SEORANG doktor menunjukkan jantung plastik yang dipasang dalam tubuh Matthew Green.
MATTHEW GREEN berjalan bersama anak dan isterinya yang membawa beg mengandungi mesin yang memberi kuasa kepada jantung suaminya yang dibenarkan pulang dari Hospital Papworth, Cambridge kelmarin.
Mesin itu mengandungi saluran tiub yang disambungkan ke jantung plastik Green.
Jantung asli Green digantikan selepas dua injap jantungnya gagal berfungsi.
Dia mempunyai seorang isteri, Gill dan seorang anak berusia lima tahun, Dylan.
Namun, jantung plastik itu tidak direka untuk digunakan bagi tempoh yang lama.
Green akan menggunakan jantung palsu itu sehingga dia menerima jantung manusia yang didermakan orang lain kepadanya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan