http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Jumpa tengkorak di Marikh

 
 GAMBAR dalam bulatan menunjukkan objek mirip tengkorak manusia yang ditemui di Planet Marikh



GAMBAR dalam bulatan menunjukkan objek mirip tengkorak manusia yang ditemui di Planet Marikh.SYDNEY - Seorang pemerhati objek terbang yang tidak dikenali (UFO), Michael Middleton menjadi terkenal selepas dia mendakwa terdapat tengkorak dalam gambar planet Marikh yang dirakamkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS).
Middleton menemui objek yang menakutkan itu dalam sekeping gambar yang dirakamkan oleh kapal angkasa kawalan jauh iaitu Spirit Space Robot milik NASA dan disiarkan di laman web agensi berkenaan baru-baru ini.
Penemuan itu berlaku selepas satu objek yang didakwa sebagai tengkorak makhluk asing dijumpai di permukaan Marikh baru-baru ini.
Warga Australia tersebut mendakwa tengkorak berwarna putih seperti tulang manusia itu kelihatan terserlah berbanding latar belakang permukaan planet itu. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan