http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Pisau tertusuk di bawah mata


GAMBAR X-ray menunjukkan sebilah 
pisau yang tertusuk di bawah mata Ren Hanzhi.

BEIJING - Seorang budak lelaki di China, Ren Hanzhi bernasib baik apabila beberapa doktor berjaya menarik keluar pisau yang tertusuk di bawah matanya dalam satu pembedahan, lapor sebuah akhbar semalam.
Pisau itu tertusuk di bawah mata Hanzhi semasa dia mengupas sebiji buah epal di Zhumadian, tengah China di wilayah Henan, China baru-baru ini.
Selepas ditusuk, darah mengalir menyebabkan dia dihantar ke sebuah hospital sebelum dipindahkan ke sebuah lagi hospital.
Ketua doktor bedah, Peng Liwei kemudian berjaya menarik semula pisau sepanjang 20 sentimeter itu.
Budak berusia 13 tahun itu kini dilaporkan sedang menjalani pemulihan selepas dia dibedah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan