SEORANG kurator Muzium Musee des Lettres et Manuscrits
menunjukkan majalah terkecil bertarikh 1830 yang dihasilkan Charlotte
Bronte di Paris, Perancis
PARIS - Manuskrip majalah Young Men's edisi kedua yang
mengandungi 4,000 patah perkataan dan 19 muka surat yang ditulis oleh
seorang penulis novel terkenal England, Charlotte Bronte semasa dia
berumur 14 tahun pada 1830 dipamerkan di Muzium Musee des Letters et
Manuscrits di sini.
Muzium itu membeli manuskrip itu pada harga AS$826,287 (RM2.48 juta)
dalam satu lelongan yang diadakan pada Disember tahun lalu, lapor agensi
berita Reuters.
Manuskrip itu mengandungi watak-watak dalam dunia imaginasi yang dicipta oleh Bronte dan saudaranya. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan