http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

UFO muncul di AS ?

GAMBAR menunjukkan cahaya ganjil (dalam bulatan) yang didakwa objek terbang tidak dikenali di El Paso, Texas pada Rabu lalu. 
 
NEW YORK - Tanggapan bahawa beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dilihat di New York pada Rabu lalu dipercayai belon kian terhakis apabila objek sama muncul di El Paso, Texas, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa objek sama itu turut dilihat El Paso, Texas pada Ahad lalu sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa makhluk asing telah mendarat di Bumi.

Saksi-saksi kejadian di El Paso kemudian menghubungi beberapa balai polis dan stesen berita tempatan bagi memberitahu apa yang mereka lihat itu.

Menurut mereka, satu cahaya seperti bulatan kecil bergerak di langit pada waktu malam sebelum berpecah  menjadi tiga cahaya.Setiap satu cahaya mempunyai ekor di belakangnya.

Cahaya-cahaya itu kemudian bercantum menjadi tiga titik seperti sebuah segitiga.

Segitiga itu adalah sama seperti imej yang dilihat sejumlah penduduk di New York pada Rabu lalu.
Seterusnya, cahaya keempat muncul di El Paso.Semua cahaya itu berlegar-legar di udara sebelum tiba-tiba ia hilang.

Ekoran persekitaran waktu malam yang gelap pada masa itu, mustahil cahaya-cahaya itu merupakan belon.
Rakaman fenomena cahaya itu mencetuskan spekulasi meluas terutamanya selepas sebuah stesen berita menunjukkan bahawa ia menyerupai beberapa cahaya ganjil yang dilihat di New York pada Rabu lalu.

Dalam kejadian di New York itu, satu objek misteri berlegar di sebelah barat New York manakala ramai penduduk memikirkan apa sebenarnya yang mereka lihat.Tiba-tiba, objek itu berpecah menjadi tiga bahagian.

Semasa ia muncul di New York, ketiga-tiga objek itu berlegar-legar di udara dengan menyebabkan lalu lintas terhenti.

Objek-objek itu dipercayai sebagai belon selepas seorang guru besar, Angela Freeman mendakwa 12 belon untuk meraikan seorang gurunya terlepas ke udara.

Tiga objek itu kemudian bercantum menjadi tiga titik dan berlegar-legar seperti kejadian di El Paso.

Namun, sehingga kini, penjelasan yang memuaskan masih belum diperoleh berhubung objek berkenaan.

Ramai pula yang memberi penjelasan daripada sudut ketenteraan.

Pengguna-pengguna Internet lain pula memberitahu, cahaya-cahaya ganjil itu sebenarnya pasukan payung terjun yang mengadakan latihan untuk satu pertunjukan pada waktu malam.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan