GAMBAR menunjukkan seekor ikan emas meniup satu saluran yang menggerakkan loceng di luar akuarium di rumah pemiliknya di Winconsin, Amerika Syarikat.
MILWAUKEE, Amerika Syarikat - Sepasang suami isteri di Wisconsin, Stu
dan Diane Rains memiliki seekor ikan emas pertama di dunia yang pandai
bermain alat muzik, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan peliharaan itu boleh bermain alat muzik loceng tangan dan
gemar memainkan alat muzik itu semasa lagu-lagu penyanyi veteran Barbra
Streisands berkumandang.
Ikan bernama Jor Jor yang berusia dua tahun itu akan meniup satu
saluran di dalam akuariumnya yang disambung pada alat-alat muzik di luar
akuarium tersebut.
"Jor Jor memang pemuzik unik, ia juga suka mendengar lagu Moon River
oleh penyanyi Barbra Streisand sebelum memainkan loceng untuk beberapa
saat dengan menggunakan mulut dan kemudian berenang," kata Diane, 54. -
Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan