GAMBAR menunjukkan
spesimen fosil sayap dinosaur Archaeopteryx.
spesimen fosil sayap dinosaur Archaeopteryx.
PARIS - Archaeopteryx yang merupakan seekor dinosaur bersayap dan
dipercayai sebagai burung pertama di dunia mempunyai bulu berwarna
hitam, menurut satu kajian saintifik yang dilaporkan kelmarin.
Para penyelidik di Amerika Syarikat dan Eropah mengkaji sehelai bulu
sayap yang dipulihara pada satu fosil Archaeopteryx yang ditemui dalam
kuari batu kapur Jerman pada 1861.
Penemuan itu diperoleh menerusi satu imbasan mikroskop elektron di makmal Carl Zeiss di Jerman.
"Kami pada akhirnya menemui kunci warna asal bulu tersebut yang
tersembunyi di dalam batu selama 150 juta tahun lalu," kata seorang
biologi evolusi Universiti Brown di Rhode Island, AS. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan