http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Buaya kudung jadi tarikan pelancong

PANTAS... aksi Brutus menyambar daging berjaya dirakam Katrina
 di Sungai Adelaide, Australia.
PANTAS... aksi Brutus menyambar daging berjaya dirakam Katrina di Sungai Adelaide, Australia.


DARWIN: Seorang jurugambar sangat bertuah apabila berjaya merakamkan aksi yang jarang dapat diabadikan melalui lensa - seekor buaya besar melompat di Sungai Adelaide.

Sepanjang 5.5 meter, Brutus ialah seekor buaya air masin yang hidup di sungai berkenaan dan menjadi perhatian di kalangan pelancong di Wilayah Utara Australia kerana keunikannya yang kudung.

Brutus kehilangan kaki kanan depan dipercayai selepas bertarung dengan jerung di kawasan muara Sungai Adelaide.

Ketika gambar ini dirakamkan, Brutus cuba mencapai daging kerbau yang dihulurkan bersebelahan bot sarat berisi pelancong.

Jurugambar terbabit, Katrina Bridgeford, berkata dia tidak menyangka dapat mengambil aksi Brutus dalam keadaan istimewa begitu.

“Ia sangat hampir dengan pelancong dan anda boleh menyentuh Brutus jika menghulurkan tangan ke arahnya,” katanya.

Aktiviti melihat aksi buaya melompat dari sungai adalah tarikan utama aktiviti pelancongan di kawasan berkenaan. - TS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan