St Charles (Missouri): Dengan berat 16 kilogram, kucing bernama Biscuit ini hampir sama berat dengan kanak-kanak berusia empat tahun.
Sebuah pusat perlindungan haiwan kini berusaha mencari rumah baru untuknya.
Pemilik pertama kucing itu ialah wanita cacat terlalu memanjakannya, termasuk memberi haiwan itu banyak makan.
Kini, Biscuit mempunyai berat tiga kali ganda berbanding kucing dewasa biasa.
Biscuit diserahkan oleh tuannya kira-kira setahun lalu kerana tidak berdaya untuk menjaganya, kata jurucakap pusat perlindungan, Teresa Gilley.
“Tuannya tidak berniat membuang Biscuit. Dia tidak mampu lagi untuk menjaganya dengan lebih baik,” kata Gilley. Menurut Gilley, kucing itu kini sudah mula menyesuaikan diri dengan diet rendah kalori.
“Ketika mula tiba, dia hanya boleh berjalan beberapa tapak sebelum duduk dalam keadaan mencungap. Kini, tenaganya sudah meningkat. ‘Malah dia sudah boleh melompat naik ke atas kerusi,” kata Gilley. - AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan