RICHMOND – Siapa sangka ratusan ribu rokok boleh menghasilkan kerja seni unik seakan menyerupai permaidani bulu harimau.
Seorang artis berpengaruh kelahiran China, Xu Bing, 56, menggunakan
kepakarannya menghasilkan permaidani dengan 500,000 batang rokok sebagai
simbol perdagangan global selain memberi peringatan mengenai bahaya
tabiat tidak sihat itu.
Jurucakap Muzium Virginia tersebut menyatakan projek permaidani Xu Bing
itu menggambarkan hasil seni seorang artis kontemporari dan inovatif
kerana beliau telah melakukan kajian terhadap pengeluaran tembakau di
beberapa negara sebelum ini.
“Beliau telah melawat ladang tembakau, gudang dan kilang rokok sebelum
memulakan projek untuk pameran tersebut,” menurut jurucakap muzium itu
lagi.
Kurator Jabatan Seni Moden, turut menyatakan pengunjung juga berpeluang
untuk melihat buku dicetak menggunakan kotak mancis dalam pameran
tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan