SEORANG anggota bomba mendekati seekor biri-biri yang terperangkap
di atas bumbung rumah sebelum haiwan itu diturunkan.
PONTYCYMER, Wales - Dua anggota bomba mengambil masa selama 40 minit untuk menurunkan seekor biri-biri dari atas bumbung sebuah rumah di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Kejadian pada Sabtu lalu itu berlaku apabila haiwan berkenaan memanjat sebuah garaj dekat dengan bumbung rumah berkenaan.
Pemilik rumah itu, Claire Walters, 38, merakamkan detik-detik biri-biri tersebut berada di atas bumbung selepas dia mendengar bunyi bising.
"Apabila saya keluar dan berada di depan rumah, saya kemudian melihat ke atas bumbung dan mendapati terdapat seekor biri-biri sedang berdiri," katanya.
Jabatan bomba kemudian dihubungi bagi menyelamatkan haiwan berkenaan.
Biri-biri itu diselamatkan oleh anggota-anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas untuk menurunkannya dari bumbung. -
Tiada ulasan:
Catat Ulasan