http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Lelaki ‘bertanduk’ di leher





Beijing: Seorang lelaki di wilayah Hubei begitu terdesak untuk mengetahui punca ‘tanduk’ yang tumbuh di lehernya sejak 30 tahun lalu.

Lelaki berusia 62 tahun itu, Li Zhibing dari Shiyan berkata, dia terpaksa menggergaji tanduk berkenaan dua kali setahun bagi mengelaknya panjang.

Menurutnya, lehernya akan bengkak dan dia demam jika tanduk itu panjang.

Li juga berkata, tanduk itu merimaskannya kerana mengganggunya setiap kali hendak membasuh rambut atau menyarungkan baju.

Katanya, tanduk itu semakin membesar sejak 1980. Dia cuba mengawalnya dengan menyapu atau memakan herba tetapi ia tetap memanjang sehingga 15 sentimeter di belakang lehernya.

Dia mengaku tidak pernah menjalai pemeriksaan perubatan untuk memastikan punca tanduk itu.

Li bukan satu-satunya rakyat China yang bertanduk. Seorang wanita berusia 101 tahun, Zhang Ruifang, yang menetap di Linlou di wilayah Henan juga menghidap nasib sama.

Dia bagaimanapun enggan membenarkan doktor membuang tanduk yang tumbuh di dahinya kerana gembira menjadi tarikan orang ramai. - Agensi

Rakaman ‘Kereta Berhantu’ Di Rusia Menjadi Viral

VIDEO 'Kereta Berhantu' Di Rusia Jadi Viral
Sebuah video yang dikatakan memperlihatkan sebuah kereta berhantu kini menjadi viral di media sosial.


Rakaman yang dimuatnaik di YouTube ini menunjukkan kejadian di jalanraya Rusia di mana sebuah kereta tiba-tiba muncul secara misteri lalu meluncur laju secara terus di persimpangan lampu isyarat yang sibuk.

Apa yang menakjubkan, tidak ada kereta yang terlanggar kereta tersebut sedangkan ia berada di laluan yang salah kecuali sebuah BMW yang hampir merempuhnya namun berhenti tepat pada masa.

Wanita yang merakam iaitu penumpang kereta di belakang BMW tersebut dapat didengar menjerit ketakutan melihat perkara ini.

Walaupun ada yang mendakwa ada penjelasan bagaimana kenderaan dalam rakaman ini tiba-tiba muncul namun ramai juga mengakui terkejut dan berasa seram menyaksikannya lalu berkongsi video ini hingga ia mendapat tontonan lebih sejuta kali.


Kembar Siam Berusia 12 Tahun Enggan Di Bedah





Setiap orang tua pastinya berharap mempunyai anak yang lahir dengan sihat dan tanpa kekurangan apapun. Namun Srimati Sahu dan Raj Kumar Sahu menerima keadaan tersebut dengan lapang dada. Pasangan ini membesarkan anaknya sama seperti anak-anak yang lain. Ketika Shivanath dan Shivram Sahu 12 tahun lalu di India, bayi mereka dipecayai sebagai penjelmaan dan dikeramatkan oleh warga India.

Walaupun ada kemungkinan saudara kembar boleh dipisahkan, namun keduanya menolak. Mereka ingin selalu bersama-sama walaupun mereka semakin dewasa. Adik-beradik ini berkongsi hidup dengan menggunakan dua kaki dan empat tangan mereka Dengan keadaan seperti ini tidak bermakna mereka menyusahkan orang lain, keduanya pandai berdikari, seperti boleh mencuci pakaian dan bekas sisa makanan mereka sendiri. Menurut doktor tempatan keadaan kembar ini sihat dan bahkan menjadi pelajar terbaik di sekolahnya.

Shivanath dan Shivram dilahirkan dengan 1 perut dan dua kaki, organ lain berkeadaan normal. Bayi kembar siam ini kini sudah berusia 12 tahun. Jika salah satunya berjalan, satunya berkeadaan seperti orang tidur. Ini menjadi kebimbangan bagi orang tua Shivanath dan Shivram, jika musim hujan tiba tentu menjadi masalah.

Untuk melakukan pembedahan pemisahan, Shivram yang akan mempunyai kaki sedangkan Shivanath terpaksa menjalani hidup tanpa dua kaki. Namun tega kah kedua orang tua mereka? Ternyata ayah kembar siam ini mempunyai keyakinan sendiri bahawa anaknya adalah penjelmaan dan suatu masa nanti akan berubah dengan sendirinya. 






'Restoran jamban' idea pelik

Restoran berkonsepkan tandas yang beroperasi di pasar raya Johor Bahru City Mall, Johor Bahru.


JOHOR BAHRU - Entah di mana silapnya apabila sebuah restoran berkonsepkan tandas yang mengundang rasa jijik dalam kalangan masyarakat tempatan dibenarkan beroperasi di tingkat enam pasar raya Johor Bahru City Mall di sini.

Masakan tidak, pengunjung pastinya berasa geli apabila disajikan hidangan menggunakan bekas makanan menyerupai peralatan tandas seperti jamban dan tindakan pihak restoran itu dianggap suatu budaya kotor.

Pun begitu, pihak Restoran T Bowl yang memperkenalkan restoran berkonsepkan tandas itu menafikan mereka mempromosi- kan budaya pelik dan kotor dalam kalangan masyarakat tempatan.

Pengurusnya, John Chai Wen Joan, 23, (gambar kecil) menegaskan, restoran itu tetap menghormati budaya dan kebersihan di negara ini dan pihaknya sekadar mengetengah suatu konsep idea baharu.

"Memang benar konsep ini seperti kamu lihat di Jepun atau Taiwan, namun suasana di restoran kami tidak sama.


Kambing berwajah manusia



KAMBING ganjil ini mati beberapa jam selepas dilahirkan


Riyadh: Seekor kambing berwajah manusia dilahirkan di Arab Saudi tetapi mati beberapa jam kemudian.

Menurut laporan akhbar tempatan kelmarin, kelahiran “pelik” itu terjadi di sebuah ladang di Samita selepas induk kambing itu bunting selama sembilan bulan, satu lagi perkara luar biasa kerana kebiasaannya purata tempoh bunting binatang itu hanya kira-kira lima bulan. 

“Saya terkejut apabila kambing itu terus bunting selama sembilan bulan sama seperti manusia. Tambah mengejutkan apabila kandungan itu dilahirkan. Saya ketika itu berada di luar kawasan. 

“Pekerja ladang menghubungi saya dan memaklumkan yang anak kambing itu berwajah manusia. Ketika tiba di ladang, anak kambing itu sudah mati. Tetapi saya sempat melihat wajahnya,” kata pemilik ladang itu. - Agensi

Pocong di tengah jambatan kedua?

Gambar pocong yang tersebar di laman sosial kononnya dijumpai di tengah jambatan Pulau Pinang.


BAYAN LEPAS - Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.


Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.

Rumah pokok unik


White Tree Mixed-Use Tower

White Tree Mixed-Use Tower

White Tree Mixed-Use Tower
Apartmen ini direka hasil cetusan idea pereka Perancis dan Jepun.


SEBUAH apartmen setinggi 17 tingkat menyerupai pokok gergasi dan berlatarbelakangkan pemandangan gunung serta pantai akan dibina di Montpellier, selatan Perancis.

Projek L'Arbre Blanc atau The White Tree hasil kerjasama pereka tempatan dan Jepun yang menggabungkan seni arkitek abad ke-21 itu diilhamkan dari imej pokok sebenar.

Premis tersebut akan dilengkapi 120 unit kediaman dengan balkoni yang mengunjur ke luar pada arah berbeza seperti dahan pokok.

Selain itu, beberapa unit pejabat, restoran dan galeri seni juga bakal dibina bagi menarik lebih ramai pengunjung ke menara setinggi 56 meter tersebut.

Gizmodo.com.au melaporkan setiap apartmen itu turut menyediakan ruang balkoni terbuka untuk penduduk menikmati udara segar.

Difahamkan menurut DailyMail, projek pembinaan The White Tree akan bermula pada Julai 2015 dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Disember 2017.