Komet kelihatan di sebelah bulan sabit


Moon and Comet Pan-STARRS Over Las Vegas


Comet Pan-STARRS Close-Up from Australia
GAMBAR menunjukkan komet Pan-STARRS (dalam bulatan) berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico kelmarin. - AFP

CAPE CANAVERAL, Florida - Penduduk di Hemisfera Utara termasuk Amerika Syarikat (AS) dapat melihat kemunculan sebuah komet di sebelah bulan sabit kelmarin.

Komet yang bernama Pan-STARRS itu juga dapat dilihat berada di sebelah bulan sabit dekat Magdalena, New Mexico dan di Las Vegas, AS.

Sebelum ini, komet tersebut ditemui oleh pakar-pakar astronomi dengan menggunakan Teleskop Kaji Selidik Panorama dan Sistem Tindak Balas Pantas (PanSTARRS) di Hawaii, AS pada Jun 2011.

Komet tersebut bergerak sejauh 160 juta kilometer (km) dari Bumi pada minggu lalu.

Menurut seorang ahli astronomi AS, Tony Phillips, komen berkenaan dilihat di Hemisfera Selatan sejak beberapa minggu lalu sebelum muncul di bahagian tengah Bumi.

Walaupun sudah berusia beberapa bilion tahun, Pan-STARRS kini melakukan perjalanan pertama merentasi sistem solar.

Bebola gergasi berais itu melintasi matahari melalui orbit planet Utarid pada jarak 45 juta km pada Ahad lalu. - Agensi





Tiada ulasan:

Catat Ulasan