,000 meter persegi, lapor akhbar Tribunnews.com semalam.
Ia ditemui oleh pemilik sawah itu, Rebo Suwardi pada Ahad lalu pada pukul dua petang.
Menurutnya, bentuk itu disebabkan oleh angin dan sebahagian pokok padinya telah tumbang akibat ditiup angin kuat.
Dia berkata, selepas hujan turun dengan lebat, dia kembali melihat sawah tersebut dan mendapati terdapat bentuk seperti kaki manusia gergasi.
Bagaimanapun, polis di Sleman, Yogyakarta akan melakukan siasatan sama ada bentuk itu dibuat oleh manusia.
Seorang pegawai polis, Irwan Ramaini menyatakan pihaknya masih belum mengetahui siapa yang membuat bentuk tapak kaki manusia itu.
Sebelum ini, beberapa lingkaran misteri yang dikaitkan dengan objek terbang tidak dikenali (UFO) ditemui di kawasan sawah padi Pulau Jawa.
Bentuk lingkaran misteri yang dalam pelbagai bentuk itu pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat.


Anak kucing bermata satu


PELIK ...kucing bermata satu tiada hidung dengan lidah terkeluar.


TAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.


Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.


Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.


“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.

“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.

Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.


Seratus UFO di Shinjuku


KIRA-KIRA 100 objek terbang tidak dikenali (berwarna putih) berlegar-legar di ruang udara Shinjuku, 
Tokyo pada April lalu.

TOKYO - Sekumpulan cahaya misteri yang dipercayai objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dengan laju di ruang angkasa Shinjuku, Tokyo, lapor laman Rocketnews24 semalam.
UfO itu muncul pada 8 April lalu pada pukul 4 petang dan klip video tersebut disiarkan di laman YouTube.
Menurut individu yang merakamkan klip itu, sejumlah orang turut melihat UFO itu di luar rumahnya.
Dia berkata, terdapat 100 UFO yang bergerak sebelum ia berkurangan sehingga menjadi 20 buah sahaja.
Terdapat dua buah pesawat terbang berdekatan UFO itu tetapi objek tersebut mungkin berada pada altitud yang lebih tinggi, katanya.


Tembikai meletup

Bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman tembikai

BEIJING: Buah tembikai meletup - mungkin disebabkan peggunaan bahan kimia berlebihan oleh petani - sekali lagi mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan sektor makanan di negara ini.

Media kerajaan berkata, hampir 120 ekar hasil tembikai di bandar Danyang musnah akibat kejadian itu selepas petani menggunakan bahan kimia forchlorfenuron untuk mempercepat pertumbuhan tanaman itu.


“Pada 7 Mei lalu, saya menghitung terdapat 80 buah tembikai yang meletup tetapi tengah hari ini bilangannya meningkat kepada 100,” kata petani, Liu Mingsuo kepada Stesen Televisyen 

Kerajaan, Televisyen Pusat China (CCTV) dalam laporan yang disiarkan, semalam.

Menurutnya, dia menyembur tanaman itu dengan bahan kimia hanya sehari sebelum itu.


“Dua hari kemudian, saya tidak peduli lagi untuk menghitung,” tambah Liu yang mengaku menyembur forchlorfenuron di ladang tembikainya yang seluas tiga hektar - lebih daripada dua pertiga hasil tanamannya - musnah.


Bagaimanapun, laporan CCTV dan media lain turut memetik kenyataan pakar yang menyebut keadaan itu disebabkan oleh perubahan cuaca apabila hujan lebat turun secara tiba-tiba di kawasan berkenaan yang mengalami kemarau sebelum ini. 



Ular Sawa Terbesar Dunia Tersangkut dalam Wayar



Kereta api unik untuk masa depan

KERETA API unik yang dicipta oleh para penyelidik di Universiti Tohoku, timur laut Jepun baru-baru ini.

TOKYO - Para penyelidik di Universiti Tohoku, Sendai, di timur laut Jepun yang diketuai Yusuke Sugahara berjaya mencipta prototaip sebuah kereta api unik yang terapung, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kereta api itu mempunyai sayap dan ia kelihatan seperti kenderaan antigraviti dalam filem Star Wars, Landspeeder.
Sayap pada kereta api itu akan membantu kenderaan unik tersebut bergerak pada kelajuan yang tinggi. 



Ibu bapa berkulit hitam dapat anak kulit putih

FRANCIS TSHIBANGU dan Arlette bergambar bersama cahaya mata baru mereka yang berkulit putih dan 
anak lelaki mereka berusia dua tahun.

LEICESTER, Britain - Satu pasangan suami isteri berkulit hitam begitu terkejut kerana cahaya mata baru mereka merupakan seorang bayi lelaki berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu, Francis Tshibangu, 28, dan Arlette, 25, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang juga berkulit hitam.
Namun, Arlette melahirkan seorang lagi anak lelaki 11 bulan lalu yang berkulit putih dan berambut perang di sebuah hospital di sini.
Cahaya mata baharu itu didapati bukan sindrom albino yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit berwarna putih.
"Saya berasa amat terkejut sehingga tidak mampu untuk bercakap dan saya dapat melihat beberapa doktor saling melihat antara satu sama lain dengan berfikir bayi itu bukan milik saya.
"Kemudian Arlette dan saya saling berpandangan dan tersenyum dan saya kemudian tahu bayi itu adalah milik kami," kata Francis yang merupakan seorang pelajar universiti jurusan antropologi.
Menurutnya, dia sudah tinggal bersama dengan isterinya selama tiga tahun dan isu mengenai kecurangan tidak pernah dipersoalkannya.
"Gambaran awal jururawat ialah Arlette mempunyai hubungan sulit. Namun, saya pasti bayi itu milik saya," tambahnya.
Dia berkata, bayi lelaki itu mewarisi hidungnya dan bibir isterinya.
Pasangan itu percaya kelahiran itu berlaku mungkin disebabkan nenek moyang Arlette pernah melahirkan anak berkulit putih enam generasi lalu



Katak Berkaki Tujuh


GUANGZHOU – Wu Xiaotan, seorang pelayan restoran di wilayah Guangzhou, China, menemukan seekor katak berbentuk aneh. Katak tersebut memiliki tujuh buah kaki.


Berdasarkan laporan China Global Times,  katak ajaib tersebut  ditemukan ketika pelayan hendak menghidangkan sajian berbahan dasar katak.



Menyedari hal ini, Wu menghentikan kegiatan memasaknya dan memelihara katak unik tersebut sebagai haiwan peliharaannya.



Bentuk Unik dan Menarik, Sandwich






Anak anda  susah makan? Jangan Khuatir, itu adalah keadaan biasa anak-anak, anda hanya memerlukan sedikit kecerdasan dan kreatif untuk membuat anda anda tertarik untuk makan. Salah satunya adalah dengan menghias makanan anda menjadi bentuk yang lucu, sehingga anak anda tertarik untuk menyantapnya.

 Disini contoh tentang salah satu bentuk kreativiti menghias makanan menjadi bentuk yang unik, menarik, lucu dan boleh menarik minat setiap anak untuk menyantapnya.