http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Imej percikan api di matahari

IMEJ yang didedahkan Pentadbiran 
Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan menunjukkan percikan api di matahari pada 31 Ogos lalu

MIAMI - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan kelmarin mendedahkan imej nyalaan matahari yang dirakamkan pada 31 Ogos lalu.

Imej itu menunjukkan percikan api yang terkeluar daripada matahari.

Bagaimanapun, ia memberi kesan terhadap persekitaran magnetik Bumi yang menyebabkan cahaya aurora terbentuk di langit.

Cahaya tersebut boleh dilihat di bandar Whitehorse, Yukon, Kanada pada 3 September lalu.

Jaluran cahaya itu terbentuk apabila partikel-partikel yang dicas daripada matahari berlanggar dengan atom pada altitud yang tinggi di Bumi.



Bangunan pelik bentuk seluar panjang dan puding.

Underwear despair: The £445m Gate of the East in Suzhou, China, has been likened to a pair of long johns
Pencakar langit baru digelar Pintu Masuk ke Timur di Suzhou, dikritik kerana menyerupai bentuk seluar panjang,


View of the Phoenix International Media Center under construction in Beijing
Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing (kanan), dikatakan menyamai bentuk puding dan donut.

BEIJING 5 Sept. - Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding.

Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion).

Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang.

Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'.

Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding.

Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain.

Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan.

Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. - AGENSI


Bas terpanjang dunia

BAS buatan Jerman ini sudah mendapat tempahan daripada pihak bekuasa bandar raya Beijing dan Shanghai.
BAS buatan Jerman ini sudah mendapat tempahan daripada pihak bekuasa bandar raya Beijing dan Shanghai.

LONDON: Bas yang terpanjang di dunia mula berada di jalan raya di Jerman minggu ini.

Bas yang dicipta oleh pakar dari Institut Untuk Sistem Trafik dan Infrastruktur Fraunhofer, berukuran hampir 30 meter dan mempunyai empat gandar stering serta boleh membawa 256 penumpang.

Bas besar yang fleksibel itu mula dipamerkan kepada orang ramai di Dresden minggu ini, tempat khidmatnya dengan pihak berkuasa pengangkutan tempatan akan digunakan untuk ujian percubaan.

Pihak berkuasa bandar raya Beijing dan Shanghai sudah memesan bas berkenaan yang berharga kira-kira RM31 juta setiap sebuah.


Berita baik untuk aktivis alam sekitar ialah ia boleh bergerak jauh dengan menggunakan kuasa elektrik.


Pengarah institut itu, Matthias Klingner berkata: “Terdapat banyak pengetahuan yang dicurahkan untuk menghasilkan bas ini. 

“Kecekapan sistem komputernya sungguh tinggi. Inovasi AutoTram ini bukan terletak pada kepanjangannya saja, tetapi yang paling penting ialah keupayaannya untuk bergerak seperti bas biasa yang sepanjang 12 meter.

“Tidak ada masalah dengan pergerakan dan kestabilannya tetapi kami terpaksa melihat bagaimana bas sepanjang itu akan memberi kesan kepada keadaan trafik di bandar.”

Bas itu menggabungkan kapasiti penumpang sebuah kereta api kecil dan pergerakan sebuah bas. Ia bergerak menggunakan enjin hibrid yang hidup apabila menerima kuasa daripada bateri elektrik, mengecasnya ketika ia menggerakkan kenderaan itu.

Pemandu bas tidak perlu mendapatkan lesen khas bagi memandu bas ini kerana ia menggunakan sistem pemanduan komputer yang unik yang mengawal kepanjangan bas selaras dengan gerabak di depan. 

Sistem itu tidak mahal untuk dikendalikan dan lebih murah untuk menggunakannya berbanding sistem kereta api komuter, mendorong bandar lain untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Klinger berkata: “Autotram mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding sistem kereta api ringan.”

Meskipun ia bas terpanjang di dunia, bas dengan kapasiti paling ramai ialah Siri New Liner buatan China yang mempunyai 300 tempat duduk dalam sebuah bas yang sepanjang 25 meter.

Bas seumpama itu diharamkan di beberapa laluan di London pada 2009 selepas di dapati ia menjadi punca kepada kebanyakan kemalangan.

Datuk Bandar London, Boris Johnson berusaha keras untuk menjual 31 bas itu selepas ia didakwa tidak selamat dan menggalakkan penumpang mengelak membayar tambang.

Perkhidmatan bas itu ditamatkan pada 2005 selepas tiga terbakar.

Akhirnya, kebanyakan bas itu dijual kepada Malta pada 2011. - DM



India dapat semula beg dipos 46 tahun lalu

BEG milik pemerintah India ditemui semula selepas 46 tahun hilang.

CHAMONIX, Perancis - India semalam memperoleh semula sebuah beg diplomatik yang dihantar dari Mumbai ke New York 46 tahun lalu.

Beg diplomatik itu mengandungi beberapa surat khabar ditemui di kawasan pergunungan Alps dekat lokasi sebuah pesawat Air India yang terhempas pada Januari 1966.

Ia ditemui oleh seorang pekerja penyelamat di kawasan pergunungan itu, Arnaud Christmann dan anak perempuannya, Jules Berger pada 21 Ogos lalu.

Seramai 117 orang mati dalam pesawat itu termasuk arkitek program nuklear India, Homi Jehangir Bhabha.

Setiausaha Kedua Kedutaan India di Paris, Satwant Khanalia mengambil beg tersebut bagi pihak pemerintah India di bandar ini dekat kawasan pergunungan tersebut.

Beg itu tertera perkataan Kementerian Hal Ehwal Luar India. - AFP


Temui durian dalam durian

Temui durian dalam durian
Tiat Sing menunjukkan durian di dalam durian,

PASIR MAS - Seorang petani di Kampung kelar tidak menyangka, apabila mendapati salah sebiji durian dari kebunnya, mempunyai ulas yang luar biasa, kelmarin.

Wee Tiat Sing, 46, berkata, pagi itu, dia mendapat hasil sebanyak 10 biji, namun satu daripadanya, mempunyai bentuk yang agak pelik.

“Sudah menjadi kebiasaan, jika ada durian, saya akan menjemput ahli keluarga dan jiran tetangga untuk menjamu selera.

“Selepas pelik dengan bentuk durian itu, saya mengopek dan mendapati terdapat durian di dalam durian,” katanya.

Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku, sejak dia mengutip hasil raja buah ini, beberapa tahun lalu.

Dia melahirkan keyakinan, ini mungkin menjadi petanda yang baik kepada mereka 


Kerusi gergasi diiktiraf terbesar di dunia

DUA orang berjalan di depan kerusi terbesar di dunia di sebuah pusat beli-belah di Shanghai 

SHANGHAI - Sebuah kerusi setinggi 6.8 meter (m) dan lebar 7.7m telah diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia.
Pengiktirafan itu dibuat oleh Persatuan Rekod Dunia yang beribu pejabat di Hong Kong.
Kerusi itu ketika ini dipamerkan di sebuah pusat beli-belah di sini. - Reuters



Kembar hitam putih

PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.
PERBEZAAN ketara dapat dilihat pada pasangan kembar Candice (kiri) dan Aleisha yang dilahirkan kira-kira empat minggu lalu.

PAMELA mempunyai saudara kembar dan dia serta Frazer dilahirkan pasangan suami isteri berdarah campuran.
PAMELA mempunyai saudara kembar dan dia serta Frazer dilahirkan pasangan suami isteri berdarah campuran.

LONDON: Tidak seperti pasangan kembar lain, anak dilahirkan Pamela Frazer memiliki keunikan tersendiri apabila mereka memiliki perbezaan warna kulit yang ketara.

Sejak melahirkan pasangan itu empat minggu lalu, Pamela sentiasa berdepan banyak soalan daripada orang ramai yang kehairanan.

Candice Anne berkulit, berambut dan bermata hitam, manakala kembarnya - Aleisha Lily - berkulit putih. 

Mengenai perbezaan itu, Pamela berkata, dia tidak menghadapi sebarang masalah.


“Sekurang-kurangnya saya tidak terkeliru antara Candice dan Aleisha,” katanya.


Bagi Pamela, 30, perbezaan warna kulit itu juga menjadikan anaknya sangat istimewa. 

Walaupun Pamela dan suaminya, Oswald Frazer, 37, berkulit hitam, mereka dilahirkan dengan sejarah percampuran ras.

Menurut Pamela, ibunya mempunyai darah Jamaica, Afrika dan Ireland, manakala bapanya berdarah campuran kulit putih dan Yahudi.

Ibu Frazer pula berdarah campuran Ireland dan Jamaica, manakala bapanya keturunan Jamaica.

Kata Pamela, perbezaan kulit bagi pasangan kembar memang sangat jarang walaupun ia sering berlaku di kalangan adik-beradik. 

“Kata doktor, kemungkinan itu adalah satu dalam sejuta,” katanya. 

Sementara itu, Frazer berkata, dia ‘jatuh cinta pandang pertama’ apabila melihat Candice dan Aleisha.

“Mereka kelihatan agak sama pada permulaannya, tetapi kini anak kami sangat berbeza,” katanya. 

Selain Candice dan Aleisha, pasangan Pamela - Frazer juga mempunyai seorang anak lelaki Brandon, 6.

Mereka menghabiskan masa beberapa minggu di hospital sebelum dibenarkan pulang ke Hastings, Sussex Timur. 

Sejak itu, keunikan anak kembar mereka segera mencuri perhatian ramai. 
Pamela mempunyai saudara kembar bernama Jemma. - TS