http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Lelaki terkejut rakam imej hantu

IMEJ hantu berbantuk bayang manusia yang dirakamkan Foster.

FOSTER merakamkan imej hantu dengan kamera digital.

WORDSLEY - Seorang lelaki terkejut setelah dia merakam imej lembaga manusia yang dipercayai hantu ketika bercuti di utara England .
Lelaki itu, Colin Foster, 34, menceritakan kembali bahawa imej misteri itu dirakam dengan menggunakan kamera digital yang baru dibelinya ketika melancong di North Yorkshire.
Beliau tidak mengesan apa-apa yang luar biasa sehingga pulang ke rumah dan melakukan semakan semula gambar yang telah dirakamkan.
"Saya dan teman wanita saya sedang melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba, teman wanita saya menyahut berhenti dan merampas kamera itu," kata Colin.
"Teman wanita saya menyuruh saya membesarkan fokus pada satu bahagian gambar.
"Imej misteri itu pada awalnya tidak dapat dilihat dan semakin jelas setelah diperbesarkan. Kami tergamam dan memandang antara satu sama lain (apabila melihatnya)," ujarnya.
Sementara itu, anggota Persatuan Paranormal British, Nick Thurston berkata, imej yang dirakamkan itu jelas dan ia dianggap satu penjelmaan roh dalam bentuk manusia. - Agensi



3 ulasan:

  1. hmm?!
    pelik2..

    BalasPadam
  2. Macam invisibleman je..bln pose ni mne ade antu.. haha..

    BalasPadam
  3. sikit sikit hantu..huhu.. dalam sains tu dinamakan biasan cahaya dan lingkaran mangnet (perakam semula jadi) .kalau nak stdy pasal ni pergi cari batu magnet

    BalasPadam