http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ikan. Papar semua catatan

Temui telefon bimbit dalam ikan


GAMBAR menunjukkan Glen (kiri) dan Andrew memegang ikan kod yang menelan telefon bimbit. 

WORTHING - Seorang ahli perniagaan yang kehilangan telefon bimbit selepas tercicir di tepi pantai terkejut selepas seorang nelayan menemuinya terdapat dalam perut seekor ikan kod seberat 11.34 kilogram, lapor sebuah akhbar semalam.

Ahli perniagaan tersebut, Andrew Cheatle menyangka telefon bimbit jenama Nokia miliknya akan hilang buat selama-lamanya di laut selepas tercicir dari poket baju seminggu lalu.

Namun, seorang nelayan, Trawlerman Glen, 45, menelefon teman wanita Andrew, Rita Smith, 33, dan mendakwa menemui telefon bimbit milik Andrew.

Setelah mendapatkan kembali telefon bimbit miliknya itu, Andrew menjemurnya dan didapati ia masih berfungsi.

Glen yang menemui telefon itu berkata: "Ikan kod adalah ikan yang tamak. Ia akan memakan apa sahaja.

"Ikan itu mempunyai kepala dan mulut yang besar.

"Saya pernah menemui cawan plastik, batu, sudu, bateri dan saya turut mendengar terdapat seseorang menemui gigi palsu dalam mulut ikan itu," katanya. - Agensi

Dapat ikan air tawar gergasi

DAVID KENT (kiri) bergambar bersama seekor ikan air tawar gergasi yang berjaya ditangkapnya 
di sebuah tasik di Krabi, Thailand baru-baru ini.

TENBY, Wales - Seorang penduduk Wales, David Kent menggunakan jagung manis sebagai umpan untuk menangkap seekor ikan air tawar gergasi dengan berat lebih lebih 118 kilogram (kg) di sebuah tasik di Krabi, Thailand, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kent, 54, yang merupakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Britain menghabiskan masa selama sejam untuk menaikkan ikan sepanjang dua meter itu.
Dua lelaki membantu dia memegang ikan tersebut yang 32kg lebih berat daripada rekod sebelum ini.
Dia menangkap ikan itu semasa bercuti di Krabi bersama dengan isterinya.
Kent berkata: "Ikan itu mungkin terlalu lapar kerana ia memakan secebis kecil jagung (yang dijadikan umpan)."
Ikan itu kemudian dilepaskan ke dalam tasik selepas gambar haiwan itu dirakamkan sebagai bukti penangkapan.
Kent dan isterinya kemudian memeriksa rekod tangkapan air tawar dan mendapati rekod terdahulu hanya seberat 86.18kg. - Agensi



Ikan bertangan




Ikan pelik species baru di dasar lautan timur dan selatan aussie


Tangkap ikan dengan tangan

SEKUMPULAN nelayan menangkap ikan dengan menggunakan tangan di Tasik Xiannv, China baru-baru ini.


TASIK XIANNV, China - Sekumpulan nelayan tidak menggunakan pukat untuk menangkap ikan tetapi hanya menadah tangan bagi mendapat haiwan itu di sini, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Keadaan itu berlaku kerana musim panas yang melanda di wilayah Jiangxi sekali gus menyebabkan paras air menjadi cetek, baru-baru ini. 


Budak dapat ikan lebih besar daripadanya

RILEY VALLANCE berdiri di sebelah ikan yang berjaya dipancingnya di Tasik Tinaroo, Australia baru-baru ini

TASIK TINAROO, Australia - Seorang budak berusia sembilan tahun, Riley Vallance berjaya memancing seekor ikan yang lebih besar daripadanya dalam satu pertandingan di sini, lapor akhbarThe Cairns Post semalam.
"Saya bergelut selama 20 minit untuk mendapatkan ikan tersebut," kata Vallance yang belajar di tahun empat.
Vallance yang mempunyai berat 25 kilogram (kg) dan tinggi 131 sentimeter itu memperoleh ikan tersebut yang seberat 27.6kg serta panjang 132 sentimeter.
Menurut bapanya yang merupakan seorang ahli biologi, Terry Vallance, ikan tersebut terpaksa ditanam di belakang rumah kerana peti sejuk di rumahnya tidak muat untuk menyimpan ikan itu.



Ikan buaya paling berat di dunia ditangkap

DUA orang ahli biologi Jabatan Perikanan, Hidupan Liar dan Taman Mississippi mengukur ikan buaya yang ditangkap
 Kenny Williams di Tasik Chotard, Amerika Syarikat pada 14 Februari lalu.

TASIK CHOTARD, Amerika Syarikat - Seekor ikan buaya paling berat di dunia berjaya ditangkap oleh seorang pemancing, Kenny Williams di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Berat ikan itu ialah 148.32 kilogram (kg), panjang 2.59 meter dan dianggarkan berusia di antara 50 hingga 70 tahun.
Sebelum ini seekor ikan buaya berjaya ditangkap di Rio Grande, Texas pada 1951 dengan berat 126.55kg.
Menurut Williams, pada mulanya dia tidak mengetahui bahawa ikan yang ditangkapnya pada 14 Februari lalu itu cukup besar.
Lelaki tersebut berkata, selepas dia menaikkan tangkapannya di atas bot, dia berasa terkejut melihat ikan buaya itu yang terlalu besar.
Williams membuat keputusan untuk menyerahkan ikan itu kepada Muzium Sains Semula Jadi Mississippi di Jackson untuk dipamerkan kepada orang ramai. - 



Ikan berkepala buaya ditemui

SEEKOR ikan aneh yang mempunyai mulut seperti buaya dan bersisik mirip ular ditemui di sebuah dermaga membaiki kapal di Kota Tegal, Jawa Tengah pada 5 Februari lalu

JAKARTA - Seekor ikan yang mempunyai kepala mirip buaya ditemui di Jalan Bali, Kelurahan Mintaragen, Tegal Timur, Kota Tegal, Jawa Tengah pada minggu lalu.
Ikan aneh itu yang ditemui pada 5 Februari lalu mempunyai empat sirip dan tiga ekor serta mempunyai sisik seperti ular.
Dua lelaki menangkap ikan itu semasa mereka mencari ikan di dermaga membaiki kapal.
Menurut laporan akhbar dalam talian, Liputan 6.com, ikan itu tidak melawan semasa ia ditangkap.
Sebaliknya, ikan tersebut kelihatan seperti minta ditangkap oleh kedua-dua beradik itu.
Ikan itu diperlihara di dalam kolam kecil di rumah mereka. 

Ikan paus bengkok

SEEKOR ikan paus yang bengkok dekat bahagian ekor ditemui dekat perairan 
Pulau Kauai, Hawaii pada Isnin lalu.

HONOLULU - Seekor ikan paus yang gambarnya dirakamkan dari udara di Pulau Kauai, Hawaii didapati bengkok dekat bahagian ekornya, lapor sebuah akhbar semalam.
Gambar ikan paus humpback itu dirakamkan dari sebuah pesawat pada Isnin lalu.
Pada mulanya, terdapat tanggapan bahawa sebuah bot mungkin melanggar bahagian belakang ikan tersebut.
Namun, seorang penyelaras Pentadbiran Kelautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), David Schofield berkata, ikan itu bengkok mungkin disebabkan penyakit scoliosis atau tulang melengkung.
Penyakit itu jarang dihidapi haiwan tetapi beberapa saintis menyatakan mereka pernah melihat ia turut berlaku ke atas ikan lumba-lumba.


Ikan piranha gergasi berjaya ditangkap

BENTUK ikan piranha gergasi.

LONDON - Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih. Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.
Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya.
Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.
"Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda," katanya.


Patung ikan duyung dipakaikan coli




GAMBAR menunjukkan seorang kakitangan memakaikan coli bagi menutup payu dara patung ikan duyung di Pusat Hidupan Laut Chessington, England baru-baru ini.
        

CHESSINGTON - Sebuah patung ikan duyung wanita dipakaikan coli bagi menutup 'payu daranya' di Pusat Hidupan Laut Chessington, England, lapor sebuah akhbar kelmarin.
 
Coli itu dipakaikan selepas beberapa pelawat lelaki didapati menghabiskan banyak masa dengan melihat payu dara patung ikan duyung tersebut di dalam akuarium pusat berkenaan baru-baru ini.

Ketua-ketua pusat itu kemudian membuat keputusan untuk memakaikan coli pada patung tersebut bagi menghalang sebarang bentuk gangguan lain

Gempar ikan berwajah manusia



GAMBAR (dalam bulatan) menunjukkan seekor ikan kap milik Brenda O'Sullivan yang memiliki wajah seperti manusia.


DAGENHAM - Seekor ikan peliharaan di Britain menggemparkan pemiliknya kerana memiliki wajah seperti manusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan kap itu dibela seorang lelaki, Brendan O'Sullivan di sebuah kolam di rumahnya di sini. Lelaki berusia 44 tahun itu membeli ikan tersebut lima bulan lalu tetapi dia mula mengetahui ia memiliki tanda seperti mulut, hidung dan mata manusia baru-baru ini.

"Hanya pada minggu lalu ketika saya berjemur di belakang rumah saya, saya memerhati ke dalam kolam dan melihat ikan tersebut berenang ke arah saya," kata Brendan.

"Saya kemudian terkejut. Ia memiliki tanda seperti dua mata, hidung dan mulut. Pada mulanya, saya ingat saya mengalami halusinasi," tambahnya.

Ekoran keunikan itu, ikan kap milik lelaki berkenaan kini dianggarkan berharga £40,000 (RM196,067). -