SCOTLAND - Mempunyai kepanjangan 30 meter dan dihasilkan sepenuhnya
menggunakan produk plastik terpakai, jambatan merentasi sungai Tweed di
Peeblesshire, Scotland ini mencipta rekod baru dalam dunia pembinaan.
Jambatan yang baru sahaja disiapkan, bulan ini, menjadi jambatan kitar semula yang paling panjang dan kukuh di dunia, hasil kajian penyelidik di Universiti Rutgers, Amerika Syarikat.
Dibina menggunakan bahan komposit plastik berketahanan tinggi yang ditemui dalam botol minuman dan barangan plastik terpakai lain, jambatan itu boleh digunakan oleh pejalan kaki, kereta dan kenderaan besar yang membawa muatan berat.
Syarikat pembinaan Britain, Vertech Composites yang bertanggungjawab dalam projek itu menganggap jambatan unik ini sebagai permulaan untuk menghasilkan lebih banyak jambatan dan jalan raya mesra alam pada masa akan datang.
“Plastik juga lebih tahan lama berbanding bahan binaan jambatan seperti besi, balak dan konkrit,” menurut syarikat itu.

wah thanks, nice post, blog ni pun lawa.. :D
BalasPadam