http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Ular paling panjang di zoo mati

 
GAMBAR yang disiarkan kelmarin menunjukkan ular sawa sepanjang 7.3 meter di Zoo Columbus, Ohio.

COLUMBUS, Ohio - Seekor ular sawa yang paling panjang di Zoo Columbus di sini ditemui mati pada pagi kelmarin kerana menghidap tumor.
Haiwan sepanjang 7.3 meter yang diberi nama Fluffy dan seberat 136 kilogram itu disenaraikan dalam Guinness World of Records sebagai ular paling panjang pernah tinggal dalam zoo.
Ular berusia 18 tahun itu berjaya menarik minat kehadiran ramai pengunjung di zoo tersebut sejak ia dipamerkan pada 2007.
Ular sawa paling panjang yang pernah direkodkan ialah sepanjang 9.9 meter yang mati dibunuh pada 1912 di Indonesia

 

 

Sotong peramal Piala Dunia mati

GAMBAR fail menunjukkan Paul membuka tudung sebuah kotak plastik yang mengandungi kupang dan lambang bendera Jerman semasa membuat ramalan perlawanan Piala Dunia antara Jerman dengan England di akuarium Sea LIfe di bandar Oberhausen, Jerman pada 25 Jun lalu.

FRANKFURT - Seekor sotong kurita, Paul di Jerman yang menyebabkan para peminat bola sepak di seluruh dunia terpegun kerana ketepatannya meramalkan beberapa keputusan bola sepak Piala Dunia 2010 mati semasa berumur dua setengah tahun semalam.
Menurut seorang jurucakap akuarium Sea Life yang menempatkan haiwan tersebut, Ariane Vieregge, sotong yang pernah meramalkan Sepanyol sebagai juara Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan itu mati di dalam akuariumnya di bandar Oberhausen, barat Jerman pada waktu pagi.
Sotong itu kelihatan baik apabila diperiksa lewat kelmarin.
Namun, kata jurucakap itu, Paul gagal untuk meneruskan hidup dan ia mati akibat semula jadi.
"Kami semua mula menyayanginya dan akan merasai kehilangannya," kata pengurus akuarium itu, Stefan Porwoll dalam satu kenyataan.
Setakat ini, pihak pengurusan Sea Life masih belum memutuskan cara untuk memperingati penghuni yang paling terkenal dalam akuarium berkenaan.
Sotong itu pernah mendapat ancaman bunuh kerana ia meramalkan Argentina kalah kepada Jerman pada pusingan kedua kejohanan Piala Dunia 2010.
"Kami mungkin memutuskan untuk menyediakan kubur kecil buat Paul dalam pekarangan akuarium kami dan mendirikan satu 'makam' sederhana yang kekal," kata pengurus tersebut.
Sotong itu menjadi selebriti semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung pada Jun dan Julai lalu di Afrika Selatan.
Paul bersara daripada membuat ramalan selepas perlawanan menentukan juara Piala Dunia antara skuad bola sepak Sepanyol dengan Belanda.
Selepas perlawanan itu berakhir, sotong itu kembali dengan peranan asal dengan membuatkan kanak-kanak gembira apabila melihat gelagatnya di dalam akuarium.
Paul mendapat perhatian ramai apabila ia berjaya meramalkan dengan tepat tujuh perlawanan melibatkan skuad bola sepak Jerman dalam kejohanan Piala Dunia itu.
Sotong itu memulakan ramalannya dengan membuka penutup salah satu daripada dua kotak plastik yang mengandungi kupang dan bendera skuad yang berentap dalam pertandingan.
Antara ramalan yang dibuat oleh Paul ialah kemenangan Jerman ke atas pasukan Argentina dan kekalahan Jerman ke atas Serbia.
Sotong itu turut meramalkan kemenangan Jerman ke atas England dan kekalahan Jerman ke atas Sepanyol pada peringkat separuh akhir.
Selepas kemahiran meramalnya itu didedahkan, Paul telah dilantik menjadi duta mewakili England yang cuba menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak Piala Dunia pada 2018.
Sotong itu dilahirkan di akuarium Weymouth Sea Life Centre, England pada 2008.
Kebolehan meramalkan itu kemudian menjadi ilham pemilik beberapa haiwan lain yang cuba membuktikan ia setanding dengan Paul.
Antara haiwan lain yang mengikut jejak langkah Paul ialah burung bayan di Singapura dan burung kakak tua Lorenzo di Hannover, Jerman.

Kuda paling kecil di dunia

GAMBAR menunjukkan kuda setinggi 53.3 sentimeter (kanan), 
Bella Contessa di Dakota Utara, Amerika Syarikat baru-baru ini.

DAKOTA UTARA, Amerika Syarikat - Seekor kuda bernama Bella Contessa mungkin merupakan kuda yang paling kecil di dunia kerana ia setinggi 53.3 sentimeter (cm) dan seberat 25.4 kilogram (kg), lapor sebuah akhbar semalam.

Baru berusia enam bulan, tinggi Bella tidak melebihi sebiji labu yang bersaiz normal.

Bella kini tinggal bersama pemiliknya, Alison Smith.

Kuda itu dikatakan sering menghabiskan masa di kandangnya bersama seekor lagi kuda yang diberi nama Lilly dan dua ekor kambing.

Ketika dilahirkan, Bella hanya setinggi 38.1sm dan seberat 4.08 kg, tidak jauh bezanya dengan berat bayi manusia biasa. Pada kebiasaannya, kuda kecil yang lain setinggi 45.7sm hingga 55.9sm bergantung kepada jantinanya dan seberat 9.97 kg. 

"Ramai doktor veterinar memberitahu bahawa Bella ialah kuda paling kecil yang sempurna dan tidak mempunyai ciri-ciri seekor kuda kerdil. Ia juga tidak mengalami masalah kesihatan dan sangat comel," kata Alison.


makhluk asing buat lawatan

GAMBAR menunjukkan satu objek yang bersinar (dalam bulatan) di langit bandar Rotherham, Britain baru-baru ini. 
 
ROTHERHAM, Britain - Sekumpulan penduduk di bandar ini percaya mereka dilawati makhluk asing selepas mereka melihat satu objek tidak dikenali (UFO) bersinar di langit, lapor sebuah akhbar semalam.

Orang ramai bersorak ke arah objek berbentuk tiga segi itu ketika ia melintasi ruang udara bandar ini baru-baru ini di Yorkshire Selatan.

"Ia (UFO) bergerak perlahan, sekali-sekala ia berlegar-legar," kata seorang penduduk tempatan, Nayab Ahmed, 19.

"Saya tidak percaya dengan kewujudan makhluk asing, tetapi kalau ia bukan UFO, apa lagi? tambah penduduk lain.

Mengulas mengenai objek misteri itu, bekas ketua unit pertahanan UFO, Kementerian Pertahanan Britain, Nick Pope berkata: "Sebahagian orang mengesyaki ia merupakan sebuah pesawat prototaip tentera. Namun, kami selalunya menguji pesawat seperti itu di kawasan rahsia dan bukan di lokasi awam yang padat dengan penduduk.
 

Gunting rambut tanpa pakai baju


GAMBAR menunjukkan seorang tukang gunting rambut wanita yang tidak memakai baju menggunting rambut seorang lelaki di salun Hotcuts, Sydney baru-baru ini.
SYDNEY - Sebuah salun di sini menawarkan perkhidmatan tukang gunting rambut wanita yang menggunting rambut lelaki tanpa memakai baju, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Salun itu diberi nama Hotcuts dan idea untuk membukanya adalah ilham daripada pemiliknya yang dilahirkan di Poland, Wojtek Wasilewski, 26.
Menurut Wasilewski, dia mengambil masa selama 18 bulan untuk mencari empat wanita yang menjadi tukang gunting rambut yang sanggup mendedahkan payu dara.
"Perniagaan semakin laris. Telefon selalu berdering (tempahan)," katanya yang merupakan seorang lelaki.
Wanita-wanita akan mendedahkan payu dara dan memakai seluar pendek atau seluar dalam semasa mereka menggunting rambut

Hantu guna telefon bimbit untuk berkomunikasi


GAMBAR menunjukkan seorang wanita menggunakan telefon bimbit di Tokyo - Gambar hiasan
LONDON - Seorang penyiasat paranormal, Phil Hayes percaya hantu kini menggunakan telefon bimbit untuk berkomunkasi, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Menurutnya, panggilan yang dibuat oleh hantu itu selalunya mempunyai suara tidak jelas dan didengar sayu--sayup seolah-olah dari jarak terlalu jauh.
Sembilan daripada sepuluh panggilan yang dibuat oleh hantu itu mempunyai nombor 000000000000.
Statistik menunjukkan dua pertiga daripada fenomena paranormal itu menampilkan bunyi dengan 20 peratus melihat imej hantu dan 15 peratus lagi berdasarkan bau.
Satu penyelidikan terbaru menunjukkan satu daripada tiga rakyat Britain mendakwa melihat jelmaan hantu dalam gambar atau merakamkan imej paranormal menerusi telefon bimbit.
Kajian yang dilakukan oleh syarikat Tesco Mobile mendedahkan terdapat 70 peratus peningkatan bukti paranormal pada tahun lalu disebabkan oleh orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk berkomunikasi.
Lebih separuh daripada warga Britain mendakwa pemilik telefon bimbit cuba merakamkan gambar hantu tetapi seorang daripada lima orang mengaku mereka akan menjadi takut dan melarikan diri apabila ternampak hantu.
Hayes berkata: "Terdapat bukti yang menyatakan bahawa hantu boleh menggunakan telefon untuk berkomunikasi, dengan terdapat laporan-laporan orang ramai menerima panggilan telefon daripada saudara yang telah meninggal dunia."
Ketua Pegawai Eksekutif Telsco Mobile, Lance Batchelor berkata: "Kami mencadangkan kepada sesiapa yang cukup berani untuk merakamkan sebarang gambar hantu supaya menghantar mesej perkhidmatan multimedia (MMS) atau e-mel gambar yang dirakamkan mereka kepada persatuan paranormal untuk dilakukan siasatan." -

Penemuan Paleoantropologi Manusia Raksasa Kaum ‘Ad Umat Nabi Hud AS

(Aktivitas eksplorasi gas wilayah selatan gurun pasir Arab baru-baru ini menemukan tengkorak manusia dengan ukuran raksasa yang mengejutkan. Wilayah di gurun pasir Arab selatan ini disebut “Perempatan kosong” (Empty Quarter atau Rab al-Khaliy). Fosil  manusia raksasa itu ditemukan oleh Tim The Aramco Exploration. Sebegaimana dinyatakan Allah SWT dalam Al-Qur’an bahwa DIA pernah menciptakan manusia dalam ukuran besar. Mereka adalah kaum ‘Ad dimana Nabi Hud AS diutus di situ untuk menyeru manusia pada kebenaran. Tubuh mereka berukuran besar, sangat tinggi dan kuat karena itu mereka bisa memeluk sebuah pohon besar dan mencabutnya. Kemudian, setelah Allah memberikan kekuatan pada mereka dengan melebihkan mereka dari umat yang lain, mereka berbalik menjadi umat pendurhaka, mendustakan serta menentang kenabian Hud AS. Sebagau hukumannya mereka kemudian diazab oleh Allah SWT. Para Ulama Arab Saudi meyakini penemuan ini adalah kaum ‘Ad dari zaman Nabi Hud tersebut. Demi pengamanan situs, militer Arab Saudi telah menjaga area penemuan ini dan tak seorang pun diizinkan memasuki lokasi kecuali para petugas eksplorasi Aramco).