http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

10 Keajaiban Senibina Di Expo 2010 Shanghai



Expo 2010 Shanghai merupakan expo yang paling mahal dalam sejarah mana-mana expo di dunia. Expo Shanghai ni juga merupakan expo yang paling banyak dikunjungi oleh pengunjung dari seluruh pelusuk dunia dan paling banyak disertai oleh mana-mana negara dari seluruh dunia. Sebanyak 73 juta pengunjung datang ke Expo ni sepanjang ianya berlangsung. 246 negara mengambil bahagian di kawasan seluas 5.28 km persegi. 



Canadian Pavilion

Rekaan pavilion ini menggambarkan 3 ciri utama kehidupan di kota moden di Kanada iaitu kreativiti, ketahanan dan pergaulan. Pavilion ini antara yang paling menyerlah pada waktu malam dengan permainan warna di dindingnya yang bertukar-tukar. 





Chinese Pavilion
Diambil daripada inspirasi Kota Larangan di Beijing, pavilion ini dibuat seperti mahkota merah yang digelar "Oriental Crown". Pavilion ini akan kekal di sini selepas Expo Shanghai dan akan dijadikan muzium sejarah China.



Danish Pavilion
Pavilion dari negara Denmark ini mengambil inspirasi kehidupan moden urban di kotaraya Copenhagen. Untuk menggambarkan pengalaman itu, pengunjung boleh ke tingkat atas pavilion ini dengan menaiki basikal kerana Copenhagen dan Shanghai sendiri merupakan antara bandaraya yang banyak menggunakan basikal dalam pergerakan penduduknya. Warna putih scandinavian terserlah untuk menggambarkan suasana santai seperti sedang berkelah.



German Pavilion
Menggunakan konsep "Balancity" yang mana struktur luarannya menggambarkan keseimbangan hubungan antara pembaharuan dan pemuliharaan, inovasi dan tradisi, dan kerja dan masa lapang. Sekali imbas, rekaannya macam Muzium Porsche di Stuttgart. 



Polish Pavilion
Dinding pavilion ini menggunakan tema "geometrically paper-cut pattern" yang menggambarkan tema fesyen monolithic yang berkait rapat dengan sejarah dan kemandirian negara itu sendiri.



Norwegian Pavilion
Jika kebanyakan pavilion menggunakan besi dan konkrit sebagai bahan asas binaan, pavilion Norway ini pula menggunakan sumber alam semulajadi iaitu kayu sebagai binaan asas keseluruhannya. Malah bentuknya juga diinspirasikan daripada pokok yang mana dihimpunkan banyak pokok, siap dengan bentuk seperti dahan dan akar untuk kaki pavilion ini. 



Portugese Pavilion
Konsep rekaannya sama seperti Canadian Pavilion dan ianya menyerlah ketika malam menjelma. Material utama untuk dinding luar dan dalam pavilion ini adalah gabus Portugis yang menggambarkan ketahanan bahannya sama seperti negaranya.



South Korean Pavilion
Pavilion ini adalah antara yang paling menyerlah dalam Expo Shanghai ni. Monumen ni menggambarkan kekuatan teknologi Korea di samping menjaga kebudayaan mereka.



Russian Pavilion
Menggunakan tema ideologi Slavic, khususnya menggambarkan konsep "World Tree" dan dahannya mewakili orang ramai. Dengan 12 menara berwarna emas putih, setiap menara ini menggambarkan sejarah untuk setiap era senibina dari zaman Soviet sehingga sekarang. 



UK Pavilion
Diberi jolokan "The Seed Cathedral", rekaan Thomas Heatherwick ini diperbuat daripada 60,000 rod akrilik yang mana setiap sebatang rod menyimpan 1 spesis benih tumbuhan, bermakna ada 60,000 spesis benih tumbuhan dari seluruh dunia disimpan di pavilion ini.
























Tiada ulasan:

Catat Ulasan