http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Ibu bapa berkulit hitam dapat anak kulit putih

FRANCIS TSHIBANGU dan Arlette bergambar bersama cahaya mata baru mereka yang berkulit putih dan 
anak lelaki mereka berusia dua tahun.

LEICESTER, Britain - Satu pasangan suami isteri berkulit hitam begitu terkejut kerana cahaya mata baru mereka merupakan seorang bayi lelaki berkulit putih, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu, Francis Tshibangu, 28, dan Arlette, 25, sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun yang juga berkulit hitam.
Namun, Arlette melahirkan seorang lagi anak lelaki 11 bulan lalu yang berkulit putih dan berambut perang di sebuah hospital di sini.
Cahaya mata baharu itu didapati bukan sindrom albino yang menyebabkan penghidapnya mempunyai kulit berwarna putih.
"Saya berasa amat terkejut sehingga tidak mampu untuk bercakap dan saya dapat melihat beberapa doktor saling melihat antara satu sama lain dengan berfikir bayi itu bukan milik saya.
"Kemudian Arlette dan saya saling berpandangan dan tersenyum dan saya kemudian tahu bayi itu adalah milik kami," kata Francis yang merupakan seorang pelajar universiti jurusan antropologi.
Menurutnya, dia sudah tinggal bersama dengan isterinya selama tiga tahun dan isu mengenai kecurangan tidak pernah dipersoalkannya.
"Gambaran awal jururawat ialah Arlette mempunyai hubungan sulit. Namun, saya pasti bayi itu milik saya," tambahnya.
Dia berkata, bayi lelaki itu mewarisi hidungnya dan bibir isterinya.
Pasangan itu percaya kelahiran itu berlaku mungkin disebabkan nenek moyang Arlette pernah melahirkan anak berkulit putih enam generasi lalu



Katak Berkaki Tujuh


GUANGZHOU – Wu Xiaotan, seorang pelayan restoran di wilayah Guangzhou, China, menemukan seekor katak berbentuk aneh. Katak tersebut memiliki tujuh buah kaki.


Berdasarkan laporan China Global Times,  katak ajaib tersebut  ditemukan ketika pelayan hendak menghidangkan sajian berbahan dasar katak.



Menyedari hal ini, Wu menghentikan kegiatan memasaknya dan memelihara katak unik tersebut sebagai haiwan peliharaannya.



Bentuk Unik dan Menarik, Sandwich






Anak anda  susah makan? Jangan Khuatir, itu adalah keadaan biasa anak-anak, anda hanya memerlukan sedikit kecerdasan dan kreatif untuk membuat anda anda tertarik untuk makan. Salah satunya adalah dengan menghias makanan anda menjadi bentuk yang lucu, sehingga anak anda tertarik untuk menyantapnya.

 Disini contoh tentang salah satu bentuk kreativiti menghias makanan menjadi bentuk yang unik, menarik, lucu dan boleh menarik minat setiap anak untuk menyantapnya.




Lelaki 87 tahun pernah berkahwin 107 kali

BELLO MAASABA duduk bersama tiga orang isterinya.

BIDA - Seorang lelaki di Nigeria, Bello Maasaba berusia 87 tahun telah berkahwin dengan 107 wanita dan memiliki 185 orang anak, lapor sebuah akhbar kelmarin. Anak bongsunya baru berusia sebulan.
Bekerja sebagai seorang pengamal perubatan Islam, Bello kini memiliki 86 isteri berusia dari 19 tahun hingga 64 tahun. Sembilan isterinya telah meninggal dunia manakala dia menceraikan 12 yang lain.
"Saya mendapat ilham daripada Tuhan yang memberitahu saya wanita yang mana patut saya berkahwin," kata warga emas tersebut.
"Tanpa ilham tersebut, saya tidak akan mengahwini lebih daripada dua isteri," tambahnya. Dia tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah yang memiliki 89 bilik di sini.
Seluruh keluarganya termasuk mertua, ipar, sepupu dan anak saudara kini berjumlah sekitar 5,000 orang.
Bello pernah dipenjara tiga tahun lalu apabila dia enggan menceraikan semua isterinya kecuali empat isterinya seperti yang diarahkan pihak berkuasa agama Islam Nigeria.
Semasa kes itu dibicarakan, puluhan isterinya memberi keterangan bahawa mereka berkahwin dengan ikhlas. Selepas mendengar keterangan 57 wanita, hakim mahkamah terbabit mengarahkan supaya Bello dibebaskan.
Mengenai kehebatannya di ranjang, Bello memberitahu, ia adalah anugerah Tuhan. "Sekiranya saya gagal memuaskan isteri-isteri saya, mereka akan meninggalkan saya," ujarnya.


Imej misteri dalam jentera bomba

GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang 
memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka 


KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, 42, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka di sini baru-baru ini.
Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei lalu.
“Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.
“Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,” ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.


Gambar semut api berdiri sebelah kaki

ROBERTUS AGUNG SUDIATMOKO merakamkan gambar seekor semut berdiri 
dengan satu kaki di Cibinong, Indonesia

CIBINONG - Seorang jurugambar Indonesia, Robertus Agung Sudiatmoko merakamkan gambar seekor semut api berdiri dengan hanya menggunakan satu kakinya, lapor sebuah akhbar semalam.
Robertus, 29, merakamkan aksi yang jarang dilihat itu dengan menggunakan sebuah kamera Canon 40D apabila dia melihat sekawan semut api melintas berhampirannya di sebuah kampung di sini, Jawa Barat.
Banyak gambar menarik serangga itu yang dapat dirakamkan tetapi imej paling menakjubkan adalah aksi seekor semut tersebut yang berdiri dengan menggunakan satu kaki belakang selama 30 saat seperti ia sedang menari pada September lalu.


Remaja miliki kaki kanan terbalik

KINI Dugan Smith yang berusia 13 tahun selesa menggunakan kaki kanannya yang terbalik.

FOSTORIA, Ohio - Seorang budak berusia 13 tahun, Dugan Smith memiliki kaki kanan yang terbalik, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Dia menjalani satu pembedahan semasa berumur 10 tahun untuk menyambung kakinya dalam keadaan terbalik di sebuah hospital.
Doktor-doktor membuat keputusan untuk memotong kakinya dari atas lutut dan menyambung dalam keadaan terbalik.
Tujuan kaki itu disambung dalam keadaan terbalik adalah bagi mengelak dia kehilangan terus kakinya akibat penyakit kanser.
Walaupun dalam keadaan terbalik, Smith kini masih boleh bermain besbol. - Agensi