http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Anjing miliki telinga paling panjang

Harbor yang memiliki telinga paling panjang di dunia.
OULDER, Amerika Syarikat (AS) – , lapor sebuah akhbar semalam.

Anjing jantan dari jenis coonhound bernama Harbor itu memiliki telinga kiri sepanjang 31.24 sentimeter (sm) manakala telinga kanan haiwan tersebut pula berukuran 34.54 sm.

Ia dipelihara oleh seorang wanita, Jennifer Wert yang menetap di sini, negeri Colorado.

“Setiap kali saya membawa anjing saya bersiar-siar, terdapat pemandu kereta akan berhenti untuk melihat Harbor dari dekat dan merakam gambarnya,” kata Wert.

Menurut wanita itu, baka anjing tersebut dibela untuk memburu rakun kerana telinga mamalia tersebut yang panjang dapat membantu menolak bau ke arah hidungnya. – Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan