http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Pontianak mengamuk kerana kain

Pontianak mengamuk kerana kain


Kain batik (dalam bulatan) diletakkan di atas bumbung garaj

Pontianak mengamuk kerana kain
Aziz menunjukkan lokasi kain batik dijumpai


KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik  yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

"Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

"Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah,” katanya.

Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

"Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

"Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

"Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran,” katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

"Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.

Lintah merah jambu terdapat di Australia

The unique giant fluorescent pink slug Triboniophorous aff. graeffei found only in the misty Mount Kaputar area of north-western New South Wales, Australia.
GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor lintah berwarna merah jambu di kawasan sekitar Gunung Kaputar, New South Wales, Australia.- AFP


SYDNEY - Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.

Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.

Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.

Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.

Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi. - Agensi




Darah dalam bangkai gajah purba ditemui

This image taken by the Yakutsk-based Northeastern Federal University, shows a researcher working near a carcass of a female mammoth found on a remote island in the Arctic Ocean.

A researcher from the Northeastern Federal University in Siberia holds a test tube with what scientists are calling 'a sample of well-preserved blood' found in a carcass of a female woolly mammoth.

MOSCOW - Sekumpulan saintis Rusia semalam mendakwa menemui darah dalam bangkai seekor gajah mammoth sekali gus meningkatkan peluang untuk mereka mengklon haiwan prasejarah tersebut.


Satu ekspedisi yang diketuai beberapa saintis Rusia menemui bangkai gajah mammoth betina dalam keadaan terpelihara di sebuah pulau terpencil di Lautan Artik pada awal bulan ini.

Ketua ekspedisi tersebut, Semyon Grigoryev berkata, haiwan itu mati sekitar usia 60 tahun kira-kira 10,000 hingga 15,000 tahun dahulu.

Menurutnya, ia merupakan kali pertama bangkai gajah betina tua ditemui.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah bangkai tersebut masih terpelihara dan mempunyai darah serta tisu otot.

"Apabila kami memecahkan ais di bawah perutnya darah mengalir keluar dari organ tersebut. Darah itu berwarna gelap," kata Grigoryev yang merupakan saintis di Universiti Persekutuan Timur Laut di Yakutsk.

"Ia merupakan penemuan paling luar biasa dalam sepanjang hidup saya. Bagaimana darah itu boleh kekal dalam bentuk cecair, tisu tersebut juga merah seperti daging segar," tambahnya.

Penemuan tersebut, kata Grigoryev, memberikan harapan baharu kepada para penyelidik dalam usaha mereka menghidupkan semula haiwan berbulu itu.

"Penemuan itu memberikan peluang yang amat baik untuk menemui sel hidup yang boleh digunakan untuk mengklon gajah mammoth," katanya. - AFP




Lelaki Hungary cipta kereta daripada kayu

Lelaki Hungary cipta kereta daripada kayu
Kereta daripada kayu yang direka Istvan Puskas


TISZAORS - Istvan Puskas, 51 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mereka hampir keseluruhan kereta menggunakan kayu.

Kereta itu direka sejak empat bulan lalu di bengkelnya.

Apa yang menarik, tangki bagi meletak petrol menggunakan satu tong bir lama dan ‘gear box’ turut dicipta menggunakan kayu.

Kereta unik itu menggunakan kuasa enjin Poland Fiat 126 manakala stereng menggunakan kenderaan lama Mercedes Benz.

“Saya suka bekerja dengan kayu dan juga suka melakukan perkara yang mampu menarik minat orang ramai,” kata Puskas.

Cuti musim sejuk yang agak panjang memberi dorongan kepada petani ini mereka dan mencipta kereta.




Hotel angkasa pertama di dunia




REKA bentuk Hotel Angkasa di Pulau Barcelona mengikut gambaran artis.


Abu Dhabi: Timur Tengah bakal menjadi pusat hotel konsep baru yang membawa perubahan besar kepada industri pelancongan dengan pengenalan Hotel Angkasa.

Dubai, Abu Dhabi dan Doha adalah tiga bandar raya yang berpotensi menempatkan Hotel Angkasa pertama di rantau itu.

Syarikat Mobilona Space Hotels yang berpangkalan di Amerika Syarikat berkata, konsep yang dibawa mereka adalah mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Jerome Bottari berkata, pengunjung akan melalui pengalaman luar biasa kerana berpeluang meneroka galaksi tanpa perlu meninggalkan bumi.


“Kami menerima cadangan pembinaan Hotel Angkasa di Doha, Abu Dhabi dan Dubai,” katanya. Minggu lalu Mobilona Space Hotels mengumumkan rancangan mereka membina Hotel Angkasa Mobilona setinggi 300 meter dan dilengkapi spa bebas graviti.

Syarikat itu berkata, hotel berkenaan juga dilengkapi terowong angin di pulau buatan manusia di luar pantai Barcelona. Kata Bottari, syarikatnya merancang membuat pelaburan bernilai 1.5 bilion euro (RM5.9 bilion) untuk pembangunan projek Pulau Barcelona serta membina lebih 2,000 bilik hotel serta kediaman mewah di situ.

“Hotel Angkasa juga akan dibina di Los Angeles dan Hong Kong,” katanya. Menurut Bottari, pengumuman mengenai projek itu di Timur Tengah akan dibuat selepas pembinaan Pulau Barcelona bermula tidak lama lagi.

Katanya, bangunan yang dirancang itu dibina dengan gabungan reka bentuk dan teknologi terkini bagi membentuk suasana sesuatu tempat di dunia atau di cakerawala.

“Tingkap Hotel Angkasa diperbuat daripada kaca lutsinar yang boleh bertukar menjadi lampu bagi menghasilkan persekitaran seperti di angkasa lepas,” katanya.

Menurut Bottari, apabila penghuni mahu ‘kembali’ daripada pengembaraan itu, mereka hanya perlu menekan suis untuk memadamkan lampu berkenaan.

Lebih menarik, bilik itu juga dilengkapi permukaan unik bagi menghasilkan paparan sebaik mungkin walaupun ia dilihat dari sebarang arah. “Kami menggabungkan pengalaman visual bagi merangsang semua lima panca indera pengunjung menikmati dunia di sekitar mereka, mendengar bunyi, menghidu bau-bauan kegemaran, menyentuh objek dan merasa sendiri apa yang diinginkan,” katanya. 

Apabila siap, suite hotel dan kediaman mewah itu akan dijual pada harga antara RM1.9 juta hingga RM10.2 juta, manakala penthouse bernilai daripada RM15.3 juta sehingga RM78.4 juta Jika anda ingin menginap di hotel itu, kadar sewaan biliknya adalah antara RM1,175 hingga lebih RM 5,800 satu malam. - AP



Puntianak tenggek atas atap

Tempat dan peralatan memuja.
Tempat dan peralatan memuja.

Puntianak tenggek atas atap
Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama

Puntianak tenggek atas atap
Aziz dan Zamri menunjukkan kawasan pemujaan.

Puntianak tenggek atas atap
Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh

KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.


Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja.

Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.

Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.

Cangkung atas bumbung

Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila  terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah.

“Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.

"Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya.

"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengalaman menakutkan

Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung.

Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.

Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka.

“Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.

"Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.

Berlaku lewat malam

Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga  dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan.

Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.

Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.

Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.

“Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu.

"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya.



Lelaki pikul 'kediaman' ke kampung halaman

Liu Lingchao, 38, carries his makeshift dwelling as he walks along a road in Shapu township of Liuzhou, Guangxi Zhuang autonomous region. Photo by China Stringer

Liu Lingchao carries his


Liu Lingchao carries his

Liu Lingchao cooks in his

Liu Lingchao cooks in his

Liu Lingchao rests in his

Lingchaou memikul kediamannya sambil berjalan kaki di bandar Liuzhou pada Selasa lalu.- REUTERS


BEIJING - Seorang bekas jurujual di China, Liu Lingchaou, membina sebuah kediaman mudah alih untuk berlindung ketika hujan.

Lelaki berusia 38 tahun itu membina rumah unik itu menggunakan bahan binaan ringan seperti buluh dan plastik.

Lingchaou diberhentikan kerja sejak lima tahun yang lalu dan telah diusir keluar dari rumah.

Dia yang menetap di Shenzhen kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya di daerah Rongan, dalam wilayah Guangxi dengan berjalan kaki.

Menurutnya, rumah mudah alih itu membuatkan dia berasa bebas dan membolehkan dia berlindung semasa hujan.

Lingchaou memikul struktur seberat 60 kilogram itu dengan berjalan kaki sejauh 32 kilometer sehari.

Dia mencari dan menjual botol-botol minuman sepanjang perjalanan tersebut untuk menyara dirinya.

Kediaman itu itu dibina selebar 1.5 meter dengan tinggi dua meter.

Dia kini berada 32 kilometer dari kampung halamannya. - Agensi