http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Wanita tertua di dunia

Misao Okawa
Misao Okawa

MISAO Okawa, 114, diiktiraf Rekod Dunia Guinness sebagai wanita tertua di dunia dalam satu majlis khas di Osaka, semalam.

Menurut Institut Penyelidikan Gerontologi yang berfungsi mengesahkan maklumat mengenai umur untuk Guinness, Misao dilahirkan pada 5 Mac 1898 dan beliau bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-115, minggu depan.

Pada masa ini, Jepun mempunyai lebih 51,000 penduduk berumur sekurang-kurangnya 100 tahun dan 87 peratus daripadanya ialah wanita.  - AP


Wanita dakwa lahir anak kembar buaya

1131531-kembar-buaya-620X310.jpg

Sinjai: Penduduk di daerah ini di Sulawesi Selatan heboh dengan kelahiran bayi lelaki yang mempunyai kembar seekor buaya.

Penduduk Sinjai dan kawasan bersebelahan berpusu-pusu mengunjungi rumah wanita bernama Huda, 40, untuk melihat kejadian aneh itu.


Anak buaya itu diletakkan di dalam besen berhampiran bayi berkenaan.

Ketika diwawancara wartawan, Huda mengaku mengalami kelainan ketika hamil kali ini, berbanding dengan sebelumnya.


Menurutnya, ketika melahirkan kandungannya di Dusun Bontosunggu di Sinjai Barat, Desa Terasa, dia hanya dibantu oleh suami, Marping. “Yang keluar bukan bayi, tetapi telur putih sebesar bola tenis. Tiba-tiba telur itu pecah dan seekor buaya berwarna hitam dan keemasan muncul. Perut saya tetap besar. Keesokan harinya, saya melahirkan pula bayi saya,” katanya.


Huda dan suaminya yakin anak buaya yang mereka namakan Nur Baya itu ialah kembar anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Nur. - Kompas


Pemandangan biasa di China tapi pelik di Malaysia

ratusan botol ke kilang kitar semula di Shanghai
Lelaki ini terpaksa menolak basikalnya untuk menghantar ratusan botol ke kilang kitar semula di Shanghai.


gegelung plastik di Guiyang
Sebuah lori pikap sarat membawa gegelung plastik di Guiyang

timbunan sampah di Taiyuan
Sebuah keluarga berkongsi kenderaan bersama timbunan sampah di Taiyuan


Demi menampung kehidupan seharian, pemandu China sanggup mengetepikan undang-undang jalan raya atau pun keselamatan diri.

Di sekitar bandar di negara itu, pemandangan kenderaan seperti pikap, lori mahu pun basikal mengangkut barangan melebihi muatan adalah perkara biasa.

Pihak berkuasa negara itu berkata, kebanyakan penduduk di negara tersebut sanggup menggadai nyawa membawa muatan penuh di kenderaan masing-masing sebagai menjimatkan kos dan masa.

“Barang biasa dibawa melebihi had seperti sampah, botol kosong, jerami padi dan kayu,” katanya.

Menurutnya, perkara itu menjadi kebiasaan penduduk terutamanya di wilayah Shanghai, Shouguang dan Huai-an.

“Kami sudah jelak mengeluarkan denda kerana mereka tidak mampu membayar saman dan perkara itu terlalu banyak berlaku di bandar tersebut. - DailyMail


Tukar tayar semasa kereta senget


 The passenger of a Hyundai in Saudi Arabia is seen in a YouTube video changing the tires of the car while it is perched on two wheels.

saudi-tires-2

saudi-tires-3

LOS ANGELES - Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut.

Seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu dan menukar tayar kereta tersebut semasa ia berada dalam keadaan senget.

Klip tersebut dimuat naik pada 10 Februari lalu.

Dalam rakaman di YouTube itu, pelagak ngeri tersebut dilihat turut menanggalkan skru tayar dengan tangannya. - Agensi




Pekerja gunting rambut dengan mata tertutup

MAKSYUK menggunting rambut dengan matanya ditutup di salunnya di Sevastopol 

SEVASTOPOL, Ukraine - Seorang pakar menggunting rambut, Oleg Maksyuk menggunakan dua bilah gunting semasa dia memotong rambut pelanggan wanita di sebuah salun di sini pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, dia menggunting rambut dengan kedua-dua matanya ditutup dengan kain penutup mata berwarna gelap.

Maksyuk membuat kerja-kerja itu dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke salunnya. - AFP

Anda boleh toton videonya disini




Pengecas guna 'pelapik' minuman

Pengecas guna 'pelapik' minuman
Alat ini boleh diterbalikkan kepada dua bahagian berlainan mengikut suhu minuman pengguna.

NEW CASTLE - Pengguna tidak lagi akan berhadapan kesukaran untuk mengecas telefon bimbit pada masa akan datang dengan terhasilnya ciptaan dari sebuah syarikat berpusat di New Castle, Pennsylvania.

Alat pengecas mudah alih digelar Epiphany One Puck kelihatan seperti pelapik untuk minuman panas atau sejuk yang terdiri daripada dua bahagian berlainan.

Difahamkan, alat ini berfungsi menggunakan teknologi enjin Stirling yang menukar haba kepada tenaga bagi mengalirkan kuasa untuk mengecas bateri peranti elektronik.

Tim Joseph dari Epiphany Labs berkata, ciptaan mereka diharap dapat menjadi perintis untuk menghasilkan bekalan kuasa lebih murah dengan hanya menggunakan haba.

"Epiphany One Puck masih dalam peringkat prototaip dan ia dijangka berada di pasaran pada awal tahun depan," katanya.

Pada masa ini, syarikat di Amerika Syarikat itu sedang berusaha bagi mendapatkan dana berjumlah 63,000 pound (RM300,300) untuk membiayai projek pengeluaran produk tersebut. - MailOnline


Haiwan seperti belut disangka makhluk asing

GAMBAR menunjukkan lamprei tetapi disangka ramai penggguna internet sebagai makhluk asing.

NEW YORK - Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.

Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.

Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.

Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. - Agensi





Dua ekor kuda padi dikahwinkan di Rusia

BEBERAPA ekor unta menyaksikan majlis perkahwinan antara kuda padi jantan (kiri) dengan kuda padi betina di Zoo Royev Ruchey, Krasnoyarsk


KRASNOYARSK, Rusia - Dua ekor padi dikahwinkan pada stau majlis yang diadakan di Zoo Royev Ruchey di sini kelmarin.

Para kakitangan zoo itu mengatur majlis perkahwinan tersebut sempena dengan Hari Kekasih.

Kuda padi jantan yang bernama Silver memakai topi manakala kuda padi betina bernama Zorka dipakaikan kain berwarna putih di atas badannya pada majlis tersebut. - Reuters




Bayi 16 bulan telan 42 magnet

This X-ray reveals some of the 42 round magnets inside the toddler's stomach

All the magnets once they had been removed


Moscow: Seorang ibu terkejut apabila menyedari anak lelakinya yang berusia 16 bulan menelan puluhan magnet peti sejuk.

Kejadian berlaku selepas wanita itu meninggalkan kanak-kanak itu buat seketika di dalam bilik. 
Menyedari sesuatu yang buruk berlaku, dia mengejarkan anak lelakinya itu ke sebuah klinik. 

Doktor yang menjalankan ujian imbasan terkejut apabila apabila melihat lingkaran 42 magnet kecil berada dalam perut kanak-kanak itu.


Dia kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menjalani pembedahan serta merta.


“Kanak-kanak itu berada bersendirian bersama-sama magnet itu. Ibunya menyedari magnet itu hilang dan mengesyaki anaknya menelannya,” kata jurucakap klinik. 

Ketua pakar bedah pediatrik, Nikolay Rostovtsev yang menjalankan pembedahan itu berkata: “Selama ini saya perlu mengeluarkan pelbagai bahan dari tubuh berbeza termasuk magnet dari tubuh pesakit kanak-kanak. 

“Pernah sekali saya mengeluarkan 20 magnet, tetapi insiden pesakit cilik ini memecahkan rekod,” katanya. - Daily Mail


Wanita paling hodoh di dunia dikebumikan









BANDAR RAYA MEXICO - Seorang wanita paling hodoh di dunia dikebumikan di kampung halamannya di utara Mexico kelmarin.

Rangka tulangnya dikebumikan selepas lebih 150 tahun kematiannya selepas dia dijadikan bahan pameran di kebanyakan negara.

Dilahirkan di Mexico pada tahun 1834, wanita itu, Julia Pastrana menghidap penyakit hypertrichosis dan hyperplasia.

Penyakit itu menyebabkan dia mempunyai banyak bulu dan mempunyai rahang yang tebal.

Wajahnya itu menyebabkan dia digelar sebagai wanita monyet dan beruang.

Dia yang setinggi 1.34 meter berkahwin dengan seorang penganjur persembahan, Theodore Lent dari Amerika Syarikat (AS).

Wanita itu menari dan menyanyi pada pertunjukan orang pelik di AS dan Eropah.

Pada tahun 1860, dia mati di Moscow, Rusia semasa melahirkan seorang anak lelaki Lent yang mewarisi kon disinya.

Anak lelakinya itu kemudian meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan.

Seorang promoter Norway berjaya memperoleh mumia Pastrana pada tahun 1921 dan dipamerkan pada pertunjukan orang pelik.

Mayatnya itu kemudian diserahkan kepada Universiti Oslo pada tahun 1996.

Pihak berkuasa Sinaloa de Lyva iaitu negeri kelahiran Pastrana di barat laut Mexico kemudian menuntut mayatnya itu untuk dikembalikan bagi tujuan pengebumian. - Agensi




Lebih pintar daripada Einstein


Essex: Lauren Marbe, 16, memeranjatkan gurunya apabila mencatatkan markah 161 pada ujian IQ Mensa selepas menduduki ujian itu secara suka-suka.

Markah ujian IQ dicatatkan anak pemandu teksi itu bermakna dia kini lebih pintar daripada Professor Stephen Hawking, Bill Gates, malah Albert Einstein yang semuanya mempunyai IQ 160. 
Lauren kini tersenarai dalam persatuan Mensa yang bermakna dia secara rasmi berada dalam kelumpuk satu peratus orang paling pandai di dunia. 

Pelajar Sekolah Menengah Roding Valley itu yang diramal mencatatkan semua A dalam peperiksaan GCSE berkata, dia teruja dengan pencapaiannya.


Lauren menduduki ujian IQ itu awal bulan ini.


Ibunya, Sue Marbe, pengetua sebuah sekolah rendah di Essex berkata: “Meskipun Lauren berambut blonde seperti gadis Essex lain, dia berjaya mengikis tanggapan semua pelajar perempuan Essex bodoh.” 

Einstien tidak pernah menduduki ujian IQ kerana peperiksaan itu tidak wujud pada zamannya. Bagaimanapun, pakar percaya dia memiliki IQ 160. 

Ujian IQ bertujuan menguji keupayaan kecerdikan pelajar. Di Britain, purata markahnya ialah 100.


Misteri Mimpi Pak Sheikh Membawa Petunjuk Penemuan Barangan Purba

mistik
Abd Samad menunjukkan salah satu duit syiling yang ditemuinya dekat atas tunggul kayu dekat kebun sawitnya.

mistik
Abd Samad (kanan) menunjukkan barang lama yang dijumpa di kebunnya sekitar tahun 1998, diperhatikan oleh Shamsudin.
mistik
Beberapa duit syiling yang ditemui Abd Samad di kebun kelapa sawitnya

mistik
Rakan Abd Samad, Shamsudin Atin, 60, menunjukkan sebuah botol lama juga dipercayai berumur ratusan tahun yang dijumpai dekat kebun kelapa sawit.


JEMPOL – Mimpi didatangi seorang lelaki berkopiah membawa petunjuk penemuan sebuah barangan purba dipercayai berusia ratusan tahun di sebuah kebun sawit, dekat Felda Lui, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira 15 tahun lalu, masih segar dalam ingatan pemilik kebun, Abd Samad Mahmud, 63, apabila bermimpi seseorang yang dipanggilnya sebagai Pak Sheikh memberitahu terdapat harta dalam kebunnya.

Menurut Abd Samad, pada mulanya dia tidak mengendahkan mimpi yang sering dialami sejak beberapa tahun kerana menganggap ia hanya sebagai mainan tidur.

Bagaimanapun, katanya, disebabkan kerap bermimpi perkara yang sama menyebabkan dia tertanya-tanya dan mahu tahu sama ada diperkatakan lelaki misteri dalam mimpi berkenaan benar atau sebaliknya, sebelum bertindak mencuba nasib selepas beberapa tahun bermimpi.

"Saya cuba beranikan diri mengorek di tempat yang dimaksudkan. Sebaik sahaja saya mengoreknya, saya terlihat beberapa barangan lama seperti mata wang purba, duit syiling lama, mata keris dan beberapa pinggan dipercayai diperbuat daripada tembaga, tertanam di situ.

“Tanpa berlengah lagi, saya terus membawa pulang kesemua barangan itu dan menunjukkannya kepada ahli keluarga lain," katanya.

Abd Samad berkata, dia tidak pernah mengamalkan sebarang amalan atau doa untuk mendapatkan mimpi seperti itu sebelum ini.

Katanya, mimpi tersebut muncul secara tiba-tiba dalam tidurnya setiap malam, selepas menunaikan solat Isyak.

“Walaupun sebelum ini saya tidak pernah mempercayai sebarang mimpi, tetapi kali ini berbeza kerana ia berhubung dengan 'harta' menyebabkan perasan ingin tahu itu semakin membuak-buak, saya cuba menggalinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Felda Lui Muda, dekat sini.

Abd Samad bagaimanapun berkata, kini sudah 15 tahun berlalu dan kebanyakan barangan lama itu telah diberikan kepada individu yang berminat tanpa sebarang bayaran.

“Saya yakin, barang-barang ini adalah peninggalan zaman lama dahulu yang tidak dapat saya tafsirkan tarikh tepatnya dan mimpi itu sekadar petunjuk sahaja.

"Hanya keris, pinggan tembaga dan beberapa duit syiling purba lama sahaja yang masih saya simpan untuk dibuat kenangan, malah tidak pernah berhasrat untuk menjualnya,” katanya.


Kebun jadi tumpuan

Disebabkan kejadian unik itu, katanya, kebunnya juga menjadi tumpuan masyarakat sehingga ada yang sanggup melakukan amalan khurafat dan pemujaan di situ.

Sebab itu, katanya, dia bertindak mengawal dan tidak membenarkan sesiapa jua memasuki kawasan kebunnya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Sementara itu, bekas Imam I Masjid Ampangan, Norazman Mohamad ketika mengulas mengenai perkara itu berkata, mimpi hanya membawa dua maksud, sama ada ia memberi petanda baik atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu itu juga boleh merosakkan akidah sekiranya dalam mimpi itu diajar perbuatan melanggari syariat Islam sehingga membawa kesesatan.

"Bagi kejadian mimpi yang dialami Abd Samad ini, ia membawa alamat yang baik memandangkan dia sendiri tidak pernah mengamalkan atau meminta untuk bermimpi sedemikian.

“Namun, dari segi pemilikan harta itu pula, dia tidak berhak untuk menyimpannya kerana itu bukan miliknya dan harus diserahkan kepada individu menguruskan harta purba tersebut,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Norazman berkata, sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya.

Manakala, katanya, mimpi itu memang diakui ada dalam syariat Islam.



Buaya terbesar mati di Filipina

SELEPAS diukur, Lolong yang sepanjang 6.17m diisytihar buaya terbesar dalam kurungan.

MANILA - Seekor buaya jantan air masin terbesar yang pernah dipelihara di dalam kurungan, Lolong mati selepas 17 bulan reptilia itu ditangkap.

Lolong yang berukuran 6.17 meter (m) panjang mati pada malam Ahad lalu akibat penyakit misteri di sebuah taman ekopelancongan di Bunawan, Pulau Mindanao.

Taman itu dibina oleh kakitangan perbandaran untuk mempamerkan buaya berkenaan.

Kehadiran haiwan tersebut menyebabkan ramai pelancong datang ke Bunawan sekali gus memberi pulangan ekonomi yang besar kepada bandar kecil itu.

"Ia merupakan hari yang paling sedih buat kami. Lolong telah membawa kemasyhuran kepada bandar kami," kata jurucakap bandar itu, Welinda Elorde kepada agensi berita AFP.

Reptilia itu ditangkap di sebatang anak sungai pada September 2011 selepas ia dipercayai membaham kepala seorang kanak-kanak perempuan.

Perangkap besi digunakan untuk menangkap haiwan itu.

Buaya itu juga dipercayai membaham seorang nelayan.

Kira-kira 100 orang yang diketuai Elorde menarik buaya tersebut dengan menggunakan tali dari anak sungai kecil sebelum ia diangkut dengan kren ke atas sebuah trak.

Selepas ditangkap oleh sekumpulan penduduk tempatan dan pakar-pakar haiwan itu, ia diletakkan di dalam kurungan untuk dipamerkan kepada orang ramai.

Akhbar The Philippine Star melaporkan semalam bahawa Lolong menelan tali pntal tiga minggu lalu.

"Kami telah memberikan haiwan itu daging, ayam dan itik.

"Tidak mungkin, ia makan makanan lain," kata Elorde.

Pada tahun lalu, Guinness Book of World Records secara rasminya mengisytiharkan Lolong sebagai buaya terbesar pernah hidup dalam kurungan.

Menurut Elorde, haiwan itu diberi nama Lolong sempena nama seorang pegawai alam sekitar yang mati disebabkan serangan jantung selepas dia pergi ke Bunawan untuk membantu menangkap buaya tersebut.

Satu majlis pengebumian khas akan diadakan untuk Lolong yang seberat hampir satu tan.

Badannya mungkin diawet untuk dipamerkan di sebuah muzium.

Penduduk Bunawan merancang untuk melakukan majlis ritual dengan menyembelih ayam bagi mengucapkan terima kasih kepada roh hutan kerana populariti yang dibawa haiwan berkenaan.

Sekumpulan penganut Kristian juga akan berdoa sebelum reptilia itu dibedah siasat.

Lolong menewaskan pemegang rekod sebelum in, Cassius yang sepanjang 5.48m.

Cassius dipamerkan di sebuah taman di Pulau Green di luar perairan Queensland, Australia. - Agensi






Masuk ular ke dalam hidung

KOMBINASI gambar menunjukkan seorang lelaki memasukkan ular ke dalam hidung dan mulutnya di Kuil Ditan, Beijing semalam.

BEIJING - Seorang lelaki membuat persembahan unik bagi memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina di Kuil Ditan di sini semalam.

Lelaki itu memasukkan seekor ular hidup yang kecil ke dalam hidung.

Mulut lelaki itu juga dilihat mengandungi ular semasa dia membuat persembahan tersebut. - Agensi




Tubuh pemuda dipenuhi paku, jarum

Ronsen

Bambang Sujito, Manusia Paku Meninggal Dunia

GROBOGAN - Berpuluh-puluh paku, jarum dan nat 'bersarang' di tubuh seorang pemuda di daerah Grobogan, Jawa Timur.

Akibat daripada itu, Bambang Sujito, 25, kini hanya terbaring lemah di katil di hospital daerah di Grobogan.

Lelaki yang berasal dari Kampung Teguhan itu sudah beberapa hari dirawat di Hospital Daerah Soedjati, Purwodadi, Grobogan.

Menurut Gunadi, ayah kepada Bambang, kehadiran benda asing di dalam tubuh anaknya itu diketahui tiga bulan lalu apabila anaknya mengadu kesakitan semasa membuang air kecil.

"Bambang juga kerap mengeluh sakit di perut selepas makan dan punca kesakitan itu kami ketahui hanya selepas membawanya ke hospital.

"Hasil pemeriksaan doktor, terdapat berpuluh-puluh paku, jarum dan nat di dalam tubuhnya," kata Gunadi kepada Okezone.

Gunadi berkata, tidak ada gejala aneh yang berlaku sebelum ini, sekali gus membuatkan mereka sekeluarga hairan bagaimana benda asing itu boleh berada di dalam tubuh Bambang.

Sementara itu, pihak hospital sehingga kini masih belum berani melakukan pembedahan kerana keadaan pesakit yang masih lemah. - AGENSI






Penduduk tangkap babi jadian

Babi Ngepet Gegerkan Warga Situbondo
PENDUDUK kampung memerhatikan 'babi jadi-jadian' yang ditangkap oleh penduduk desa Pesanggrahan di Situbondo, Jawa Timur baru-baru ini.

SITUBONDO, Jawa Timur - Penduduk desa Pesanggrahan di sini dihebohkan dengan penangkapan seekor babi yang percayai makhluk jadi-jadian atau lebih dikenali sebagai babi ngepet.

Makhluk tersebut yang berukuran 30 sentimeter panjang dan seberat tiga kilogram ditangkap ketika haiwan itu masuk ke halaman sebuah rumah penduduk di sini.

Babi ngepet itu kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung, H. Abdurrahman yang mengurung haiwan berkenaan di dalam kandang di rumahnya.

"Sejak berita penangkapan babi ngepet itu, rumah saya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai, tidak kira dari dalam kampung atau luar daerah.

"Saya terpaksa mengurung haiwan ini di dalam kandang bagi mengelakkan penduduk membunuhnya," katanya kepada suaramerdeka.com.

Seorang penduduk yang dikenali sebagai Sofi mengakui, sebelum babi ngepet itu ditangkap, banyak laporan kehilangan wang berlaku di kampungnya.

Malah katanya, ramai penduduk melihat kelibat babi itu berkeliaran pada setiap malam.

"Sudah lama kami memburu babi ngepet itu kerana setiap kali penduduk kampung melihat kelibat babi itu pada waktu malam, maka keesokannya pasti ada penduduk yang mengadu kehilangan wang," katanya. - AGENSI




Jumpa duit syiling 214 tahun

Jumpa duit syiling 214 tahun
Nazarudin menunjukkan koleksi duit syiling lama dan RM1 berusia 36 tahun ketika ditemui di kediamannya di Taman Indah, kelmarin.

Jumpa duit syiling 214 tahun
Koleksi duit syiling lama Nazarudin.

TAMPIN – Seorang kaki pancing tidak menyangka minat memancing kira-kira dua tahun lalu berjaya menemukannya dengan 11 duit syiling lama yang antaranya berusia 214 tahun. 

Nazarudin Ali, 37, dari Taman Indah berkata, dia sememangnya berminat mengumpul duit syiling lama dan tidak menyangka terjumpa duit syiling yang tertera tahun 1799 ketika dalam perjalanan memancing di lombong terletak lima kilometer dari rumahnya.

Menurutnya, sebelum ini duit syiling paling lama dalam simpanannya ialah RM1 bersaiz besar dan berwarna perak yang tertera tahun pengeluarannya 1977.

"Saya gemar menyimpan duit syiling yang bukan hanya keluaran dalam negara sahaja, bahkan dari negara jiran pun turut disimpan untuk dijadikan kenangan.

"Oleh itu, apabila terjumpa duit syiling ini bertaburan di hutan berhampiran lombong tempat saya dan anak sulung memancing, saya tidak membazirkan masa mengutip serta membersihkan duit syiling yang disaluti tanah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya di Taman Indah, dekat sini kelmarin.

Nazarudin berkata, dia pernah terbaca duit syiling berusia ratusan tahun mempunyai nilai sangat tinggi dalam kalangan penggemarnya terutamanya jika di luar negara.

"Saya juga gemar membaca kisah individu yang memiliki duit syiling lama termasuk yang pernah mengalami pengalaman mistik setelah memiliki duit syiling lama berkenaan.

"Tetapi saya tidak pula mengalami pengalaman seumpama itu dan aktiviti mengumpul duit syiling termasuk syiling lama kini menjadi hobi paling digemari saya serta ahli keluarga," katanya.



Baba pakai serban gergasi di India



BABA memakai serban gergasi di Amritsar 

NEW DELHI - Seorang lelaki, Baba 'Avtar' Singh memakai serban yang panjang kainnya sehingga 500 meter semalam.

Dia memakai serban itu semasa mengunjungi Kuil Emas di Amritsar di India dekat sempadan Pakistan.

Baba merupakan anggota Nihang iaitu kumpulan tradisional panglima beragama Sikh. - Agensi



Mumia berusia 4,000 tahun diimbas

Virginia Mummy Ct Scan

MUMIA lelaki berusia 4,000 tahun dialihkan dekat mesin imbasan tomografi berkomputer di Pusat Pengimejan HCA Virginia, Richmond pada Jumaat lalu.

RICHMOND, Virginia - Para kakitangan Muzium Seni Halus Virginia di sini menganalisis mumia lelaki yang berusia 4,000 tahun pada Jumaat lalu.

Pihak muzium itu bekerjasama dengan sebuah pusat perubatan untuk membuat analisis itu dengan menggunakan mesin imbasan tomografi berkomputer.

Imbasan itu dibuat di Pusat Pengimejan HCA Virginia di sini.

Penggunaan mesin berkenaan akan membolehkan imej tiga dimensi mumia tersebut diperoleh dan membentuk semula wajah lelaki itu.

Pakar-pakar berharap mereka akan dapat mengetahui umur mumia yang bernama Tjeby dengan tepat, diet dan punca kematiannya menerusi data-data pengimejan mesin itu.

Mereka juga mahu mengetahui bahan yang digunakan untuk mengawet mayat lelaki tersebut dan organ-organ badan yang telah dikeluarkan.

Mumia itu ditemui di sebuah kawasan kubur di Sheikh Farag, Mesir dan digali pada tahun 1923.

Penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mendapati si mati mungkin berusia antara 23 hingga 40 tahun. - Agensi




Lelaki Buta 21 Tahun Dapat Melihat Kembali

Family man ... Steve Williams with fiancee and kids
Steve William (dua dari kiri) kini dapat melihat dua anak lelaki dan isterinya selepas menjalani pembedahan mata.



LONDON 3 Feb. - Seorang lelaki yang buta sejak 21 tahun lalu dapat melihat kembali selepas menjalani kaedah pembedahan terbaru menggunakan tisu mata penderma yang sudah meninggal dunia.

Steve Williams, 42, menghidap penyakit dikenali sebagai keratoconus, penyakit genetik yang menyebabkan kerosakan mata dan akhirnya menjadi buta, menjalani pembedahan itu untuk memperbaiki kornea dan retinanya di Preston Royal Hospital di sini.

Bapa kepada dua orang anak itu berkata, dia menjadi buta ketika berumur 21 tahun.

''Saya sudah pasrah untuk melihat dua anak saya dan sedar saya tidak akan dapat menjadi ayah yang sempurna.

''Selepas menjalani pembedahan ini, saya dapat melihat muka saya sendiri. Namun, melihat muka dua anak lelaki saya merupakan perkara paling mengagumkan,'' katanya.

Williams kini menggunakan cermin mata dan merancang menjadi seorang jururawat.

Pakar bedah yang menjalankan pembedahan ke atas mata Williams, Mark Vose berkata, beliau menggunakan teknik terkini dan ubat- ubatan terbaharu untuk mengembalikan penglihatan pesakitnya itu.

Beliau berkata, kejayaan pembedahan itu juga dibantu atas persetujuan penderma untuk menderma organ mereka. - Agensi




Taman tanpa air dan udara selama 40 tahun

􀀵􀁂􀁎􀁂􀁏􀀁􀁕􀁂􀁏􀁑􀁂􀀁􀁂􀁊􀁓􀀁􀁅􀁂􀁏􀀁 􀁖􀁅􀁂􀁓􀁂􀀁􀁔􀁆􀁍􀁂􀁎􀁂􀀁􀀕􀀑􀀁􀁕􀁂􀁉􀁖􀁏
David menunjukkan taman mini dalam botol glob yang boleh bertahan tanpa air dan udara.

SURREY - Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain.

David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem.

“Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts,” katanya.

Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari.

“Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan eksperimen ini dianggap berjaya kerana tanaman itu terus hidup segar tanpa penyakit. - Daily Mail


Ular Sawa Burma Jaga Anak

Foto

Foto


Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China.

Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu.

“Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat,” kata Azhe.

Dia dilahirkan enam tahun selepas bapanya membawa pulang sebiji telur ular sawa dan menetaskannya.


Chan berkata: “Saya sentiasa beranggapan ular adalah haiwan paling cantik dan saya ingin melihat apa yang akan terjadi apabila anak saya dilahirkan.

“Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah.”

Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka.

“Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya,” kata Chan. - Daily Mail


Mati Jika Makan Buah Lagi

When Charlotte ate a pear with its peel on she was rushed to hospital itching and coughing up blood

Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.

Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.

“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.


Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.

“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.




Gigi Taring Berlapis Jadi Kegilaan Wanita Jepun



A young woman who has undergone a cosmetic procedure to get crooked, fang-like teeth after the look became popular in Japan

Japanese women of all ages have been flocking to dental clinics to have either temporary or permanent artificial canines
'Cute': Young women pictured after they have had adhesive mini-fangs attached to their canine teeth
LELAKI Jepun sukakan gadis yang mempunyai gigi taring berlapis.

TOKYO - Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik.

Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai 'yaeba'. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan.

Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut 'tsuke-yaeba' dan ditampal pada gigi asal mereka.

Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.

Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka.

Menurut Masuoka, 'yaeba' memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal. - Agensi