http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Lelaki tertinggi meninggal

 
 DENGAN ketinggian 2.71 meter membuatkan Suparwono sering menjadi tumpuan di Indonesia. Lelaki ini meninggal dunia di rumahnya di Lampung

 MENGGALA - Manusia tertinggi di Indonesia, Suparwono dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tulang Bawang, wilayah Lampung.

Berita mengenai pemuda berusia 27 tahun itu, yang juga merupakan ikon Lampung, tersebar luas di dalam laman-laman sosial Facebook dan Twitter.

Bagaimanapun, punca kematian lelaki yang mempunyai ketinggian 2.71 meter itu masih belum diketahui walaupun ada laporan yang mengatakan sakit perut sebagai punca.

Keluarga Suparwono juga masih belum mengesahkan perkara tersebut dan pihak media sukar mendapatkan maklumat ekoran rumah lelaki itu yang terletak di kawasan pendalaman dan keadaan jalan sangat teruk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan