http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Subang, cincin emas era Firaun ditemui

GAMBAR menunjukkan lima subang dan dua cincin emas ditemui dalam sebuah makam di Luxor, Mesir. 
KAHERAH - Pegawai-pegawai Mesir menyatakan sekumpulan pakar arkeologi menemui barangan kemas era Firaun di dalam makam seorang pegawai kanan yang berkhidmat semasa pemerintahan ratu paling berkuasa di Mesir.

Majlis Agung Antikuiti berkata, lima anting-anting emas dan dua cincin ditemui di dalam makam Gahouti iaitu ketua perbendaharaan di bawah Ratu Hatshepsut, yang memerintah Mesir pada 3,500 tahun lalu.

Satu kenyataan semalam memberitahu bahawa makam itu terletak di tebing barat Sungai Nil di Luxor, bandar raya di selatan Mesir yang terkenal kerana terdapat banyak lokasi peninggalan sejarah termasuk Lembah Raja dan binaan lain.

Menurut kenyataan itu lagi, makam tersebut sudah disamun dan pada pintu-pintu pagarnya tertera teks tulisan daripada Buku Kematian yang dipercayai oleh masyarakat Mesir kuno sebagai penting dalam kehidupan selepas mati. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan