http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Topi ‘tandas’ dijual RM405,000

Topi yang dipakai Puteri Beatrice telah berjaya dijual di eBay


LONDON: Topi yang dipakai Puteri Beatrice di majlis perkahwinan diraja bulan lalu dan disifatkan secara meluas sebagai tempat duduk tandas, dijual sebanyak 81,000 paun (RM405,000) menerusi eBay, semalam.

Wang berkenaan akan dibagi sama rata antara Tabung Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Kanak-Kanak Dalam Krisis yang menyiarkan keputusan lelongan itu di laman web masing-masing.

Kekecohan mengenai topi yang dipakai pada majlis perkahwinan sepupunya, Putera William dengan Kate Middleton mengejutkan Beatrice, anak bapa saudara William, Putera Andrew dan Sarah Ferguson.


“Saya terkejut dengan tumpuan yang diberikan pada topi itu,” kata Beatrice di tempat lelongan itu diadakan.

“Saya berharap siapa yang menang pembidaan itu seronok dengan topi itu seperti yang saya alami.



Harga bidaan terhadap topi rekaan Philip Treacy itu bermula pada 5,000 paun (RM25,000). Treacy berkata, dia teruja dengan keputusan Beatrice untuk mendermakan topi itu kepada badan kebajikan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan