http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Kapsul versi bahtera Nabi Noh untuk mangsa tsunami





TOKYO: Sebuah syarikat kecil Jepun mencipta kapsul terapung seperti bola tenis besar yang juga versi Bahtera Noh moden dan boleh digunakan jika negara itu dilanda gempa bumi dan tsunami lafu, kata laporan berita.

Japan Cosmo Power berkata alat perlindungan Noh itu dibuat daripada kaca fiber yang boleh menyelamatkan pengguna daripada bencana seperti malapetaka gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu yang memusnahkan pantai utara Jepun, mengakibatkan 20,000 orang mati atau hilang, menurut AP.

Presiden syarikat itu, Shoji Tanaka berkata kapsul berharga 300,000 yen (RM12,522) seunit itu boleh memuatkan empat orang dewasa dan sudah selamat dalam beberapa ujian lapangan.

Ia mempunyai tingkap kecil dan mempunyai ruang udara di bahagian atas. Ia juga boleh digunakan sebagai rumah permainan kanak-kanak.

Syarikat itu sudah mengeluarkan dua kapsul dan menerima tempahan 600 lagi, lapor AP yang dipetik akhbar Korean Times. – Agensi/ AP.

2 ulasan:

  1. Tak pening ke kalau bola tu berpusing² dalam ombak tsunami .. (",)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  2. Ni dah mcm kapsul dragon ball, kaum saiya punya kapsul.

    BalasPadam