http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Guna anjing kesan anai-anai

SEEKOR anjing pengesan cuba mengesan kehadiran anai-anai di sebatang tiang di Istana Kyeongbok, Korea Selatan.

SEOUL - Sebuah jabatan pentadbiran di Korea Selatan menggunakan kaedah unik dan berkesan untuk menjejaki anai-anai iaitu dengan menggunakan anjing pengesan.
Bagi tujuan tersebut, Pentadbiran Warisan Budaya Korea Selatan menggunakan tiga ekor anjing baka spaniel yang berasal dari Britain.
"Anjing-anjing ini jauh lebih hebat berbanding kaedah-kedah lain. Haiwan ini dapat mengesan anai-anai dengan amat tepat," kata seorang pakar di jabatan Pentadbiran Warisan Budaya, Jang Young-Ki.
Menurutnya, setakat ini, pihaknya menggunakan khidmat tiga ekor anjing yang diberi nama Bobae, Woori dan Boram.
Khidmat haiwan itu digunakan untuk mengesan anai-anai yang mengancam istana dan kuil bersejarah di Korea Selatan. Kebanyakan bangunan tersebut dibuat daripada kayu.
"Baru-baru ini, Bobae berjaya mengesan anai-anai pada sebatang tiang istana Gyeongbokgung yang sebelum ini gagal dikesan," katanya. - AFP


Tiada ulasan:

Catat Ulasan