http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

Ribuan duit syiling tertanam dalam sebatang pokok ?





Mengungkap misteri duit syiling yang tertanam dalam batang pokok yang terletak di Britain membuat orang bertanya-tanya. Betulkah ada perkara sebegitu? Memang benar adanya pokok yang tertanam duit syiling pada batang menjadi misteri di britain. Jikalau kita lihat pada batang pokok ini seperti dipenuhi dengan duit syiling pelbagai saiz. Fenomena tersebut menjadikan pokok ini digelar pokok duit. 


Sebenarnya, pokok duit syiling ini bukanlah tumbuh secara semulajadi tetapi perkara berlaku akibat tindakan penduduk setempat yang membuat pokok ini sebagai tempat menanam duit syiling pada batang pokok duit tersebut.Duit syiling ditanam dengan hajat oleh penduduk kampung untuk menghilangkan penyakit yang mereka hadapi.Tetapi jika duit syiling tersebut dicabut pesakit dipercayai akan sakit kembali menurut kepercayaan mereka.

Pendaki rakam kelibat bigfoot




Speedy: Whoever or whatever it was covered an vast amount of ground in a very short space of time in the most difficult of conditions



Rapid ramble: Less than a minute later, the creature still seems to be moving with incredible pace against a snowy mountain-face


video yang diambil Myles Lamont dipercayai bigfoot berjalan di kawasan pergunungan berhampiran Squamish, British Columbia, Kanada, dua tahun lalu.



Famous: A still from the 1972 Patterson-Gimlin film purporting to show Bigfoot

Gambaran Bigfoot dalam filem pada tahun 1972 masih menjadi misteri


VANCOUVER 6 Mei - Seorang pendaki Kanada dilaporkan berjaya merakam kelibat makhluk yang dipercayai seekor bigfoot, berjalan di kawasan pergunungan berhampiran Squamish, British Columbia, dua tahun lalu.

Laman web Mail Online melaporkan, pendaki tersebut Myles Lamont mendakwa dia berjaya merakam makhluk berkenaan ketika sedang melakukan aktiviti mendaki di Tantalus Range, utara Vancouver, sebelum memuat naiknya ke laman sosial YouTube.

Sehingga kini, video yang dirakam daripada jarak 2.1 kilometer itu sudah dilihat lebih 260,000 orang.

“Saya yakin terdapat bigfoot di kawasan pergunungan itu, saya dapat melihatnya dengan jelas, bagaimana makhluk tersebut bergerak di tengah-tengah kawasan bersalji.

“Makhluk itu mempunyai sepasang kaki, tidak memakai kasut dan tidak membawa beg galas," jelas Lamont.

Tambah Lamont, berjalan di atas permukaan salji yang lembut tanpa menggunakan kasut dan dapat bergerak dengan pantas, merupakan satu perkara yang sukar dilakukan tanpa bantuan peralatan yang sesuai.

“Dalam video itu kita dapat lihat makhluk tersebut mendaki kawasan curam sepanjang 300 meter, dan tanpa peralatan mendaki mustahil untuk manusia melakukannya dalam masa yang singkat," ujarnya.

Lamont turut menolak sebarang kemungkinan bahawa makhluk yang berjaya dirakamnya itu adalah seekor beruang atau binatang liar lain.

Saksikan video tersebut disini

Pengkaji temui 50 mumiai di ‘Lembah Raja-Raja’

A death mask is seen in the foreground of this photo from the burial site. Photo by Matjaz Kacicnik, University of Basel/Egyptology

The Valley of the Kings in Luxor, Egypt. Photo by Flickr user Supermac1961
Gambar dikeluarkan oleh Majlis Agung Antikuiti Mesir semalam, menunjukkan sebuah kawasan perkuburan ditemui di Lembah Raja-Raja di Luxor.



Kaherah: Sekurang-kurangnya 50 mumia ditemui di ‘Lembah Raja-Raja’ di Mesir baru-baru ini bersama pelbagai objek lain termasuk keranda kayu, topeng orang mati dan balang kanopi. 

Ahli kaji purba berjaya membaca nama dan tulisan pada sebahagian besar objek itu untuk menentukan siapa pemiliknya dan siapa mumia itu. Mumia terbabit merangkumi pelbagai peringkat umur termasuk bayi baru lahir. 


Nekropolis besar itu mengandungi mumia yang mungkin daripada kalangan keluarga diraja, khususnya anak lelaki raja Tutmoses III dan Tutmoses IV daripada dinasti ke-18 yang mentadbir dari tahun 1550 hingga 1292 sebelum masihi, kata kementerian kepurbaan. 

Lembah Raja-Raja yang juga lokasi makam Raja Tut ditemui adalah pusat pelancongan popular. 

Ahli kaji purba menemui beberapa mumia di kawasan itu dan berusaha lagi mencari yang baharu. Mereka percaya sebahagian besar daripada mumia ditemui baru-baru ini, tidak diketahui kewujudannya oleh pengkaji. 

Sepasukan pengkaji dari Universiti Basel, Switzerland membuat penemuan berkenaan ketika bekerja dengan kerajaan Mesir. Kajian akan dilakukan terhadap mumia itu dan mungkin akan dipamerkan pada masa depan. 

“Sebahagian daripada mumia dan barang purba yang ditemui itu mungkin boleh dijual kepada muzium di negara lain atau ditukar ganti dengan artifak lain,” kata seorang daripada pengkaji berkenaan. 
Ahli kaji purba dapat memastikan bahawa makam itu sebelum ini pernah diceroboh tetapi terkejut apabila mendapati banyak objek dan artifaks masih ada. AGENSI

Pekebun tanam kubis seberat 27.5kg

Colossal: Peter Glazebrook, 69, shows off his world-record cauliflower, which ways 60lb

Vast: Mr Glazebrook, joined by fellow gardeners behind the giant vegetable, already owns four world records, including a title for the world's longest beetroot

Prolific: Mr Glazebrook wheels one a giant cabbage during a garden show


GLAZEBROOK bergambar dengan kobis bunga miliknya yang seberat 27.5kg. - Agensi

NEWARK - Seorang pekebun di Britain, Peter Glazebrook memecahkan rekod dunia tanaman kubis bunga paling berat di dunia, lapor portal berita Metro.co, kelmarin.

Dia sebelum ini memiliki empat rekod dunia termasuk menanam ubi kayu terpanjang dan bawang paling berat di dunia.

Kali ini, Glazebrook menuai sebiji kubis bunga seberat 27.5 kilogram (kg) yang ditanam di rumah hijau miliknya di East Midlands di sini.

Sebanyak tujuh orang pengadil telah ditugaskan untuk menimbang sayuran gergasi itu. - Agensi

Pontianak Jalan Sungai Ular?

Pontianak Jalan Sungai Ular?
Lembaga putih yang dipercayai pontianak itu biasa dilihat di sini.


Pontianak Jalan Sungai Ular?
Jalan Sungai Ular ini amat digeruni pengguna pada waktu malam kerana gelap dan menyeramkan.



SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.


Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.

Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

“Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam  12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

“Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya,” katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata,  Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan,” katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.

Haiwan kacukan kuda belang, keldai dilahirkan


KHUMBA mewarisi kaki berbelang-belang ibunya, seekor kuda belang dan badan seperti bapanya, seekor keldai. 


REYNOSA, Mexico 28 April - Seekor anak haiwan spesies baharu hasil kacukan keldai dengan kuda belang menjadi tumpuan orang ramai selepas dilahirkan di Zoo Reynosa, utara Mexico baru-baru ini.

Menurut jurucakap Zoo Reynosa di Tamaulipas, anak haiwan kacukan diberi nama Khumba itu dilahirkan pada 21 April lalu.

Katanya lagi, Khumba merupakan haiwan yang paling jarang ditemukan di dunia kerana kebiasaannya kromosom kuda belang dan keldai tidak serasi.

"Ibu Khumba merupakan seekor kuda belang yang bernama Rayas, manakala bapanya seekor keldai albino bernama Ignacio," ujarnya seperti dilaporkan Mail Online.

Menurut beliau, Rayas berkawan baik dengan Ignacio dan sering dilihat berjumpa antara satu sama lain di dalam kawasan zoo setiap petang.

Setakat ini terdapat beberapa ekor sahaja haiwan kacukan seumpama Khumba di dunia ini, antara di Amerika Syarikat, Jepun dan China.

Namun, kebanyakan pakar biologi tetap beranggapan kromosom kuda belang dan keldai tidak serasi.

Sebelum ini seekor haiwan kacukan sama dilahirkan di Itali dan dikenali sebagai Ippo.

Haiwan istimewa tersebut mendapat perhatian apabila dilahirkan di Florence, Itali pada akhir tahun lalu.

Bandar-bandar purba dikesan

A satellite photo of Tell Rif'at in north west Syria in 1961.

A satellite photo of an archaeological survey around Tell Hamoukar, eastern Syria.



A satellite photo of a defense system in the USSR.
IMEJ satelit perisikan Amerika merakam tapak arkeologi di kawasan Tell Rifaat di barat laut Syria yang kini dikelilingi oleh sebuah bandar moden. - AGENSI



NEW YORK 28 April - Sekurang-kurangnya 10,000 tapak arkeologi berjaya dirakam oleh satelit perisikan Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat semasa era Perang Dingin berpuluh-puluh tahun lalu sekali gus meningkatkan lagi jumlah tapak-tapak arkeologi khasnya di rantau itu.

Imej yang dirakam menerusi tinjauan udara itu merekodkan tapak-tapak arkeologi seperti bandar-bandar purba, jalan raya, terusan dan tinggalan-tinggalan bangunan dipercayai bandar yang wujud pada Zaman Gangsa di Iraq, Turki dan Syria.

Perkara itu didedahkan hasil laporan Atlas Corona Asia Barat oleh seorang ahli arkeologi dari Universiti Arkansas, Jesse Casana semasa persidangan tahunan Persatuan Arkeologi Amerika, di Texas, baru-baru ini.

"Sebahagian daripada tapak itu sangat besar dan kewujudannya sama sekali tidak diketahui.

"Kami boleh melihat pelbagai jenis benda dari jalan raya purba sehingga terusan. Imej itu menyediakan gambar yang amat komprehensif," katanya seperti yang dilaporkan Mail Online.

Imej itu dirakam oleh satelit perisikan AS generasi pertama, sebuah kod sistem dipanggil 'Corona' bermula dari 1960 hingga 1972 dengan menggunakan filem hitam putih.

Foto tersebut diambil untuk mendedahkan pangkalan peluru berpandu dan kem-kem tentera Soviet pada ketika itu.

Arkib gambar mengandungi lebih 860,000 imej satelit yang merangkumi kebanyakan kawasan di dunia didedahkan oleh Presiden, Bill Clinton pada 1995.

Selain Asia Barat, imej Corona itu turut merangkumi kawasan yang menarik minat ahli arkeologi termasuk Afrika dan China dengan kebanyakan kawasan itu kini menerima kesan pembangunan.