http://johanrakyat.blogspot.com/2010/02/buat-kolom-ads-iklan-125x125.html

'Iron Man' masuk pejabat

KOSTUM Wang Kang menarik perhatian rakan-rakan sekerjanya.

SHANG HAI, China - Seorang pekerja telekom, Wang Kang mencetuskan sensasi di Internet apabila dia hadir di pejabat dengan memakai kostum watak adiwira Iron Man yang dibuatnya sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakan-rakan sekerja pemuda berusia 25 tahun itu terkejut melihatnya berjalan masuk ke dalam pejabat di sini dengan memakai sut tersebut.
Kostum yang diperbuat daripada busa dan kerangka aluminium itu mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan. Ia memerlukan kos sekitar AS$450 (RM1,364) dan seberat 50 kilogram.
"Rakan-rakan sekerja saya tidak tahu misi saya. Sebahagian mereka tergamam apabila melihat saya menghampiri mereka," katanya.
Dia mendapat idea untuk membina kostum tersebut selepas menonton filem Iron Man yang dibintangi Robert Downey Junior pada tahun 2008.
Klip video kejadian tersebut dirakam oleh seorang rakan sekerjanya yang kemudian, menghantar rakaman itu ke laman web perkongsian video YouTube. - Agensi





PELIK...Zakaria menatang anak kambing kesayangannya yang dilahirkan tiga hari lalu 
menampilkan keunikan pada wajahnya.



ALOR GAJAH: Seekor anak kambing yang baru tiga hari dilahirkan di Kampung Baru (2) Gadek berwajah pelik menyerupai watak makhluk asing ‘Sully’ dalam filem animasi ‘Monster Inc’ dan didakwa mengeluarkan suara seperti bayi.

Anak kambing diberi nama ‘Mewa’ sempena singkatan ‘Istimewa’ oleh pemiliknya, Zakaria Husin, 70, yang mula menyedari keanehan pada haiwan ternakannya itu yang dilahirkan kembar di kandang miliknya.


“Ibu kambing itu melahirkan anak kembar dan ketika hendak membersihkan bendalir pada tubuh seekor anak kambing itu, saya terkejut melihat wajahnya yang pelik tidak seperti kebanyakan kambing lain dengan matanya tersembul keluar. Seekor lagi anak kambing itu dilahirkan normal,” katanya.

Lebih mengejutkan, Zakaria mendakwa anak kambing itu tidak mengembek kerana bunyinya seakan-akan bayi menangis dan ada ketikanya dia mendengar ia seolah-olah menjerit perkataan ‘mak’.


“Saya kasihan melihat keadaan fizikalnya dan disebabkan wajahnya yang unik itu menyebabkan dia sukar berdiri dengan betul dan kepalanya bergoyang ke kiri dan juga ke kanan serta tidak stabil, selain lidahnya terjelir sejak lahir,” katanya.


Menurut Zakaria, ‘Mewa’ tidak boleh menyusu ibunya sendiri kerana lidahnya sentiasa terjelir dan dibantu dan jika tidak ia tidak duduk diam, malah akan mula merengek seperti bayi.
IMEJ di planet Marikh yang menyerupai wajah pemimpin India, Mahatma Gandhi.

ROM - Imej menyerupai pemimpin India, mendiang Mahatma Gandhi dirakam di permukaan Planet Marikh oleh sebuah kapal angkasa peninjau dan dikesan oleh pemerhati angkasa lepas Itali, Matteo Lanneo, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada tahun 1976, kapal angkasa lepas milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) merakam imej menyerupai wajah manusia.
Satu lagi imej menyerupai wajah seseorang sedang tersengih pula dirakam pada tahun 2008.
Pakar-pakar menyatakan, kedua-dua wajah berkenaan merupakan formasi batu-batan di planet tersebut. - Agensi


Setinggan anjing di Brazil

Anjing-anjing liar yang dipelihara kawasan setinggan anjing di Caxias do Sul, Brazil.

CAXIAS DO SUL - Sebuah kawasan setinggan di sini, selatan Brazil, memiliki sebanyak 1,600 buah rumah anjing dibina untuk komuniti haiwan tersebut, lapor sebuah akhbar semalam
Rumah-rumah anjing tersebut dibina daripada kayu dan zink oleh sebuah pertubuhan amal, So Ama.
Anjing-anjing liar yang ditangkap, diikat pada rumah anjing yang dibina pada jarak yang rapat di kawasan seluas satu hektar.
Sukarelawan So Ama bergilir-gilir menjaga dan memberi haiwan tersebut makan.
"Kami memulakan projek ini kerana mahu melakukan perubahan tetapi ia menjadi semakin besar dan ini sahaja yang mampu kami lakukan," kata ketua pemasaran organisasi berkenaan, Natasha Oselame.
Menurutnya, pihaknya terpaksa bergantung kepada derma orang ramai kerana geran AS$14,000 (RM42,595) yang diberikan pentadbiran tempatan setiap bulan tidak mencukupi untuk membiayai aktiviti it. - Agensi

Gitar digital guna tali maya

GITAR Kitara

LONDON - Sebuah syarikat alat muzik digital, Misa Instruments membina gitar yang dimainkan dengan memetik tali 'maya' pada skrin sesentuhnya, lapor sebuah akhbar semalam
Dinamakan Kitara dan dibina untuk generasi iPhone, gitar berkenaan memiliki skrin sesentuh, alat sintesis muzik dan tali maya yang boleh memainkan 100 bunyi yang berlainan.
Alat itu yang boleh dimainkan seperti gitar biasa dijual pada harga £3,200 (RM9,660) sebuah. - Agensi


Basikal elektrik boleh lipat

BASIKAL Voltitude apabila dilipat (kanan) dan dibuka (kiri).

ZURICH - Sebuah basikal elektrik keluaran Swtizerland boleh dilipat seperti pisau lipat, lapor sebuah akhbar semalam.
Basikal jenama Voltitude itu dilabel sebagai penjimat ruang yang unggul.
Direka untuk kegunaan bandar, basikal kompak seberat 18.5 kilogram itu memiliki panjang 0.8 meter apabila ia dilipat dan 1.09 meter selepas dibuka.
Kenderaan itu boleh dibuka dalam masa cuma satu saat.
Masa empat jam diperlukan untuk mengecas basikal berharga £2,650 (RM8,000) itu dengan menggunakan soket elektrik di rumah.
Ia yang boleh dibeli di laman web Voltitude, berupaya mencapai kelajuan 24 kilometer sejam dengan jarak perjalanan 40 kilometer sebelum perlu dicaj semula.


Bandar dicat warna biru kerana filem Smurfs

SEMUA bangunan di bandar Juzcar, Sepanyol dicat dengan warna biru.

MADRID - Bandar Juzcar di selatan Sepanyol dicat dengan warna biru termasuk gereja bagi meraikan pelancaran filem Smurfs yang dibintangi penyanyi Katy Perry.
Sebanyak 4,200 liter cat dan tenaga 12 penduduk tempatan digunakan untuk mengecat rumah dan bangunan di bandar tersebut sejak kelmarin.
Seramai 250 orang tinggal di bandar itu manakala Datuk Bandar Juzcar, David Fernandez Tirado berkata, orang ramai sudah menggelarkannya Papa Smurf.
Syarikat Sony yang mengeluarkan filem tersebut memilih bandar berkenaan sebagai lokasi tayangan perdana The Smurfs 3D pada 16 Jun ini.
Smurfs merupakan cerita kartun mengenai makhluk kerdil berwarna biru yang disiarkan buat kali pertama di televisyen pada 1981.
Ia disiarkan 30 tahun selepas pelukis kartun dari Belgium, Pierre Culliford menghasilkan komik smurfs. - Agensi