FLORIDA - Ular terbesar dunia sepanjang 14.63 meter, Titanoboa, muncul kembali untuk tontonan umum.
Institusi Kaji Selidik dan Pusat Pendidikan Smithsonian, Washington
merakamkan Titanoboa untuk mengupas persoalan yang sering bermain
diminda para saintis.
Smithsonian Channel mempamerkan Titanoboa seberat 1,134 kilogram yang
pernah menghuni Bumi 60 juta tahun lalu melalui ukiran asal di Grand
Central New York.
Paleontologi, kurator Muzium dan Sejarah Asal Florida, Dr Jonathan
Bloch berkata, ular vertebrata itu dipercayai menghuni kawasan hutan
hujan sejak zaman Paleosen.
“Titanoboa merupakan pemangsa terbesar atas tanah selepas kepupusan
dinasour bagi tempoh sekurang-kurangnya 10 juta tahun atau mungkin lebih
lama, jasadnya yang hampir hancur ditemui dalam sebuah lombong di
Cerrejon, Colombia bersama fosil penyu dan beberapa ekor buaya.
besooo nye ulaw ni!
BalasPadamni kira dinasour lah kan?perghhh