http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Bapa benar anak bermain ular

                   NATHALIE AMWASI bermain dengan seekor ular sawa sepanjang tiga meter di bandar 
                   Ramallah, Palestin pada 13 Oktober lalu.
 
RAMALLAH, Palestin - Seorang kakitangan pentadbiran di sini membenarkan anak perempuannya, Nathalie Amwasi berusia dua tahun bermain dengan seekor ular sawa sepanjang tiga meter di rumahnya.

Kakitangan itu, Jamal Amwasi berumur 35 tahun memelihara lebih 12 ekor ular yang dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya.

Dia menternak ayam, itik dan arnab bagi memastikan bekalan makanan untuk ularnya.

Menurutnya, dia memberi makan seekor anak biri-biri untuk seekor ular sawa peliharaannya.
 

Ikan piranha gergasi berjaya ditangkap

BENTUK ikan piranha gergasi.

LONDON - Seorang pemancing, Jeremy Wade berumur 52 tahun menangkap seekor ikan mirip piranha sepanjang 1.52 meter dan berat 45.39 kilogram di Sungai Congo, Afrika, lapor sebuah akhbar semalam.
Ikan itu mempunyai 32 batang gigi yang saiznya sama dengan ikan jerung putih. Ia ditangkap dengan joran 90.7 kilogram dan menggunakan umpan seekor ikan air tawar, baru-baru ini.
Ikan itu merupakan spesies ikan harimau Afrika yang terkenal kerana menyerang manusia dan buaya.
Pemancing itu yang merupakan hos program River Monsters di stesen televisyen ITV berkata, dia mengambil masa lapan hari sebelum berjaya menangkap ikan itu.
"Ia merupakan seekor ikan yang amat berbahaya untuk dikendalikan. Jika anda tidak berhati-hati, ikan itu dengan mudah akan memutuskan jari anda," katanya.


UFO muncul di AS ?

GAMBAR menunjukkan cahaya ganjil (dalam bulatan) yang didakwa objek terbang tidak dikenali di El Paso, Texas pada Rabu lalu. 
 
NEW YORK - Tanggapan bahawa beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat di New York pada Rabu lalu dipercayai belon kian terhakis apabila objek sama muncul di El Paso, Texas, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa objek sama itu turut dilihat El Paso, Texas pada Ahad lalu sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing telah mendarat di Bumi.

Saksi-saksi kejadian di El Paso kemudian menghubungi beberapa balai polis dan stesen berita tempatan bagi memberitahu apa yang mereka lihat itu.

Menurut mereka, satu cahaya seperti bulatan kecil bergerak di langit pada waktu malam sebelum berpecah  menjadi tiga cahaya.Setiap satu cahaya mempunyai ekor di belakangnya.

Cahaya-cahaya itu kemudian bercantum menjadi tiga titik seperti sebuah segitiga.

Segitiga itu adalah sama seperti imej yang dilihat sejumlah penduduk di New York pada Rabu lalu.
Seterusnya, cahaya keempat muncul di El Paso.Semua cahaya itu berlegar-legar di udara sebelum tiba-tiba ia hilang.

Ekoran persekitaran waktu malam yang gelap pada masa itu, mustahil cahaya-cahaya itu merupakan belon.
Rakaman fenomena cahaya itu mencetuskan spekulasi meluas terutamanya selepas sebuah stesen berita menunjukkan bahawa ia menyerupai beberapa cahaya ganjil yang dilihat di New York pada Rabu lalu.

Dalam kejadian di New York itu, satu objek misteri berlegar di sebelah barat New York manakala ramai penduduk memikirkan apa sebenarnya yang mereka lihat.Tiba-tiba, objek itu berpecah menjadi tiga bahagian.

Semasa ia muncul di New York, ketiga-tiga objek itu berlegar-legar di udara dengan menyebabkan lalu lintas terhenti.

Objek-objek itu dipercayai sebagai belon selepas seorang guru besar, Angela Freeman mendakwa 12 belon untuk meraikan seorang gurunya terlepas ke udara.

Tiga objek itu kemudian bercantum menjadi tiga titik dan berlegar-legar seperti kejadian di El Paso.

Namun, sehingga kini, penjelasan yang memuaskan masih belum diperoleh berhubung objek berkenaan.

Ramai pula yang memberi penjelasan daripada sudut ketenteraan.

Pengguna-pengguna Internet lain pula memberitahu, cahaya-cahaya ganjil itu sebenarnya pasukan payung terjun yang mengadakan latihan untuk satu pertunjukan pada waktu malam.
 

Gempar klip video kuda bertanduk

GAMBAR yang dirakamkan dari satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang mempunyai tanduk di Lembah Don, Kanada.

ONTARIO - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu mendapat perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.

Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.

"Setakat ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.

Kenyataan sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika mereka terserempak dengan seekor unikorn.

"Walaupun terdapat legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik, saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan itu

Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai

Makam Orang-Orang yang Di Cintai ALLAH SWT

 
Makam Nabi Allah MUHAMMAD, SAW di Arab Saudi





Makam Nabi Allah DAUD, AS di Israel


 

Jejak Kaki Nabi ADAM, AS di Sri Lanka



 Makam SITI HAWA di Jeddah




Makam Nabi Allah ADAM, AS di Jordan



Makam Nabi Allah SALEH, AS



Makam Nabi Allah MUSA, AS di Israel




Makam Nabi Allah SHOAIB, AL




Makam Nabi Allah HARUN, AL




Makam Nabi Allah ZAKARIA, AL


Makam Nabi Allah YAHYA, AL


Makam Khadijah, Istri Nabi Allah MUHAMMAD, SAW di Mekah


Makam FATIMA ZAHRA


Makam BILAL HABASHI, di Damaskus




  



Lelaki kahwin dua dalam tempoh 24 jam

AZHAR HAIDRI (kanan) duduk bersama saudara-maranya di Multan malam kelmarin

MULTAN - Seorang pemuda Pakistan berumur 23 tahun, Azhar Haidri merancang untuk berkahwin dengan dua wanita dalam tempoh 24 jam. Rancangan itu mendapat perhatian ramai penduduk di Pakistan kerana pemuda tersebut mahu menyelesaikan dilema yang menghantui dirinya.
Dilema yang dihadapinya itu ialah dia jatuh cinta dengan seorang wanita berusia 21 tahun, Rumana Aslam.
Bagaimanapun, keluarganya mahu Azhar berkahwin dengan seorang wanita berumur 28 tahun, Humaira Qasim yang menjadi tunangnya sejak dia kecil.
Dia pada mulanya enggan untuk berkahwin dengan wanita pilihan keluarganya itu.
Namun, disebabkan ancaman kemungkinan keluarganya berpecah-belah, dia merancang untuk berkahwin dengan kedua-dua wanita tersebut.
"Saya membuat tawaran saya akan bernikah dengan kedua-duanya," kata Azhar sebelum dia bernikah dengan wanita pilihan keluarganya itu di bandar Multan semalam.
Menurutnya, kedua-dua wanita itu bersetuju untuk berkahwin dengannya.
Dia akan berkahwin dengan wanita pilihan hatinya itu pada hari ini.
Beberapa stesen televisyen di Pakistan merancang untuk membuat liputan majlis perkahwinan Azhar secara langsung kerana ia dianggap unik.
Kedua-dua wanita itu menyatakan mereka berpendapat tolak ansur merupakan satu cara penyelesaian yang terbaik.
Mereka merancang untuk hidup sebagai kakak dan adik serta rakan.
"Saya berasa gembira kerana kami akan menyintai lelaki yang sama," kata Rumana.
Azhar yang merupakan seorang pengamal perubatan herba menganggap dirinya bertuah.
"Adalah sesuatu yang jarang berlaku apabila dua wanita bersetuju untuk berkahwin dengan seorang lelaki," katanya.

Nenek 101 tahun ada tanduk di dahi

GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan tanduk di dahi kiri Ruifang yang tinggal di Linlou, China.



LINLOU, China - Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang.
Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing sejak tahun lalu.
Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya.
Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelum tanduk itu muncul.
"Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia satu lagi tanduk," katanya.
Nenek itu mempunyai enam anak dan anaknya yang tua berumur 82 tahun.
Walaupun setakat ini benda yang tersembul keluar dari dahi Ruifang tidak diketahui tetapi ia mirip tanduk.
Tanduk itu dipercayai dihasilkan daripada keratin iaitu bahan protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik dan lapisan luar kulit.