Lopez (kanan) menunjukkan meteorit seberat 100kg yang digunakan sebagai alat pemproses daging sejak tiga dekad lalu.
Faustino Asensio Lopez memberitahu, batu seberat 100 kilogram ditemui bapanya di kawasan ladang ternakan milik keluarga mereka berhampiran Ciudad Real pada 1980.
Menurut Lopez, bapanya percaya batu itu adalah tinggalan perang saudara di negara itu.
"Kami mula mengesyaki batu ini adalah serpihan tahi bintang selepas menonton laporan sebuah stesen televisyen yang mendedahkan kewujudan batu itu di Sepanyol. Kemudian, saya menghubungi ahli geologi, Juan Carlos Gutierrez Marco," kata Lopez dipetik dari MailOnline.
Selepas melakukan beberapa ujian, Marco mengesahkan bahawa batu yang digunakan keluarga pengeluar daging salai itu adalah meteorit logam pra sejarah.
Menarik sekali, ia adalah meteorit keempat ditemui di Sepanyol selepas penemuan terakhir pada 1950.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan