http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html
Memaparkan catatan dengan label UFO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UFO. Papar semua catatan

UFO berlegar di bandar Brazil

OBJEK terbang tidak dikenali (dalam bulatan) berlegar-legar dekat bandar Agudos, Brazil.

SAO PAOLO - Seorang pengguna jalan raya berjaya merakamkan gambar sebuah objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar dekat bandar Agudos, Brazil lapor lamanFox News kelmarin.
Laman itu memetik laporan stesen televisyen G1 di Brazil yang menyiarkan rakaman UFO tersebut yang berlegar dalam ketinggian yang rendah.
Namun, UFO itu hilang buat seketika di celah awan sebelum satu cahaya yang terang muncul dan hilang di tepi awan.
Dua bebola cahaya misteri kemudian muncul dan ia bergerak turun ke kawasan belukar.
Kemunculan dua bebola cahaya misteri itu hampir sama dengan satu cahaya yang berlegar-legar di atas Kubah Emas di pekarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis pada Januari lalu.









UFO Berlegar Di stadium Chelsea



LONDON - Seorang pegawai polis Britain mendakwa dia melihat sebuah objek terbang tidak dikenali(UFO) berlegar di atas stadium kelab bola sepak Chelsea, Stamford Bridge pada 1999.

Maklumat itu didedahkan selepas fail tentera mengenai UFO tidak lagi diklasifikasikan sebagai rahsia dan boleh didedahkan kepada orang awam sejak semalam.

Pegawai itu menyatakan dia melihat cahaya kekuningan dan objek itu bertukar dari empat segi kepada satu formasi berlian sebelum ia hilang daripada pandangan.

Fail itu mengandungi lebih 6,000 muka surat dan mempunyai maklumat mengenai UFO dari 1994 hingga 2000.

Ia turut mengandungi maklumat mengenai sebuah pesawat Boeing 737 yang mendekati Lapangan Terbang Manchester dan UFO.

Dalam fail itu mengandungi maklumat seorang saksi yang melihat satu objek dari sebuah pesawat di Lapangan Terbang Heathrow, London pada 1993. - Agensi