‘Lelaki hamil’ gagal bercerai


Foto


Foto

Phoenix: Seorang hakim menolak tuntutan cerai daripada lelaki yang asalnya wanita dan melahirkan tiga anak selepas berkahwin.

Hakim mahkamah keluarga daerah Maricopa, Douglas Gerlach menegaskan bahawa larangan perkahwinan sesama jantina di Arizona menyebabkan perkahwinan sembilan tahun Thomas Beatie tidak boleh disahkan. 

Beatie dilahirkan perempuan tetapi menjalani pembedahan untuk menjadi lelaki. Bagaimanapun, dia masih mengekalkan organ pembiakan wanita dan melahirkan tiga anak.

Gerlach berkata, dia tiada kuasa untuk meluluskan perceraian kerana tiada bukti mencukupi menunjukkan Beatie adalah lelaki ketika dia mengahwini Nancy di Hawaii. Menurutnya, pasangan Beatie tidak pernah memberikan rekod yang dapat menjelaskan apa yang sebenarnya telah dilakukan Beatie untuk menjadi lelaki.

Jurucakap Beatie, Ryan Gordon berkata, komen hakim itu mengejutkan dan Beatie bercadang merayu keputusan itu.


Menurutnya, Beatie berkahwin sebagai lelaki secara sah dan tidak disyaratkan untuk mendedahkan bahawa dia mengekalkan organ pembaikan wanita ketika memohon dan memperoleh sijil kelahiran baru di Hawaii sebagai lelaki. 

Dia berkata, Beatie menghentikan rawatan testosteron agar dia dapat melahirkan anak. 

“Malang sekali kerana hakim di sini tidak mengiktiraf perkahwinan di negeri lain,” katanya.

Beatie benar-benar mahu mengakhiri perkahwinannya.

Bagaimanapun, hasratnya tertangguh apabila Gerlach mengatakan dia tidak dapat menemui klausa dalam undang-undang yang mendefinisikan lelaki boleh melahirkan anak. 

Thomas Beatie yang dikenali sebagai “Lelaki Hamil” dilahirkan sebagai Tracy Lehuanani Lagondino di Oahu, Hawaii.

Dia berkahwin dengan pasangannya Nancy pada awal 2003 di Honolulu dan hamil kerana Nancy tidak dapat melahirkan anak. Beatie melahirkan anak yang kini berusia empat, tiga dan dua tahun selepas hamil melalui sperma yang didermakan. Pasangan itu kemudian berpindah ke Arizona.

Beatie mendapat liputan meluas media, tampil dalam rancangan bual bicara seperti Larry King dan Oprah Winfrey serta memenangi tempat dalam senarai “10 Individu Paling Mempesonakan” Barbara Walters pada 2008. - Agensi






30 tahun guna serpihan meteorit RM16.5juta

serpihan meteorit
Lopez (kanan) menunjukkan meteorit seberat 100kg yang digunakan sebagai alat pemproses daging sejak tiga dekad lalu.


Faustino Asensio Lopez memberitahu, batu seberat 100 kilogram ditemui bapanya di kawasan ladang ternakan milik keluarga mereka berhampiran Ciudad Real pada 1980.
Menurut Lopez, bapanya percaya batu itu adalah tinggalan perang saudara di negara itu.

"Kami mula mengesyaki batu ini adalah serpihan tahi bintang selepas menonton laporan sebuah stesen televisyen yang mendedahkan kewujudan batu itu di Sepanyol. Kemudian, saya menghubungi ahli geologi, Juan Carlos Gutierrez Marco," kata Lopez dipetik dari MailOnline.

Selepas melakukan beberapa ujian, Marco mengesahkan bahawa batu yang digunakan keluarga pengeluar daging salai itu adalah meteorit logam pra sejarah.

Menarik sekali, ia adalah meteorit keempat ditemui di Sepanyol selepas penemuan terakhir pada 1950.




Anjing laut berenang tanpa satu sirip

Pup 49 was rescued in July 2012 on a beach in Plymouth, Mass.

PUP30N_3_WEB

PUP30N_4_WEB

PUP30N_1_WEB
SEEKOR anjing laut betina yang bernama Pup 49 berenang tanpa satu sirip belakang di dalam Akuarium Mystic di Mystic 

MYSTIC, Connecticut - Seekor anjing laut betina yang berusia lapan bulan berenang dengan menggunakan hanya satu sirip belakang di sebuah kolam di Akuarium Mystic di sini.
Anjing laut itu yang bernama Pup 49 diselamatkan pada Julai 2012 selepas ditemui di sebuah pantai di Plymouth, Massachusetts untuk dirawat.
Satu daripada dua sirip belakang haiwan itu terpaksa dipotong bagi mengelakkan jangkitan kuman tersebar di seluruh badannya.
Kuman itu menjangkiti haiwan itu selepas ia cedera kerana diserang singa laut dewasa. - Agensi




Nyalaan matahari dirakamkan NASA

GAMBAR menunjukkan percikan api dari permukaan matahari pada 16 Mac lalu.

FLORIDA - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat semalam mendedahkan gambar nyalaan api di permukaan matahari.

Gambar itu dirakamkan pada 16 Mac lalu.

Ia menunjukkan terdapat percikan api yang terkeluar dari permukaan matahari. - AFP


Anak singa jadi rakan sepermainan

I like milk too! Zimbi the lion cub peers into Braxton West-Smith's cereal bowl as they have breakfast with Pesaus West in their mobile home. The young trio are part of the family-run Stardust Circus in Australia

Have YOU got anything for me? Zimbi looks ready to leap right from the frame as he clambers towards the photographer

There's my breakfast! Zimbi chows down while Braxton makes a claw gesture in the background

Braxton and Zimbi in training

This is how you do it: Brave Pesaus feeds Zimbi a chunk of meat from her hand

Melbourne: Ketika kebanyakan kanak-kanak menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan, Braxton West-Smith bertindak lebih berani apabila bermain-main dengan anak singa.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu adalah generasi terkini yang menjadi ahli kumpulan Sarkas Stardust. Selain dikelilingi ahli keluarga yang menguruskan sarkas berkenaan, West-Smith menjadikan anak singa Afrika, Zimbi, sebagai rakan. Stardust adalah kumpulan sarkas terbesar di Australia dan menggunakan pelbagai jenis haiwan liar untuk membuat persembahan.


Setiap pagi, West-Smith akan berkongsi meja dengan Zimbi untuk bersarapan serta bergurau-senda.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan selama mana West-Smith akan bersahabat dengan Zimbi kerana aktivis yang membantah penggunaan haiwan dalam persembahan semakin berkembang di Australia. - Daily Mail


King bayi kedua terbesar di Britain

baby2 copy
George King dilahir dengan berat 7.02 kilogram. Kerana saiznya yang besar King hanya muat memakai baju bayi berusia enam bulan. 

LONDON 28 Mac - Seorang bayi di Britain dilahirkan dengan berat 7.02 kilogram secara normal, sekali gus menjadikannya, bayi kedua terbesar pernah dilahirkan di negara ini tanpa melibatkan pembedahan.

Bayi yang diberi nama George King itu dilahirkan di Hospital Diraja Gloucestershire pada 11 Februari lalu.

Bayi itu dilahirkan secara normal, sesuatu yang luar biasa bagi bayi sebesar itu kerana biasanya pembedahan akan dilakukan bagi mengelak kesukaran proses kelahiran.

Namun, sebelum King dilahirkan, tidak terdapat tanda-tanda bayi itu memiliki saiz sebesar itu ekoran ibu bapanya juga dilahirkan dengan berat yang normal dan pasangan itu juga tidak berbadan besar.

Saiz King yang besar menyebabkan ibunya, Jade menghadapi kesukaran untuk melahirkannya apabila bahagian bahu King tersangkut.

"Sebanyak 20 kakitangan hospital terlibat dalam proses kelahiran itu dan situasi turut menjadi cemas dengan King tidak mendapat oksigen selama lima minit.

"Doktor turut memberitahu bahawa bayi saya hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk hidup," kata Jade.

Jade berkata, dia akhirnya berjaya melahirkan King dan bayi lelakinya itu kemudiannya dipindahkan ke hospital lain untuk penjagaan rapi, sebelum dibenarkan keluar empat minggu selepas itu.

"Kini King sihat seperti bayi-bayi lain, tetapi kami terpaksa membeli baju baharu untuknya kerana dia kini memakai pakaian bersaiz antara empat dan enam bulan," ujar Jade.

Bayi lelaki paling besar pernah dilahirkan di Britain ialah Guy Carr dari Barrow, Cumbria dengan berat 7.03 kilogram, manakala rekod dunia dipegang oleh bayi dari Ohio, Amerika Syarikat dengan berat 10.8 kilogram yang dilahirkan pada 1879. - AGENSI




Bekas petani cipta kapal selam mini



BEIJING - Seorang bekas petani, Zhang Wuyi mencipta kapal selam mini kawalan jauh untuk menangkap hidupan marin di Wuhan, wilayah Hubei, China.

Wuyi, 38, yang berminat dalam penciptaan peralatan saintifik telah mencipta lapan kapal selam mini itu.

Dia mencipta kapal selam tersebut bersama beberapa rakan juruteranya.

Salah sebuah kapal selam itu telah dijual kepada seorang ahli perniagaan di Dalian pada harga AS$15,855 (RM49,259) pada tahun 2011.

Kapal selam itu yang dicipta khas untuk menangkap hidupan marin boleh menyelam sedalam 20 hingga 30 meter.

Menurut media tempatan, kapal selam tersebut boleh bergerak selama 10 jam di dalam laut. - Reuters




Pereka Jerman cipta basikal unik

SENFT mengayuh basikal ciptaannya dalam keadaan berbaring di Storkow semalam.- REUTERS

STORKOW, Jerman - Seorang pencipta reka bentuk basikal, Didi Senft di sini mencipta sebuah basikal unik bagi menyambut kedatangan bayi yang akan dilahirkan oleh Kate Middleton yang merupakan isteri kepada pewaris kedua takhta Britain, Putera William.

Menurut Senft, dia bekerja selama 100 jam untuk mencipta basikal tersebut.

Basikal yang diciptanya itu membolehkan penggunanya mengayuh dalam keadaan berbaring. - Agensi





Ayam Tak mati selepas disembelih

Ayam yang disembelih tiga hari lalu masih hidup.

TIKAM BATU - Berpantang maut sebelum ajal. Itulah yang berlaku terhadap seekor ayam yang telah disembelih sehingga dipercayai terputus urat halkum dan marih tiga hari lalu tetapi masih cergas seperti biasa.

Kejadian berlaku di sebuah majlis perkahwinan pihak lelaki di Kampung Permatang Langsat, Simpor Ahad lalu apabila ahli keluarga mahu menyembelih 10 ekor ayam untuk dijadikan lauk kepada petugas, sehari sebelum majlis perkahwinan.

Pengantin lelaki, Muhammad Noh, 27, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan keluarga bahawa salah seekor ayam masih hidup berbanding sembilan ekor lagi yang mati sebaik sahaja disembelih.

“Memang terkejut dan pelik ayam jantan ini terus hidup walaupun berlumuran darah  ketika disembelih,” katanya.

Menurutnya, ayam tersebut dibela sendiri keluarganya dan dijaga ibu, Jamilah Sarip, 60, sejak tiga tahun lalu bagi menjalankan kegiatan menternak ayam daging.

"Walaupun kesan sembelihan dan urat yang putus nampak jelas tetapi ayam jantan berusia setahun ini masih bertenaga.

"Namun, makanan dan air yang diminum keluar semula melalui urat yang putus," katanya.

Manakala, Jamilah berkata, penyembelihan dilakukan adik ipar seperti biasa tetapi kejadian aneh itu baru pertama kali dialami.

“Walaupun ada yang menganggap ia sesuatu yang ‘luar biasa’ tetapi kami sekeluarga percaya ia berlaku atas kekuasaan Allah,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Saidon Rejab, 51, berkata, dia ada terdengar bahawa pemilik mahu menjadikan empat ekor ayam jantan yang dimiliki sebagai baka, bagaimanapun secara tidak sengaja ayam tersebut termasuk dalam kelompok yang mahu disembelih.

“Ramai yang mai (datang) tengok keadaan ayam ini yang masih sihat walaupun setelah dipotong urat halkum dan marih. Oleh itu, semua makanan serta minuman yang dimakan tidak dapat dihadam sebaliknya mengalir keluar melalui urat yang sudah pun terputus,” katanya.

Menurut Saidon, dia juga berasa pelik dengan kejadian itu di mana ayam tersebut masih boleh berlari apabila dikejar, penglihatannya nampak jelas seperti biasa dan masih hidup walaupun darah mengalir sudah kering dan bahagian lehernya nampak cedera dan bengkak


Wanita ketagih melakukan 330 pembedahan plastik



LONDON 24 Mac - Seorang bekas model Inggeris kini terpaksa mendapatkan nasihat pakar psikologi selepas mengaku 'ketagih' menjalani pembedahan bagi mencantikkan wajah dan badan dengan menjalani lebih 330 prosedur kosmetik sejak berusia 17 tahun.

Alicia Douvall, 34, yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan komposer muzik terkenal Simon Cowell mendakwa, dia telah menghabiskan lebih sejuta pound (RM5 juta) untuk memperbaiki bentuk badan, payu dara, wajah dan juga kulit.

Ibu kepada dua anak itu juga pernah menjalani pembedahan memendekkan tulang rusuk untuk kelihatan lebih langsing dan jari kaki untuk 'kelihatan cantik ketika menyarung kasut bertumit tinggi'.

Douvall, 34, berkata, dia melalui beberapa pembedahan yang menyakitkan dan berbahaya, termasuk pernah satu ketika menjalani beberapa siri pembedahan dengan selang tempoh hanya seminggu kerana merasakan dirinya hodoh.

Wanita itu berkata, dia menjalani pembedahan plastik kerana mahu menjadi seperti anak patung popular, Barbie.

"Saya membawa patung Barbie kepada perunding kecantikan dan memberitahu mereka saya mahu kelihatan seperti patung itu," katanya.

Namun menurutnya, tiada seorang pun pakar bedah yang ditemui menolak permintaannya menyebabkan dia semakin seronok melakukannya.

"Disebabkan keghairahan melakukan pembedahan plastik, saya tidak boleh melakukan ekspresi muka lagi, tidak boleh tersenyum dan terpaksa bernafas hanya melalui hidung," katanya.

Douvall kini terlibat dengan kempen 'Hentikan Pembedahan Plastik Bukan Profesional' dan bertemu pakar bagi mengembalikan keyakinan terhadap dirinya.

Perunding bedah plastik, Kevin Hancock, dari Pertubuhan Estetik dan Pembedahan Plastik Britain (BAAPS) berkata, secara fizikal terdapat individu yang tidak layak menjalani pembedahan plastik terutama sekali sekiranya mereka kelihatan sangat bimbang dengan kesan yang bakal berlaku. - AGENSI



'Mulan Jamila' Harimau yang manja di sekolah Islam

BERMAIN DENGAN HARIMAU

BERMAIN DENGAN HARIMAU
Harimau Benggala yang diberi nama Mulan Jamila ini manja dan jinak dengan penjaganya

MALANG 23 Mac - Harimau biasanya dianggap sebagai haiwan yang paling ganas, namun seekor harimau betina di sini sangat jinak sehingga sering bermanja serta mencium penjaganya.

Harimau Benggala yang diberi nama sempena nama penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jamila itu dipelihara di Sekolah Islam Al-Khaffah di Malang, Jawa Timur, Indonesia dengan permit daripada kerajaan.

Mamalia karnivor berusia empat tahun itu dijaga oleh penjaganya, Soleh, selepas dihadiahkan kepada sekolah tersebut.

Mulan dan Soleh sangat rapat sejak haiwan itu mula berada di sekolah dan mereka sering dilihat bermain bersama di kawasan padang rumput di situ.

Soleh memberi harimau itu daging sebanyak 5 kilogram setiap hari, sejak Mulan berusia tiga bulan.

Dalam habitat semula jadi, harimau Benggala tinggal bersendirian dan mengawal 'wilayahnya' secara agresif bagi mengelak musuh, namun haiwan itu jarang menyerang manusia.

Harimau Benggala juga dikenali sebagai 'pemburu malam' kerana kemampuannya berjalan berpuluh kilometer bagi memburu kerbau, rusa, babi hutan dan lain-lain mamalia besar. - AGENSI





Wanita ketagih minum darah


Drinking blood

Sometimes Michelle indulges in her favorite snack straight from the glass or with a spoon

Drinking blood

Drinking blood


Dikenali hanya sebagai Michelle, wanita itu berkata, sejak 10 tahun lalu, dia meminum darah - termasuk darah manusia - setiap minggu dan jumlah itu jika dikumpulkan boleh memenuhi 23 tab mandi.

“Saya ketagih darah sama seperti seseorang perokok ketagih rokok.

“Darah itu diminum ketika saya membaca, berehat atau melukis,” katanya.

Bekerja sebagai pelukis tatu, Michelle, 29, berkata kadang-kadang darah itu dicampur dengan sup atau ditumis.

“Jika saya meminum Bloody Mary (sejenis minuman bercampur darah), hakikatnya saya minum darah sebenar,” katanya.

Michelle berkata, dia lebih gemar meminum darah babi berbanding lembu kerana rasanya yang keras serta lebih masin.

Pada masa sama, kata Michelle, dia mencuba darah manusia - sama ada lelaki atau wanita.

“Darah lelaki berbeza daripada darah wanita,” katanya. Walaupun ketagih, Michelle tidak menganggap dirinya sebagai ‘pontianak’ sebaliknya manusia biasa yang sangat menikmati kesedapan darah.

Katanya, dia menghisap darah terus dari tangan kawan lelakinya, Johnny, seminggu sekali.

Setiap hisapan, katanya, boleh berlangsung antara 30 saat hingga lima minit.

Kata Michelle, dia juga pernah menghisap darah daripada orang lain sebelum ini.

“Ia tidak membahayakan sesiapa kerana hanya orang yang rapat dengan saya diambil darahnya.

“Setiap daripada mereka juga disahkan bebas daripada sebarang penyakit, termasuk HIV,” katanya. Ketagihan kepada darah itu bermula sejak Michelle di usia remaja lagi.

Katanya, jika tertekan, dia menoreh tangannya dan tertarik melihat darah itu mengalir. Sejak itu, kata Michelle, dia sudah meminum kira-kira 4,500 liter darah.

Ibunya juga diberi tahu mengenai tabiat aneh itu.

“Ibu saya menangis sebaik saja saya memberitahunya dan menganggap saya pelik,” katanya.



Singa laut berjalan di atas lintasan pejalan kaki

GAMBAR yang dirakamkan dari YouTube semalam menunjukkan seekor singa laut menyeberangi sebatang jalan raya di Balneario Camboriu, Brazil.- YOUTUBE

BALNEARIO CAMBORIU, Brazil - Seekor singa laut berjalan di atas lintasan untuk pejalan kaki di sebatang jalan raya di sini pada Sabtu lalu.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut terkejut apabila mereka melihat haiwan itu menyeberangi jalan.

Singa laut sepanjang tiga meter itu keluar dari laut dekat bandar ini.

Beberapa buah kereta dan sejumlah orang ramai berhenti bagi memberi laluan kepada haiwan tersebut menyeberangi jalan.

Anggota-anggota polis dan ahli bomba mencurahkan air ke arah haiwan itu bagi mengelakkan badannya menjadi kering.

Bagaimanapun, haiwan tersebut kembali semula ke laut selepas satu jam 30 minit ia berada di daratan. - Agensi


Anda boleh layari rakaman melalui YouTube disini


Telur Gergasi 3-Dalam-1 Ditemui Di Kampung

(ITV)




Ayam di sebuah perkampungan kecil di Provinsi Guizhou China telah meletakkan sebiji telur yang luar biasa - saiznya 3 kali besar daripada telur biasa dan ditimbang hampir setengah paun. Misteri saiz luar biasa telur ini dibongkar apabila seluruh kampung berkumpul untuk memecahkannya - bukan sahaja telur ini mengandungi dua telur kuning, telur itu mengandungi satu telur biasa dalamnya lagi! 

Mangkuk RM7 juta

Foto

New York: Sebiji mangkuk yang dibeli dengan harga kurang AS$3 (RM9) dilelong pada harga AS$2.23 juta (RM6.69 juta) di Sotheby, semalam.

Mangkuk kecil China itu yang dikenali sebagai ‘Ding’ berusia 1,000 tahun dan dibuat ketika pemerintahan dinasti Song yang mentadbir China dari 960 hingga 1279.


Satu-satunya mangkuk serupa dari zaman itu yang diketahui wujud dipamerkan di Muzium Britain sejak 60 tahun lalu.

Selepas membeli dengan hanya beberapa dolar, pembelinya mempamerkan mangkuk itu di ruang tamu rumahnya.


Apabila menyedari keistimewaan mangkuk itu dan nilainya baru-baru ini, dia membawanya ke pakar.


Sotheby menganggarkan mangkuk itu akan dijual antara RM600,000 hingga RM900,000. Bagaimanapun, dua pembida bersaing sengit untuk memilikinya dan akhirnya, peniaga seni terkenal di London, Giuseppe Eshenazi memperolehnya dengan harga RM6.69 juta. - AFP


Gadis 12 tahun lebih genius daripada Einstein, Hawking

Olivia Manning
Manning menunjukkan penyelesaian matematik di sekolahnya di Everton.

LONDON - Institut cerdik pandai antarabangsa, Mensa, mengiktiraf seorang budak berusia 12 tahun sebagai budak genius selepas mendapat skor 162 pada ujian IQ.

Olivia Manning dari Liverpool juga dikatakan lebih genius daripada saintis fizik terkemuka Jerman, Albert Einstein dan Profesor Stephen Hawking.

Media tempatan melaporkan dengan catatan IQ sebanyak itu,  Olivia muncul sebagai sebahagian daripada satu peratus orang paling pintar di dunia.

Murid sekolah North Liverpool Academy di Everton itu kini menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan penyelesaian teori matematik dan fizik.

“Ramai orang datang minta bantuan untuk menyiapkan kerja rumah mereka. Saya menerima mereka dengan hati terbuka kerana dengan cara ini otak saya sentiasa berfikir dan membuatkan saya lebih cerdas," katanya dalam laporan Dailymail

Olivia mengaku, beliau mudah mengingati formula atau apa juga formasi malah media juga menyifatkan, sekiranya ukuran IQ beliau mencecah skor sedemikian maka beliau mempunyai kemampuan menghafal novel karya Shakespeare, Macbeth, dalam masa 24 jam.


Bunuh 3 ular, Wajah Adi Berubah Jadi Mirip Kobra


BOGOR, Jawa Barat - Seorang lelaki dari Kampung RT 04 RW 02 Desa Ciluar, Kecamatan Bogor Utara, Kota Bogor menderita penyakit misteri sejak dua bulan lalu setelah dia dipercayai membunuh tiga ekor ular berwarna hitam.

Akibat penyakit itu, muka Adi, 30, yang bekerja sebagai buruh di kilang sagu di sini membengkak sehingga menutupi wajah lelaki itu manakala mulutnya tidak kelihatan.

Melihat keadaan Adi, penduduk kampung menggelarnya sebagai Adi 'Kobra'.

Memburukkan lagi keadaan, Adi kini berbau busuk seperti bangkai dan turut dihinggapi ulat hingga keluarganya tidak membenarkan penduduk kampung melawatnya.

Menurut isterinya yang tidak mahu dikenali kepada Liputan6.com, kejadian itu berlaku semasa suaminya bekerja pada syif malam dan menemukan tiga ekor ular.

Setelah menemukan ular itu, Adi mengaku kepada rakannya bahawa dia menyiksa dan membunuh haiwan itu sehingga mati.

Malah binatang itu dikerat-kerat dan dijadikan seperti sate sebelum dibakar.

''Di, jangan disiksa ular itu kerana ular itu juga punya perasaan," kata temannya.

Adi menjawab, "Ahh... saya tidak takut sama ular, syaitan ataupun jin.

Beberapa minggu selepas kejadian itu, Adi mengadu kepada isterinya dia sakit gigi dan pipinya berwarna kemerah-merahan.

Kata isterinya, pelbagai usaha dilakukan mereka termasuk ke hospital berdekatan namun doktor yang merawatnya mendakwa mereka tidak mampu merawat penyakit Adi.

Hal ini kerana menurut doktor, penyakit Adi tergolong dalam sakit yang tiada ubat iaitu barah.

Ekoran itu, pelbagai cara digunakan keluarga Adi termasuk secara alternatif dan tradisional namun mereka tidak sanggup merawat penyakitnya. - AGENSI



Hidup dalam dunia ‘terbalik’

Foto
BOJANA memegang akhbar secara terbalik bagi membolehkan dia membaca ‘secara normal.

Belgrade: Tidak seperti manusia lain, Bojana Danilovic amat unik kerana dunianya boleh dianggap ‘terbalik’ secara keseluruhan dan keadaan itu membingungkan pakar perubatan.

Bagi Bojana, setiap sesuatu yang disaksikannya dilihat terbalik disebabkan perhubungan ganjil bagi otaknya memproses sesuatu imej.

Disebabkan masalah itu, Bojana, 28, dilengkapi skrin komputer dan papan kekunci khas di pejabatnya, selain membaca dari bawah ke atas.

Sesuai dengan tugasnya sebagai pekerja majlis perbandaran di Uzice, barat Serbia, dia juga diberikan borang rasmi khas.

Apabila pulang, dia menonton televisyen dengan cara terbalik juga.

Kata Bojana, orang lain mungkin melihatnya sebagai luar biasa, tetapi dia sendiri hidup normal sepenuhnya. “Saya dilahirkan begitu.

“Ia cuma cara saya melihat dunia berbeza berbanding orang lain,” katanya. Bojana berkata, pakar neurologi di Institut Teknologi Massachusetts dan Universiti Harvard di AS berpendapat, dia menghidap masalah ‘fenomena orientasi ruang’ menyebabkan imej dilihat menjadi terbalik. - The Sun



Komet kelihatan di sebelah bulan sabit


Moon and Comet Pan-STARRS Over Las Vegas


Comet Pan-STARRS Close-Up from Australia
GAMBAR menunjukkan komet Pan-STARRS (dalam bulatan) berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico kelmarin. - AFP

CAPE CANAVERAL, Florida - Penduduk di Hemisfera Utara termasuk Amerika Syarikat (AS) dapat melihat kemunculan sebuah komet di sebelah bulan sabit kelmarin.

Komet yang bernama Pan-STARRS itu juga dapat dilihat berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico dan di Las Vegas, AS.

Sebelum ini, komet tersebut ditemui oleh pakar-pakar astronomi dengan menggunakan Teleskop Kaji Selidik Panorama dan Sistem Tindak Balas Pantas (PanSTARRS) di Hawaii, AS pada Jun 2011.

Komet tersebut bergerak sejauh 160 juta kilometer (km) dari Bumi pada minggu lalu.

Menurut seorang ahli astronomi AS, Tony Phillips, komen berkenaan dilihat di Hemisfera Selatan sejak beberapa minggu lalu sebelum muncul di bahagian tengah Bumi.

Walaupun sudah berusia beberapa bilion tahun, Pan-STARRS kini melakukan perjalanan pertama merentasi sistem solar.

Bebola gergasi berais itu melintasi matahari melalui orbit planet Utarid pada jarak 45 juta km pada Ahad lalu. - Agensi





Duit syiling China kuno ditemui di Kenya

GAMBAR menunjukkan duit syiling China kuno yang ditemui di Pulau Manda, Kenya.

CHICAGO - Sepasukan saintis dari Illinois, Amerika Syarikat menemui sekeping duit syiling China kuno berusia 600 tahun di Pulau Manda, di Kenya.

Penemuan yang jarang berlaku itu diumumkan oleh Muzium Field di sini kelmarin.

Syiling itu ditemui dalam satu ekspedisi bersama yang diketuai pegawai muzium berkenaan, Chapurukha Kusimba dan penyelidik Universiti Illinois-Chicago, Sloan Williams.

Penemuan tersebut, kata mereka, membuktikan bahawa perdagangan antara China dan rantau timur Afrika telah wujud sejak beberapa dekad sebelum benua itu ditemui oleh pelayar Eropah.

Syiling kuno itu dibuat daripada campuran perak dan gangsa.

Duit tersebut juga mempunyai lubang di tengah supaya ia boleh dipakai pada tali pinggang.

Pasukan saintis itu memberitahu, syiling bersejarah itu dikeluarkan semasa pemerintahan Maharaja Yongle di China.

Nama Yongle tertera pada duit tersebut.

Ekspedisi berkenaan turut disertai oleh saintis dari Kenya, Pennsylvania dan Ohio.

Mereka juga menemui beberapa rangka manusia dan artifak lain yang lebih tua daripada syiling itu. - AP






Buaya pertama pakai ekor tiruan

Foto

Foto

Foto
DENGAN bantuan ekor tiruan, Mr Stubbs belajar berenang semula selepas ekornya dibaham ketika masih muda.


Phoenix: Seekor buaya bernama Mr Stubbs akan melakar sejarah tersendiri apabila dipasang ekor tiruan bagi membantunya hidup normal tidak lama lagi.

Berusia sembilan tahun, reptilia itu adalah buaya pertama dilengkapi ekor buatan manusia. Mr Stubbs mengalami kecacatan bahagian belakang badannya selepas digigit ketika bergaduh dengan buaya lain.

Kecacatan itu juga menyebabkan Mr Stubbs tidak boleh berenang seperti sepatutnya.

Haiwan berkenaan diselamatkan pakar reptilia sebuah persatuan hidupan liar di Phoenix, Arizona.

Namun, dengan ekor tiruan itu, Mr Stubbs bakal mendapat hidup baru.

Sepasukan pakar mencipta ekor berteknologi tinggi menggunakan lateks dan silikon berharga beribu-ribu dolar Amerika. Mereka turut mengkaji pergerakan Mr Stubbs melalui kamera khas untuk menyesuaikan ekor tiruannya.

Selepas dipasangkan ekor tiruan itu, pakar terbabit perlu mengajar Mr Stubbs berenang semula. Seorang daripada pakar persatuan itu, Russ Johnson berkata, buaya berkenaan mungkin terlalu muda ketika bertembung dan bergaduh sebelum ini. “Buaya adalah haiwan pemangsa dan jika anda bersaiz kecil terpaksa berdepan dengan buaya lain yang kelaparan, anda adalah makanan mereka,” katanya. Mr Stubbs adalah satu daripada 32 buaya yang ditemui dalam sebuah lori yang ditahan di Arizona baru-baru ini. Selepas diserahkan kepada persatuan terbabit, Johnson berkata, mereka mendapati Mr Stubbs tidak mampu berenang.

“Apabila di dalam air, Mr Stubbs akan terlentang,” katanya. - Daily Mail

Tinggalkan suami kerana tikus

Foto

Foto

London: Seorang wanita berkata, dia lebih cintakan tikus daripada manusia, termasuk suaminya.

Chantal Banks, yang akan muncul dalam episod TLC, My Crazy Obsession berkata, dia memiliki 19 ‘sahabat ekor panjang’ yang dianggapnya sebagai anak di kediaman dua biliknya.

Dia membiarkan tikus itu menjilat bibirnya, memakan makanan daripada mulutnya dan berkeliaran ketika dia tidur.

Ketaksuban Chantal terhadap tikus bermula sejak dia berusia 16 tahun.

“Anda akan sedar matlamat hidup anda sebaik anda menemuinya. Itu yang berlaku pada saya apabila saya melihat tikus pertama saya,” katanya dalam rancangan itu.

Sejak itu tikusnya semakin bertambah dan dia tidak akan membiarkan dirinya bersendirian tanpa mereka.

Dia bernasib baik kerana suaminya, Chester, dapat menerima minatnya terhadap tikus.

Anak mereka, Kevin berkata: “Saya membesar dengan tikus”.

Bagaimanapun, ketaksuban Chantal terhadap tikus sudah tidak terkawal dan perkahwinannya berdepan dengan masalah hingga memaksanya berpindah ke rumah lain.

“Suami saya tidak sanggup lagi tinggal dengan tikus. Sukar bagi kami untuk meneruskan rumah tangga yang kami bina 11 tahun lalu. Dia tidak memahami hati saya. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa saya lebih cintakan tikus daripada dia,” katanya.

Wanita itu yang kini hidup bersendirian di apartmennya menghabiskan sebahagian besar masa dengan tikusnya.

Setiap tikus itu diberi nama manusia, seperti Lily dan Janice. Ia menggambarkan personaliti mereka.

“Burka gemar makan tetapi malas bersenam. Janice suka mencium. Lily pula gemar melompat,” kata Chantal.

Menurut wanita itu, dia gemar memakan bersama mereka.

Apabila tidak bersama tikusnya untuk seketika, Chantal berkata, dia mengalami masalah GGMR yang bermakna ‘I Gotta More Rats” (Saya perlukan lebih banyak tikus).

Merumuskan ketaksubannya dia berkata: “Saya cintakan tikus lebih daripada manusia. Saya tidak boleh hidup tanpa mereka. Tikus saya cintakan saya. Apabila saya menangis, mereka menjilat air mata saya.” - Daily Mail


Kanak-kanak kahwin dengan ‘nenek’



Tshwane (Afrika Selatan): Seorang murid sekolah berusia lapan tahun melangsungkan perkahwinan dengan wanita yang mungkin seusia dengan neneknya.

Sanele Masilela melangsungkan perkahwinan itu di depan 100 tetamu dengan ibu anak lima, Helen Shabangu, walaupun wanita berkenaan masih mempunyai suami.


Pasangan itu bertukar cincin dan bercium di majlis yang diadakan di Tshwane, Afrika Selatan.

Sanele mendakwa dia berkahwin kerana diarah oleh nenek moyangnya.


Keluarganya yang membelanjakan kira-kira RM7,500 untuk majlis itu berkata, ia hanya bersifat ritual dan tidak sah dari segi undang-undang.


“Saya memberitahu ibu, saya ingin berkahwin kerana itu yang saya mahukan. Saya gembira dapat berkahwin dengan Helen. Apabila dewasa kelak, saya akan kahwin dengan wanita seusia saya,” kata Sanele.

Patience, Ibu Sanele yang berusia 46 tahun berkata: “Datuk Sanele mengarahkannya berkahwin sebelum dia mati. Dia memilih Helen kerana sayangkan wanita itu. “Dengan berbuat demikian, nenek moyangnya pasti gembira. Jika kami menghalangnya, sesuatu yang buruk akan berlaku ke atas keluarga kami.” Helen ketika mengulas perkahwinannya itu berkata: “Itu yang dimahukan nenek moyangnya.”


Pameran batu di atas batu di London

Rock on Top of Another Rock by the artist duo Fischli/Weiss at the Serpentine Gallery in Hyde Park, London
SEBONGKAH batu yang diletakkan di atas sebuah lagi bongkah batu dipamerkan di Galeri Serpentine, Hyde Park, London 

LONDON - Para pengunjung di Galeri Serpentine di Hyde Park di sini kini boleh melihat sebongkah batu diletakkan di atas sebuah bongkah lagi batu.

Artis seni terkenal dari Switzerland, Peter Fischli dan David Weiss menghasilkan kerja seni unik itu yang mula dipamerkan semalam. - Agensi



Imej UFO dirakam Russell Crowe

GAMBAR objek terbang tidak dikenali yang dirakamkan

SYDNEY - Gambar objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dirakamkan oleh aktor terkenal Hollywood, Russell Crowe dibincangkan dengan hangat di internet, lapor akhbar The Sydney Morning Herald semalam.

Crowe sebelum ini menyatakan imej UFO itu dirakamkan di luar pejabatnya di sini.

Klip video yang disiarkan di laman perkongsian sosial YouTube menunjukkan objek berwarna merah dengan cahaya berwarna kuning melintasi luar tingkap pejabatnya.

Akhbar New York Post turut melaporkan bahawa Crowe memuat naik video itu kerana dia mungkin percaya tentang makhluk asing.

Imej itu menyebabkan isu sama ada terdapat makhluk asing yang telah mendarat di Sydney dibincangkan dengan meluas di internet.

Bagaimanapun, beberapa pakar video dan gambar menyatakan imej tersebut sebenarnya sebuah bot.

Seorang pengguna YouTube memberi komen objek tersebut kelihatan ganjil kerana terdapat teknik muslihat fotografi telah digunakan.

Bagaimanapun, menurut akhbar The Sydney Morning Herald yang memetik agensi berita AAP, Crowe membuat kenyataan di Twitter bagi mempertahankan imej tersebut.

"Saya tidak mengetahui apakah sebenarnya, tetapi menganggap gambar itu sebagai palsu merupakan kebodohan," katanya.

Menurut Crowe, imej itu kelihatan semasa dia mahu merakamkan gambar kelawar keluar dari Taman Botani.

Pelakon berusia 48 tahun dari Australia itu terkenal menerusi filem Gladiator dan Les Misérables. - Agensi

Video tersebut anda boleh ditonton disini

Guru paling kenit di dunia

Guru paling kenit di dunia
Masalah hormon pelik yang berlaku pada anggota badan Azad membuatkan tumbesarannya terbantut sejak berusia lima tahun.


SEWAKTU berumur 18 tahun, beliau pernah dilabelkan sebagai peserta sarkas pelik, namun lelaki kenit Azad Singh yang berketinggian hanya 91 sentimeter (sm) berjaya menutup mulut masyarakat setempat apabila menjadi guru paling kecil di dunia.

Azad, 22, disahkan menghidap sejenis penyakit gangguan genetik luar biasa yang menghentikan tumbesarannya ketika berumur lima tahun, sekali gus kekal sehingga ke hari ini.

Anak muda yang amat kecil itu, bertanggungjawab mengajar mata pelajaran kemahiran komputer di sebuah sekolah rendah perempuan dalam Haryana, India.

"Kesemua pelajar saya lebih tinggi daripada saya," katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun, Azad mempunyai sedikit masalah untuk mengajar, beliau terpaksa berdiri di atas meja guru untuk membolehkannya menulis di papan putih.

Pelajar turut menggelar Azad sebagai 'Chotu' atau 'Cikgu kecil' berikutan memiliki ketinggian 91 sm serta berat 18 kilogram (kg).

"Sejak bekerja sebagai guru, saya memiliki pendapatan sendiri iaitu setiap bulan saya menerima 10,000 rupees (RM563.70)," katanya.

Azad terpaksa akur dengan fizikalnya di mana beliau terpaksa memakai pakaian kanak-kanak walaupun usianya telah mencecah golongan dewasa.

Beliau berkata, walaupun tubuh badannya kenit dan tidak akan membesar seperti lelaki normal, beliau amat berbangga kerana mampu mencapai impian yang diidamkan iaitu menjadi seorang guru.

"Masyarakat sememangnya melayan saya sebagai lelaki normal kerana kini saya sudah bekerja dan pekerjaan saya ini amat dihormati orang ramai.

"Pernah sekali ketika saya berusia 18 tahun, saya telah disalah tafsir sebagai bayi oleh seorang pengawal kereta api.

"Sewaktu di sekolah pula saya juga pernah dibuli kerana masalah saiz badan saya dan berasa amat takut dengan ancaman yang saya berkemungkinan akan diculik oleh pengurus sarkas," katanya.

Bagaimanapun, Azad berkata cemuhan yang dilemparkan kepadanya sewaktu di zaman kanak-kanak menjadi pemangkin kepada beliau untuk membina karakter, sekali gus mematangkannya sehari demi sehari.

"Si pembuli itu berjaya membuatkan saya berusaha keras mencapai matlamat dan mereka tidak akan dapat berkata apa-apa lagi sekarang ini," katanya.  - MailOnline



Meteorit gergasi ditemui

Meteorit gergasi ditemui
Kumpulan penyelidik menyertai ekspedisi selama 40 hari itu bersorak kerana teruja dengan penemuan serpihan tahi bintang tersebut.

Meteorit gergasi ditemui
Meteorit ini adalah yang terbesar ditemui di Antartika Timur.

Sekumpulan penyelidik yang melakukan ekspedisi selama 40 hari untuk mencari serpihan tahi bintang dilaporkan telah menemui meteorit terbesar seberat 18 kilogram (kg) di Antartika pada akhir Januari lalu.

Ahli geologi dari Universiti Libre de Bruxelles, Vinciane Debaille yang mengetuai kajian itu memberitahu mereka sangat teruja dengan penemuan tersebut.

"Ia adalah meteorit terbesar yang pernah ditemui di Antartika Timur dalam tempoh 25 tahun. Saiznya yang agak besar membolehkan ia dilihat dengan mudah dari jarak 50 kilometer.

Tujuan kami mengkaji batu ini adalah untuk memahami bagaimana bumi terbentuk dan berkembang di dalam sistem suria," jelasnya.

Sehingga kini, kumpulan terdiri daripada lapan penyelidik dari beberapa universiti termasuk Jepun yang melakukan kajian di bawah Projek Samba tersebut sudah menemui 425 serpihan tahi bintang dengan jumlah berat keseluruhan 75 kg.

Tahi bintang gergasi itu kini berada di Jepun untuk melalui proses pencairan khas sebelum dikaji dengan lebih mendalam.

Bagaimanapun, Khamis lalu, International Polar Foundation berpusat di Brussels memaklumkan serpihan tahi bintang itu ialah kondrit biasa (mengandungi bahan silika). - MailOnline






Kucing hampir sama berat budak empat tahun

Biscuit, 37-pound cat

St Charles (Missouri): Dengan berat 16 kilogram, kucing bernama Biscuit ini hampir sama berat dengan kanak-kanak berusia empat tahun.

Sebuah pusat perlindungan haiwan kini berusaha mencari rumah baru untuknya.


Pemilik pertama kucing itu ialah wanita cacat terlalu memanjakannya, termasuk memberi haiwan itu banyak makan.

Kini, Biscuit mempunyai berat tiga kali ganda berbanding kucing dewasa biasa.


Biscuit diserahkan oleh tuannya kira-kira setahun lalu kerana tidak berdaya untuk menjaganya, kata jurucakap pusat perlindungan, Teresa Gilley.


“Tuannya tidak berniat membuang Biscuit. Dia tidak mampu lagi untuk menjaganya dengan lebih baik,” kata Gilley. Menurut Gilley, kucing itu kini sudah mula menyesuaikan diri dengan diet rendah kalori.

“Ketika mula tiba, dia hanya boleh berjalan beberapa tapak sebelum duduk dalam keadaan mencungap. Kini, tenaganya sudah meningkat. ‘Malah dia sudah boleh melompat naik ke atas kerusi,” kata Gilley. - AP


Gadis ketagih pewangi ketiak



Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu.


Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.

Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut.


Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.


“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.

“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.


“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya. - Agensi


Akar Pokok Menyerupai Jantung Manusia


Pelik! Akar Pokok Menyerupai Jantung Manusia | Jika anda masih ingat lagi, artikel sebelum ini kami ada menyiarkan mengenai pokok yang menyerupai seakan-akan tubuh manusia. Tetapi kali ini kejadian yang pelik telah berlaku yang mana sepasang suami isteri telah menjumpai akar pokok yang seakan-akan jantung manusia. Akar ganjil itu dijumpai ketika mana pasangan ini mencari akar kayu di hutan.

Pasangan berkenaan, Madon Ismail, 65, dan Fatimah Ibrahim, 55, yang tinggal di Kampung Tembioh pernah menolak tawaran sebanyak RM10,000 daripada rakan yang berminat mahu memiliki akar ganjil itu.
Madon berkata, keunikan akar ganjil itu membuatkannya mudah menolak tawaran daripada mereka yang mahu membelinya.

“Pertama kali apabila saya terjumpa akar ini iaitu pada tahun lepas, saya bersama isteri sedang mencari akar kayu di sebuah hutan berhampiran Bukit Aping,” katanya 

Menurutnya, ketika sedang mendaki bukit, dia berasa aneh apabila ternampak akar ganjil pada sebatang pokok yang mempunyai bonggol besar di bahagian hujungnya.

“Didorong perasaan ingin tahu dan merasakan ia sesuatu yang ganjil, saya mengambil keputusan mengorek tanah berkenaan. Ternyata, usaha yang dilakukan tidak sia-sia apabila mendapati akar itu seakan jantung manusia.

“Dengan pertolongan anak-anak, kami berjaya membawanya pulang ke rumah. Namun, ia terpaksa mengambil masa selama dua hari ekoran akar berkenaan yang terlalu berat,” katanya. Sementara itu, Fatimah berkata, ekoran penemuan pelik itu ramai saudara mara dan rakan yang datang ke rumah mereka untuk melihat sendiri akar ganjil itu.

“Ia adalah keajaiban ciptaan ALLAH SWT, malah kami juga tidak menyangka akan menjumpai akar seaneh ini. Setelah dibersihkan dan divarnis, akar berkenaan kini dijadikan hiasan di rumah dan sehingga kini ada sahaja kunjungan daripada rakan dan saudara yang ingin melihat sendiri akar itu,” katanya.

Menurutnya, kerana merasakan ia sesuatu yang unik dan sukar dijumpai terutama pada zaman ini, mereka lebih suka menjadikan ia sebagai koleksi perhiasan di rumah berbanding dijual.

“Kami berat hati untuk menjual akar ganjil itu malah telah banyak kali menolak tawaran daripada pelbagai pihak yang ingin membeli akar ganjil ini walaupun ditawarkan dengan harga yang lumayan,” katanya.