http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html
Memaparkan catatan dengan label binatang pelik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label binatang pelik. Papar semua catatan

Burung helang terbang terbalik

Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik di Prince Rupert Kanada.



PRINCE RUPERT, Kanada - Seorang pengurus penerbitan yang meminati burung, Pam Mullins berjaya merakamkan gambar seekor burung helang yang terbang dalam keadaan terbalik, lapor sebuah akhbar kelmarin. Pengurus itu, Pam Mullins, 49, menghabiskan masa selama bertahun-tahun untuk cuba merakamkan gambar tersebut.
Gambar itu berjaya dirakamkan dekat rumahnya di Prince Rupert, Kanada.
"Sungguh susah untuk merakamkan aksi burung helang itu kerana ia berlaku terlalu pantas," katanya.
Aksi burung helang yang dirakamkan dalam foto itu hanya berlaku dalam sekelip mata yang menunjukkan gerakan akrobatik haiwan itu




Kambing dua kaki di China



















GAMBAR menunjukkan seekor kambing yang memiliki dua kaki di wilayah Shandong, China.


SHANDONG - Seekor kambing mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.

"Ia berdiri dengan menggunakan dua kakinya dan mula meminum susu ibunya. Saya tidak boleh biarkannya mati," jelas Jinxiu. Dia dan kambing yang seberat 4.98 kilogram ketika dilahirkan itu tidak dapat dipisahkan dengannya.

"Walaupun cuma mempunyai dua kaki, ia dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan berdiri dengan stabil. Ia mengikut saya ke mana sahaja," kata Jinxiu sambil ketawa.

Pakar veterinar memberitahu kecacatan itu mungkin disebabkan oleh masalah genetik atau berpunca daripada pencemaran kimia.



Anak lembu berkepala dua


GAMBAR menunjukkan anak lembu berkepala dua di sebuah kampung dekat Iskandariah di Mesir kelmarin.


KAHERAH - Seorang bekas petani di utara Mesir, Sobhy el-Ganzoury menyatakan seekor lembu miliknya melahirkan anak lembu berkepala dua yang disifatkannya sebagai keajaiban Tuhan di sebuah kampung di Iskandariah.

Sobhy menyatakan kelmarin anak lembu ganjil itu mengambil masa dua jam untuk dilahirkan dan dia terpaksa membantu proses kelahiran dengan menarik haiwan tersebut keluar.

Menurutnya, proses kelahiran yang sukar itu menyebabkan kaki anak lembu tersebut lemah.

Dia berkata, seorang doktor haiwan memaklumkan kepadanya bahawa anak lembu yang lahir pada minggu lepas itu kini stabil dan dijangka dapat terus hidup.

Katanya, dia mahu memelihara haiwan itu sebagai peringatan bahawa Tuhan mampu melakukan apa sahaja.
Anak lembu berkenaan tidak dapat berdiri kerana kepalanya yang berat dan kakinya masih lemah.

Haiwan itu minum susu ibunya yang diberi dengan menggunakan botol susu bayi. - AP