http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

'Mulan Jamila' Harimau yang manja di sekolah Islam

BERMAIN DENGAN HARIMAU

BERMAIN DENGAN HARIMAU
Harimau Benggala yang diberi nama Mulan Jamila ini manja dan jinak dengan penjaganya

MALANG 23 Mac - Harimau biasanya dianggap sebagai haiwan yang paling ganas, namun seekor harimau betina di sini sangat jinak sehingga sering bermanja serta mencium penjaganya.

Harimau Benggala yang diberi nama sempena nama penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jamila itu dipelihara di Sekolah Islam Al-Khaffah di Malang, Jawa Timur, Indonesia dengan permit daripada kerajaan.

Mamalia karnivor berusia empat tahun itu dijaga oleh penjaganya, Soleh, selepas dihadiahkan kepada sekolah tersebut.

Mulan dan Soleh sangat rapat sejak haiwan itu mula berada di sekolah dan mereka sering dilihat bermain bersama di kawasan padang rumput di situ.

Soleh memberi harimau itu daging sebanyak 5 kilogram setiap hari, sejak Mulan berusia tiga bulan.

Dalam habitat semula jadi, harimau Benggala tinggal bersendirian dan mengawal 'wilayahnya' secara agresif bagi mengelak musuh, namun haiwan itu jarang menyerang manusia.

Harimau Benggala juga dikenali sebagai 'pemburu malam' kerana kemampuannya berjalan berpuluh kilometer bagi memburu kerbau, rusa, babi hutan dan lain-lain mamalia besar. - AGENSI





Tiada ulasan:

Catat Ulasan