http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Kereta 'makhluk asing' jadi perhatian

PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh.
PINTU bersayap dibuka dengan kawalan jarak jauh

IA dijual pada harga RM375,000.


LONDON 9 Nov. - Peminat kenderaan filem-filem sains fiksyen mungkin tidak dapat 'menahan diri' daripada melahirkan rasa kagum apabila melihat kereta dikenali sebagai 'kenderaan makhluk asing' (ETV) yang direka seorang rakyat Amerika Syarikat (AS).

Kereta bertemakan futuristik oleh pereka, Michael Vetter atau lebih dikenali sebagai Kit Car Mike yang diubah suai daripada kereta Chevrolet itu, kini dipamerkan di London Motor Museum, Middlesex.

Kereta bernilai 75,000 pound (RM367,500) itu mempunyai cermin depan sepanjang 1.52 meter dan pintu berbentuk sayap yang boleh dibuka menggunakan kawalan jauh, konsep kereta yang dipopularkan oleh De Lorean melalui filem francais, Back To The Future.

Vetter berkata, beliau telah mereka khas 100 jenis kereta dan kereta ETV itu merupakan yang terbaik daripada segi rupa dan boleh dipercayai.

Beliau memberitahu, sebanyak tujuh kereta tersebut telah direka dan hanya sebuah kini dipamerkan di muzium di London itu.

"Saya terkejut dengan maklum balas awal ketika mula-mula memandu kereta ini kerana lebih ramai orang menunjukkan minat untuk mengambil gambar berbanding apabila saya memandu kereta mewah,'' katanya. - AGENSI



Anak lembu berkaki enam


MUAR: Seorang penternak lembu di Kampung Parit Kadir, Bukit Pasir di sini, terkejut apabila mendapati seekor anak lembu baru dilahirkan berkaki enam.
Mokhsin Lun, 51, berkata, anak lembu itu dilahirkan pada 27 Oktober lalu iaitu sehari selepas Aidiladha.

“Ketika pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari, saya dapati semua lembu ternakan berkumpul di satu sudut di dalam kandang.

“Saya menghampiri dan mendapati anak lembu berkenaan baru dilahirkan, saya terus mengangkatnya untuk ditempatkan di lokasi lain kerana bimbang dipijak lembu dewasa,” katanya, semalam.

Menurut Mokhsin, pada masa sama, dia terlihat sesuatu yang ganjil pada tengkuk anak lembu itu dan mendapati ia sepasang kaki.




Rangka gajah purba ditemui

GAMBAR fail menunjukkan seekor gajah purba dan anaknya.

MEAUX, Perancis - Satu rangka seekor gajah purba yang hampir lengkap dipercayai hidup antara 200,000 dan 500,000 tahun dahulu ditemui berhampiran Paris, kata Institut Penyelidikan Arkeologi Penyenggaraan Kebangsaan Perancis kelmarin.
Rangka itu ditemui di Changis-sur-Marne, timur laut Paris.
Penemuan tersebut melibatkan tulang paha, pelvis, rahang dan empat bahagian vertebra.
Gajah itu diberi nama Helmut oleh pasukan yang menemuinya dan dianggarkan berusia antara 20 dan 30 tahun. - AFP


Jururawat rakam imej hantu

IMEJ seorang wanita berambut panjang (dalam bulatan) yang dirakam dengan telefon bimbit oleh seorang jururawat ketika kerja-kerja penyelenggaraan lif di sebuah hospital swasta 
di Melaka baru-baru ini.


MELAKA – Seorang jururawat terkejut setelah dia merakam imej lembaga wanita di hadapan lif sebuah hospital swasta di sini 25 Oktober lalu.

Jururawat berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hailie, 26, berkata, imej misteri itu dirakam pada pukul 7.20 malam Jumaat lalu menggunakan telefon bimbitnya ketika sedang menunggu lif untuk menghantar pesakit yang baru lepas menjalani pembedahan.

Menurutnya, sementara menunggu ketibaan lif, dia mengambil gambar kerja-kerja penyelenggaraan lif yang sedang dilakukan di situ.

“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki sesuatu yang luar biasa pada gambar ini kerana ia sedikit kabur sehingga menyebabkan saya terpaksa mengambil tiga keping gambar.



Suri rumah terkejut nanas bentuk kipas

Suri rumah terkejut nanas bentuk kipas
Ibu Ku Azizah, Hawa Senawi, 84, memegang nanas berbentuk seakan kipas.

KUBANG PASU - Seorang suri rumah terkejut dan pelik selepas melihat sebiji nanas yang dibawa pulang oleh anaknya berbentuk seakan-akan kipas di Kampung Keda Wang Padang Sera dekat sini, semalam.

Ku Azizah Ku Ariff, 42, berkata, seumur hidupnya, dia tidak pernah melihat nanas seumpama itu yang pelik.

Menurutnya, secara kebetulan nanas itu dijumpai anaknya yang menjalankan kerja-kerja membersihkan kebun nanas di Batu 6, Jalan Changlun dan kemudian bertindak untuk membawa pulang buah berkenaan.

“Dianggarkan nanas terbabit beratnya melebihi tiga kilogram dan inilah sejarah buat pertama kalinya menyaksikan buah seumpama itu.

“Penduduk di sini juga menyatakan pendapat yang sama berikutan pertama kali melihat buah berkenaan dan sejak itu, rumah saya tidak putus-putus dikunjungi penduduk yang tidak ingin melepaskan peluang untuk menyaksikannya,” katanya kepada Sinar Harian.



153 orang berbogel untuk seni

SEBAHAGIAN sukarelawan yang memakai kain jarang pada sesi fotografi Tunick di negeri San Miguel de Allende kelmarin.


BANDAR RAYA MEXICO - Seorang artis seni terkenal, Spencer Tunick merakamkan gambar 153 sukarelawan yang berbogel di negeri San Miguel de Allende, Mexico kelmarin.

Ketika Tunick merakamkan gambar itu, 153 orang termasuk wanita hanya memakai kain jarang.

Gambar itu dirakamkan sempena Festival Rangka Manusia untuk memperingati Hari Kematian.

Tunick, 44, sebelum ini terkenal dengan hasil kerja seninya yang merakamkan gambar bogel melibatkan ramai orang. - Agensi




Makam puteri Firaun ditemui

TIGA ukiran patung ditemui di makam Puteri Nebti di selatan Kaherah baru-baru ini.

KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Republik Czech menemui makam seorang puteri Firaun yang berusia 4,500 tahun di selatan bandar raya ini.

Makam Puteri Shert Nebti itu dikelilingi kubur empat pegawai tinggi di Kompleks Abu Sir berdekatan piramid Saqqara.

Penemuan itu didedahkan Ketua Jabatan Mesir dan Yunani-Romawi, Kementerian Antikuiti, Mohammed El-Bialy kelmarin selepas ia ditemui baru-baru ini.

Terdapat empat tiang batu di makam puteri tersebut.

Inskripsi pada tiang itu menunjukkan puteri berkenaan merupakan anak perempuan Raja Men Salbo.

Tapak makam itu kini ditutup bagi mengelak kehadiran orang awam.

Bagaimanapun, Mohamed berkata, kerja-kerja penggalian di lokasi tersebut masih lagi di peringkat awal. - AP