http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Negara Yang Paling ‘Digeruni’ Tikus

Negara Yang Paling 'Digeruni' Tikus









Gambar-Gambar di bawah ini memaparkan tentang potret penduduk Vietnam yang memburu dan menjual tikus di pasaran.

Dalam posting saya sebelum ini saya sudah tuliskan juga tentang hal serupa iaitu bahawa di negara tersebut Tikus Ditangkap Dan Di masak Sebagai Lauk.

Setiap malam penduduk tempatan melakukakan perburuan binatang pengerat ini di tumpukan sampah bandar, setelah itu tikus di hilangkan bulunya dengan cara di bakar dengan api.

Setelah tikus di bersihkan dari sisa abu yang melekat di tubuhnya kemudian mereka menjualnya ke pasaran.

Menjijikkan memang kalau di lihat dengan kacamata orang Malaysia yang tidak lazim dengan kebiasaan makan daging tikus, apatah lagi penduduk Malaysia yang majoriti penduduknya Muslim.

Namun begitulah kenyataannya di Vietnam tikus di makan seperti halnya orang Malaysia memakan daging ayam.

Apa yang kelihatannya buruk di suatu kawasan / negara boleh jadi hal tersebut adalah perkara baik di daerah / negara lain.

Saling menghargai atas kebiasaan yang berbeza adalah hal terbaik untuk mengelakkan perselisihan. (Tabekpuang.com)




Wanita Terkurung Dalam Peti Sejuk Selama 4 Hari

Wanita Terkurung Dalam Peti Sejuk Selama 4 Hari

Oklahoma : Seorang wanita ditemui masih hidup walaupun selepas terperangkap dalam sebuah peti sejuk yang besar selepas empat hari.

Theresa Christian, 59, sebelum itu dilaporkan hilang oleh anaknya pada Sabtu, namun dia ditemui anaknya pada hari Khamis.

Tiada tanda-tanda perbuatan khianat dikesan, sementara jiran-jirannya percaya dia bersembunyi di dalam peti sejuk itu kerana bimbang putting beliung bakal melanda rumahnya.

Menurut stesen televisyen News On 6, wanita itu kini dirawat kerana sebahagian kakinya telah beku.

Biarpun dia ditemui dalam keadaan sejuk, kelaparan dan dehidrasi namun dia selamat.

Menurut polis, wanita itu ditemui oleh anaknya selepas dia memecah masuk ke apartmen milik ibunya itu.

Selepas mendapati barangannya termasuk dompetnya masih ada sementara televisyen pula dibiarkan terpasang, anaknya percaya ibunya masih berada dalam rumah tersebut.
Selepas menyiasat, dia mendengar bunyi suara mengerang dari dalam peti sejuk dan kemudiannya terus menyelamatkan ibunya.

Polis kini masih menyiasat bagaimana wanita itu boleh terperangkap dalam peti sejuk yang besar itu ketika dia bersembunyi daripada ribut dan puting beliung yang melanda kawasan itu pada Jumaat lalu.

“Apa yang lebih aneh ialah kenapa dia tidak dapat keluar memandangkan peti itu tidak mempuntai kunci.

“Namun terdapat tanda dia cuba keluar daripada peti sejuk berkenaan, mujurlah anak lelakinya berjaya menemuinya,’’ kata polis. – MyNewsHub


Anjing robotik boleh berkata-kata dicipta untuk bantu tentera Amerika

BOLEH membawa beban hampir 200 kilogram sejauh lebih 30 kilometer.
BOLEH membawa beban hampir 200 kilogram sejauh lebih 30 kilometer.

ANJING robotik boleh ditugaskan membantu tentera marin.
LONDON: Dua anjing robot yang dihasilkan Agensi Projek Penyelidikan Lanjutan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) menampakkan kemajuan luar biasa. Penyelidik kini merancang mengembangkan kebolehan robot itu supaya ia boleh bercakap.

‘Haiwan’ robotik itu dicipta untuk membantu tentera melalui laluan paling mencabar, serta membawa bebanan hampir 200 kilogram sejauh lebih 30 kilometer tanpa perlu diisi minyak.

Dinamakan Sistem Bantuan Skuad Berkaki, jurucakap syarikat pengeluarnya berkata, mereka merancang membina operator radio pada robot berkenaan bagi membolehkan ia menerima arahan.

“Pada masa sama, anjing itu boleh bersuara untuk memaklumkan pengendalinya keadaan semasanya,” katanya. - TS


Anjing Great Dane tertinggi di dunia

ANJING Great Dane, Giant George yang pernah memegang rekod anjing tertinggi di dunia bersama tuannya, David Nasser di San Diego, Amerika Syarikat.


LONDON - Seekor anjing baka Great Dane setinggi 2.2 meter apabila haiwan itu berdiri dengan menggunakan kaki belakangnya dinamakan anjing tertinggi di dunia dalam edisi terbaharu Guinness Book of World Records semalam.

Edisi ke-57 buku rekod global berkenaan menyatakan, anjing jantan seberat 70.3 kilogram bernama Zeus dari negeri Michigan di Amerika Syarikat itu memakan 14 kilogram makanan setiap hari.

Tinggi anjing tersebut dari hujung kaki sampai ke tulang bahu mamalia tersebut adalah 1.18 meter.

Haiwan tersebut merupakan anjing tertinggi pernah direkodkan oleh Guinness Book of World Records.

Berjudul Guinness World Records 2013, buku berkenaan memberitahu, anjing itu 2.54 sentimeter lebih tinggi berbanding pemegang rekod sebelum ini iaitu seekor baka Great Dane bernama Giant George.

"Pertanyaan biasa yang diajukan kepada kami adalah itu seekor anjing ke kuda?" kata pemilik haiwan berkenaan, Denise Doorlag. - AFP


Takungan 3,000 tahun ditemui di Baitulmuqaddis



RUANG dalam takungan kuno berusia 3,000 tahun yang ditemui di Baitulmuqaddis.

BAITULMUQADDIS - Beberapa pakar arkeologi menemui sebuah takungan air kuno di sini yang digunakan oleh jemaah semasa ke kota suci bangsa Yahudi, Temple Mount atau dikenali sebagai Haram Ash-Sharif oleh orang Islam.

Akhbar MailOnline melaporkan bahawa takungan yang dinamakan cistern itu boleh menyimpan sebanyak 250 kubik meter air.

Tempat simpanan air itu dipercayai dibina pada era Tempat Ibadat Pertama sekitar 3,000 tahun dahulu.
Menurut kitab Bangsa Yahudi, Tempat Ibadat Pertama dibina oleh Nabi Sulaiman pada kurun ke-10 sebelum masihi (S.M.) sebelum dimusnahkan 400 tahun kemudian.

"Penemuan ini menjelaskan bahawa sumber air pada era Tempat Ibadat Pertama bukan sahaja bergantung kepada mata air tempatan tetapi juga takungan awam," kata ketua ahli arkeologi Pihak Berkuasa Alam Semulajadi dan Taman Israel, Tvika Tsuk.

Menurutnya, tapak Tempat Ibadat Pertama yang dibina oleh Nabi Sulaiman kini berada di bawah Dome of the Rock atau Masjid Kubah Emas di sini. - Agensi

KATAK TERBESAR DI DUNIA






Goliath Frog yang berasal dari Sungai Benito, Cameroon, Afrika Barat adalah katak terbesar di dunia. Berat katak ni  boleh mencapai 3.3 kg dan panjangnya pula boleh mencapai 33cm.

Kalau di bandingkan saiznya lebih kurang saiz Kucing. Kanak-kanak di afrika sudah biasa dengan katak ini dan mungkin juga dijadikan binatang kesayangan dan peliharaan. Gambar katak terbesar di dunia Goliath Frog .


Wanita bela 50 patung bayi

ALICE turut melakukan tugas-tugas seorang ibu seperti menukar pakaian patung bayinya.

WANITA ini melayan anak patung seperti bayinya sendiri.

KATA Alice, dia disahkan tidak boleh hamil lagi selepas melahirkan anak kelimanya, Jessica.

Alice memberitahu, dia menjadi sensitif terhadap patung-patungnya itu dan bimbang sekiranya anak atau kucingnya berada berhampiran patung-patung kesayangannya itu. Disebabkan itu, dia membeli katil bayi dan memindahkan kesemua bayi palsunya itu ke bilik tidur.

“Akhirnya Chris berpindah keluar kerana dia tidak dapat menerima kegilaan saya terhadap patung bayi palsu itu. Dia turut menyatakan yang dia tidak faham mengapa saya melayan anak patung itu seperti bayi sebenar.

“Saya cuba memberitahunya betapa mereka berjaya membuatkan saya gembira selepas disahkan tidak boleh mengandung lagi tetapi dia hanya menganggap itu adalah obsesi yang bodoh.

“Mereka (patung bayi) kemudian menjejaskan kehidupan seks kami kerana saya mahu sesetengah daripada mereka berada di katil dengan kami, tetapi Chris enggan.

“Kami telah berbincang tentang perkara-perkara lain dalam hubungan kami, tetapi anak patung benar-benar tidak membantu walaupun mereka kelihatan begitu hidup,” jelasnya.

Bayi sebenar
Tuturnya, dia lebih rela kehilangan suami daripada patung-patung bayinya itu. Dia gemar apabila ‘anak-anak’ patungnya itu berada dekat dengannya malah tidak dapat menanggung rindu sekiranya berjauhan daripada mereka untuk tempoh yang lama.

“Selepas Chris berpindah keluar, saya menukar bilik kami menjadi nurseri kerana saya tidak memerlukan ruang tambahan.

“Chris masih melawat rumah kami untuk berjumpa tiga daripada lima orang anak kami yang tinggal bersama saya iaitu Kyle, 17; Charlie, 15, dan Jessica, 12.

“Sudah tentu, saya lebih menyayangi anak-anak saya kerana saya tahu bayi-bayi ini adalah palsu. Saya masih waras,” katanya.

Ujarnya lagi, walaupun sudah menghabiskan banyak wang untuk membeli anak patung bayi itu, dia juga sering pergi ke pameran anak patung dan menukar mereka dengan anak patung lain.

“Rhys adalah kegemaran saya, saya mahu tidur dengannya pada setiap malam. Baru-baru ini, saya membawanya melawat Zoo Chester dan ramai orang datang kepada saya sambil memberitahu dia comel tetapi mereka tidak percaya apabila saya memberitahu yang Rhys adalah anak patung,” tambahnya.

Dia juga pernah ditahan oleh pihak polis kerana membiarkan empat daripada anak patungnya itu duduk di bahagian belakang tanpa menggunakan kerusi bayi.

“Apabila saya memberitahunya mereka adalah anak patung, dia tidak mempercayai saya dan saya rasa dia fikir saya gila.

“Tetapi apabila dia sedar mereka bukan bayi sebenar, itu menunjukkan berapa banyak peratus mereka kelihatan seperti kanak-kanak yang sebenar. Sebab itulah saya menyukai mereka,” ceritanya.