http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Makam puteri Firaun ditemui

TIGA ukiran patung ditemui di makam Puteri Nebti di selatan Kaherah baru-baru ini.

KAHERAH - Sekumpulan ahli arkeologi Republik Czech menemui makam seorang puteri Firaun yang berusia 4,500 tahun di selatan bandar raya ini.

Makam Puteri Shert Nebti itu dikelilingi kubur empat pegawai tinggi di Kompleks Abu Sir berdekatan piramid Saqqara.

Penemuan itu didedahkan Ketua Jabatan Mesir dan Yunani-Romawi, Kementerian Antikuiti, Mohammed El-Bialy kelmarin selepas ia ditemui baru-baru ini.

Terdapat empat tiang batu di makam puteri tersebut.

Inskripsi pada tiang itu menunjukkan puteri berkenaan merupakan anak perempuan Raja Men Salbo.

Tapak makam itu kini ditutup bagi mengelak kehadiran orang awam.

Bagaimanapun, Mohamed berkata, kerja-kerja penggalian di lokasi tersebut masih lagi di peringkat awal. - AP


100 UFO dilihat di Jammu Kashmir









Srinagar: Tentera India dan Pasukan Polis Sempadan India-Tibet (ITBP) mendakwa mereka melihat sekurang-sekurangnya 100 Objek Terbang Tidak Dikenali (UFO) di ruang udara Jammu dan Kashmir antara 1 Ogos dan 15 Oktober tahun ini. 

Objek bercahaya Akhbar India Today, menyatakan ITBP sudah memaklumkan butiran terperinci UFO yang dilihat dalam satu laporan kepada ibu pejabatnya di New Delhi dan kepada Pejabat Perdana Menteri. 
Laporan menyatakan ‘objek bercahaya tidak dikenali’ dilihat di ruang udara wilayah itu dan menolak kemungkinan cahaya pengangkutan udara, pesawat tanpa pemandu atau satelit yang sedang mengorbit bumi pada paras rendah. 

“Objek bercahaya yang dilihat, bukan pesawat tanpa pemandu, kapal terbang atau satelit yang mengorbit bumi,” kata India Today memetik kenyataan seorang pegawai tentera yang sedang menjalankan kajian ke atas gambar kabur diambil pasukan ITBP. 

Pasukan tentera yang merekodkan penemuan UFO dan pesawat tanpa pemandu secara berasingan, sudah melakukan beberapa usaha untuk mengenal pasti objek berkenaan. 

Lakukan kajian 
Laporan mengenai kehadiran UFO pernah dibuat di wilayah Ladakh sebelum ini. Bagaimanapun kehadiran objek tidak dikenali yang semakin kerap, mendorong pihak tentera menjalankan kajian terperinci mengenainya. 

Pasukan itu cuba mengenal pasti objek itu September lalu, menggunakan radar dari darat dan penganalisis spektrum, tetapi gagal, berikutan kedua-dua peranti gagal mengesannya. - Agensi 





Rangka puntianak ditemui di Bulgaria

Rangka puntianak ditemui di Bulgaria

Ahli arkeologi mendakwa kedua-dua rangka ini ditikam dengan besi kerana khuatir 
ia akan bertukar menjadi puntianak.

SOFIA - Ahli arkeologi di Bulgaria menemui dua rangka ditikam dengan batang besi dipercayai puntianak dari Zaman Pertengahan di sebuah kawasan perkuburan lama di bandar Laut Hitam, Sozopol.

Ketua Muzium Kebangsaan, Bozhidar Dimitrov berkata, penemuan rangka itu menunjukkan penduduk kampung pada masa tersebut sehingga awal abad ke-20 sangat percaya dengan kewujudan puntianak.

Menurut kepercayaan mereka, mana-mana individu yang berkelakuan jahat semasa hayat mereka mungkin akan bertukar menjadi puntianak jika dada mereka tidak ditikam dengan batang kayu atau besi semasa proses pengebumian.

"Ia adalah amalan biasa kerana hasil kajian kami mendapati kira-kira 100 cara pengebumian sama telah ditemui di negara ini," kata Dmitrov lagi



sumber


Katak berjari tiga spesies baharu

KATAK kecil berjari tiga, Brachycephalus tridactylus yang ditemui di hutan simpan di selatan Brazil.


BRASILIA - Sejenis katak unik berjari tiga yang hidup di sebuah hutan simpan di selatan Brazil diiktiraf sebagai spesies baharu pada minggu ini, lebih lima tahun selepas amfibia itu ditemui oleh seorang ahli biologi, Michel Garey.

"Saya sedang melakukan kajian bersama dua orang rakan di puncak sebuah bukit di hutan itu dan ternampak seekor katak ganjil berjari tiga," kata Garey.

"Penemuan tersebut berlaku pada 14 Februari yang juga hari jadi saya, ia hadiah yang sungguh istimewa," tambahnya.

Namun, hanya pada Jun lalu barulah katak berwarna oren dengan panjang kurang daripada 1.5 sentimeter itu disahkan sebagai spesies baharu.

Dikenali dengan nama saintifik, brachycephalus tridactylus, penemuan Garey disiarkan dalam jurnal antarabangsa, Herpetologica.

Ditemui pada ketinggian lebih 900 meter, brachycephalus tridactylus unik kerana memiliki tiga jari berbanding katak biasa yang berjari empat.

Menurut Garey, perbezaan ketara itu disebabkan oleh proses evolusi dan bukannya kesan pencemaran alam sekitar.

Pakar-pakar sebelum ini menganggarkan terdapat sekitar 950 spesies amfibia hidup di seluruh Brazil dan lebih 6,700 lagi spesies berada di seluruh dunia. - Agensi


Gajah bercakap Korea?






SEOUL 2 Nov. - Anda mungkin terkejut apabila diberitahu binatang juga pandai berkata-kata.
Itulah yang berlaku di Zoo Everland di Yongin, Korea Selatan apabila seekor gajah boleh berkata-kata, biarpun belum menguasai kemahiran bercakap sepenuhnya.

Gajah jantan berusia 22 tahun yang dinamakan Koshik itu menggunakan hujung belalai untuk mengeluarkan bunyi seolah-olah seperti suara manusia.

Menurut penyelidik Angela Stoeger dari Universiti Vienna, Koshik pandai berkomunikasi dalam bahasa Korea sejak Ogos 2004 ketika berusia 14 tahun.

Menurut laporan Journal Current Biology, mamalia itu mampu berkomunikasi apabila mendengar arahan, namun ada ketikanya ia 'bercakap' tanpa disuruh.

Stoeger yang merupakan pakar dalam komunikasi gajah berkata, percakapan manusia mempunyai dua aspek penting iaitu nada dan intonasi suara.

"Koshik sangat luar biasa, ia mampu membezakan antara kedua-duanya," katanya.
Antara lima perkataan yang disebut gajah itu ialah annyong (hello), anja (duduk), aniya (tidak), nuo (baring) dan choah (bagus). - AGENSI



Meteorit 300kg ditemui di barat Poland

BEBERAPA jurufoto mengambil gambar meteorit yang ditemui di Poznan, Poland kelmarin.

WARSAW - Beberapa ahli geologi Poland berjaya menemui meteorit seberat 300 kilogram (kg) yang tertanam sedalam dua meter di kawasan Rizab Meteorit Morasko, di bandar Poznan, barat Poland.

Meteorit itu adalah yang terbesar pernah ditemui di rantau Eropah Timur. Penemuannya diharap dapat memberi petunjuk baharu mengenai komposisi teras Bumi.

"Kita tahu bahawa teras Bumi terdiri daripada besi, tetapi kita tidak boleh mengkajinya. Di sini kita mempunyai meteorit dari angkasa lepas yang memiliki struktur hampir sama dengan teras bumi dan kita boleh mengkajinya," kata seorang pakar geologi, Professor Andrzej Muszynski kelmarin.

Meteorit selebar dua meter dan berbentuk kon itu ditemui oleh dua orang pemburu meteorit lewat bulan lalu.

Seorang ahli geologi Universiti Adam Mickiewicz yang mengkaji meteorit itu percaya ia terhempas ke Bumi sekitar 5,000 tahun dahulu.

Meteorit merupakan objek yang berasal dari angkasa lepas. - AFP



Udang karang unik berwarna oren hitam

GAMBAR daripada pihak Akuarium New England di Boston kelmarin menunjukkan udang karang berbelang oren hitam yang diberi nama Split.

BOSTON - Seekor udang karang unik berwarna oren dan hitam yang sinonim dengan warna hari Halloween diberikan rumah baharu di Akuarium New England di sini, Amerika Syarikat (AS).

Orang ramai terutama kanak-kanak akan memakai kostum menyeramkan pada perayaan tersebut yang dikaitkan dengan elemen hantu dan disambut pada setiap 31 Oktober di AS.

Udang betina seberat 450 gram itu yang diberi nama Split, ditangkap di perairan Lautan Atlantik dekat bandar Salem, dalam negeri Massachusetts pada minggu lalu.

"Haiwan ini memang memiliki belang oren hitam," kata seorang jurucakap pusat akuarium tersebut berhubung spesies yang jarang ditemui itu.

Bahagian kiri udang tersebut berwarna hitam, manakala warna oren terdapat di sebelah kanannya.

Mengulas mengenai keganjilan tersebut, beberapa pakar biologi marin berkata, warna pelik itu mungkin disebabkan oleh pemecahan sel semasa proses persenyawaan.

Hidupan laut itu bakal dipamer kepada orang ramai selepas tempoh kuarantin tamat.

"Dianggarkan terdapat cuma seekor udang karang seperti ini dalam setiap 50 hingga 100 juta udang karang," ujar pihak akuarium berkenaan.

Udang karang pada kebiasaannya berwarna hijau. - Agensi