Arpan bangga ada 25 jari

KEADAAN jari tangan Arpan (gambar atas) dan kakinya.
KEADAAN jari tangan Arpan (gambar atas) dan kakinya.

BHOPAL: Seorang budak lelaki berusia empat tahun menarik perhatian ramai apabila dia memiliki 25 jari, lapor media semalam.

Arpan Saxena, dari Bhopal, mengalami dua kecacatan genetik yang jarang berlaku.

Satu daripadanya dikenali sebagai Polydactyl yang menyebabkan jari tangan dan kakinya mempunyai jari tambahan. Arpan juga mengalami Syndactyly yang menyebabkan jari tangan dan kakinya bercantum.

Dengan 13 jari tangan dan 12 jari kaki, Arpan seolah-olah selebriti di Bhopal apabila gambarnya terpampang di merata-rata tempat di bandar itu. Kata Arpan, dia seronok apabila ramai orang melihat dan mengambil gambarnya.


“Cuma, saya tak seronok kerana tidak boleh banyak berjalan disebabkan keadaan kaki ini menghalang saya berkasut,” katanya. Bapanya, Anil Saxena, 35, seorang penarik beca.

Kata Anil, ketika lahir, Arpan ada 26 jari dan semua orang terkejut dengan keadaan itu. “Saya tak pernah dengar ada orang dilahirkan dengan jari sebegitu banyak,” katanya.

Ekoran satu kemalangan ketika Arpan berusia dua tahun, satu daripada jarinya ‘putus.’ Kata Anil, Arpan sedang bermain apabila jarinya tercedera sebelum ia seolah-olah tertanggal.

Isteri Anil, Tanu, 30, berkata dia enggan membenarkan anaknya menjalani pembedahan bagi membuang lebihan jari itu walaupun banyak pihak menawarkan bantuan. “Semua ibu bapa mahu dikenali kerana anak mereka.

“Arpan kini terkenal di seluruh Bhopal dan kami mahu ia kekal begitu,” katanya.

Menurut Tanu, dia juga bimbang pembedahan akan memberi kesan kepada anaknya. Namun, kelebihan itu tidak membawa Arpan mencatat nama dalam rekod dunia. Pemegang rekod dunia bagi jari terbanyak ialah seorang lagi budak India, Akshat Saxena, yang memiliki 34 jari. - TS



Objek misteri ganggu penduduk

Objek misteri ganggu penduduk
Objek misteri yang sempat dirakam Ilhami.

KOTA BHARU - Kemunculan objek misteri yang dipercayai datang dari udara meresahkan sebuah keluarga di Kampung Kemumin, di sini.

Ilhami Amir Ismail, 32, berkata, objek mengeluarkan api kemerahan berbentuk payung terjun mini itu jatuh menimpa bumbung rumahnya dan hampir memusnahkan rumah yang didiami sejak beberapa tahun lalu.

“Ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, saya di tempat kerja sebelum dimaklumkan isteri tentang kejadian aneh itu.

“Saya yang terkejut dan kebingungan bergegas pulang sebelum mendapati bahagian bumbung hangus,” katanya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian di sini, kelmarin.

Ilhami berkata, objek dipercayai terdiri daripada besi dan gentian kaca kabel tahan panas yang memungkinkan rumahnya hangus jika lambat bertindak.

“Nasib baik juga isteri dan anak-anak berada di rumah, jika tidak, mungkin kami kehilangan harta paling bernilai, sedangkan ia kesilapan dan kecuaian orang lain,” katanya.

Menurutnya, dia berharap akan ada pihak-pihak tertentu tampil bertanggungjawab kerana jika diperhatikan objek tersebut dibuat dengan ciri-ciri berteknologi.

“Apa yang diharapkan pihak terlibat tampil dan memberi penjelasan serta bertanggungjawab di atas kejadian di luar jangkaan itu, selain menanggung kerugian yang terpaksa dialami kesan daripadanya,” katanya.


Kambing tertera nama Allah berharga RM640,000

Islam Bhati, 37, from Rajasthan in India, is seeking £128,000 for his prized organic goat, pictured

The two-year-old animal has the word 'Allah' in Arabic on one side of his fine fur, pictured

JAIPUR: Seekor kambing ditawar untuk dijual pada harga RM640,000.

Islam Bhati, 37, dari Rajasthan berusaha menjual kambing ajaib dengan harga itu kepada keluarga Islam yang menyambut Aidiladha.


Haiwan berusia dua tahun itu mempunyai perkataan ‘Allah’ tertera pada sebelah badannya.

Pada sebelah lagi, terpampang pula imej bulan sabit dan bintang.


“Ia haiwan ajaib dan saya beruntung memilikinya. Kami menjaga kambing ini seperti anak kami dan ia yang terbaik di kawasan ini.


“Kami dengan senang boleh menjual haiwan ‘suci’ ini dengan 11 juta rupi (RM640,000). Harga itu agak berpatutan,” kata Islam.

Dia yang menguruskan perdagangan batu marmar milik keluarganya membeli kambing itu di kawasan ternakan berdekatan.


“Saya menyedari mengenai perkataan Allah dan imej bintang dan bulan itu sebaik membelinya. “Sejak membawanya pulang ke rumah, kami menjaganya dan memberinya makan kekacang, daun pokok segar dan buah-buahan kering. “Dagingnya sudah pasti enak,” kata lelaki itu.

Islam ditawarkan dengan harga yang tinggi untuk kambing berkenaan sejak mengiklankannya di Internet minggu lalu.


Bagaimanapun, belum ada sesiapa mahu membelinya.


Menurutnya: “Tawaran paling tinggi yang saya terima ialah 2.5 juta rupi (RM150,000) tetapi saya menolak.


“Kambing ini tidak ternilai. Saya hanya ingin menjualnya dengan harga yang saya tawarkan. Dan jika berjaya menjualnya, saya akan mendermakan 50 peratus wang berkenaan kepada sebuah rumah anak yatim tempatan.” kata Islam. - TS


Bandar yang dipercayai tertua di Eropah ditemui

GAMBAR yang dirakamkan pada 26 September lalu menunjukkan sebuah penempatan kecil mengandungi dua buah rumah dipercayai lokasi bandar paling tua di Eropah yang terletak berhampiran bandar Provadia.


SOFIA - Beberapa pakar arkeologi menemui lokasi sebuah bandar kecil berhampiran bandar Provadia, timur Bulgaria yang dipercayai paling tua di Eropah.
Bandar tersebut wujud antara 4,700 hingga 4,200 Sebelum Masihi.
Ia terletak di sekitar sebuah kilang garam tertua di Eropah.
Rangka tulang milik seorang lelaki dewasa dan dua kanak-kanak turut ditemui di lokasi tersebut.
Penemuan yang dibuat oleh kumpulan ahli arkeologi Bulgaria itu disahkan oleh saintis Jerman, Jepun dan Britain. - Agensi


Kerana sering diganggu, jin ini didakwa dimahkamah

http://i.imgur.com/v2acC.jpg




Merasa terganggu oleh kerenah jin yang menghuni rumah mereka, sebuah keluarga di Arab Saudi mendakwa jin ke mahkamah. Jin dituduh telah mengancam kehidupan mereka dengan sering membaling batu ke arah ahli keluarga dan mencuri telefon bimbit milik keluarga itu.

Seperti dilaporkan oleh media tempatan Al Watan, keluarga yang sudah menghuni rumah itu selama 15 tahun di Kota Madinah, akhirnya pindah setelah menyedari bahawa ada jin di rumah tersebut.

Ketua keluarga yang tidak mahu disebutkan namanya ini mengatakan pada awalnya mereka mula mendengar suara-suara aneh yang tidak terlalu dianggap serius. Namun lama kelamaan semakin banyak perkara aneh terjadi dan anak-anak mereka mula ketakutan ketika si jin membaling batu. Jin wanita dan jin lelaki malah bercakap dan meminta keluarga ini untuk pergi dari rumah tersebut.

Kes ini sedang dibicarakan di mahkamah tempatan yang sehingga kini masih mengesahkan kebenaran tuduhan tersebut.

Entah bagaimana cara mereka melakukan pengesahan dan bagaimana nantinya mengadili jin yang jadi terdakwa.





Zeenat wanita kerdil tertua

ZEENAT menunjukkan sijil lahir dikeluarkan kerajaan menyatakan dia berusia 101 tahun, tetapi mendakwa 12 tahun lebih tua daripada itu.
ZEENAT menunjukkan sijil lahir dikeluarkan kerajaan menyatakan dia berusia 101 tahun, tetapi mendakwa 12 tahun lebih tua daripada itu.

NEW DELHI: Seorang wanita Bhopal, India bakal ‘mencabar’ maklumat Buku Rekod Dunia Guinness apabila mendakwa dia adalah wanita kerdil tertua di dunia.

Mengaku berusia 113 tahun, Zeenat Bi berkata, dia masih ingat suasana India ketika ditadbir Inggeris dan keluarga bangsawan berpengaruh besar dalam kehidupan seharian.


Menurut wanita setinggi 91 sentimeter itu, dia melihat bagaimana Bhopal dipenuhi hutan tebal ketika zaman Inggeris bertukar wajah dari semasa ke semasa. “Pada satu ketika, Inggeris membawa roti mereka untuk kali pertama dan penduduk setempat begitu teruja melihatnya,” katanya. Jika dakwaan Zeenat itu benar, bermakna dia dilahirkan ketika British ditadbir Ratu Victoria (meninggal dunia pada 22 Januari 1901) yang menggunakan gelaran Maharani India. Rekod wanita kerdil tertua diiktiraf Buku Rekod Guinness ketika ini ialah Deforest Mason, 74. Tidak pernah berkahwin, Zeenat kini hidup dengan pencen kerajaan bernilai 272 rupee (RM15.55) sebulan dan menumpang di rumah seorang lelaki tempatan, Abrar Muhammad Khan, sejak 20 tahun lalu.

Kata Zeenat, satu-satunya harta yang ada padanya ialah katil kecil dihadiahkan bekas Ketua Menteri Bhopal, Uma Bharti.


“Dia juga pernah menghantar bantuan 2,500 rupee (RM 141) setiap bulan tetapi kini kerajaan tidak mempedulikan saya,” katanya.


Menurut Zeenat, dia mempunyai beberapa hajat sebelum meninggal dunia.

Antaranya, kata Zeenat, dia mahu bertemu bintang Bollywood, Salman Khan.


“Saya juga mahu mengerjakan haji, tetapi ia terlalu mahal dan tiada sesiapa dapat menemankan saya,” katanya. - DM



Fenomena Air Laut Bercahaya?


bio phytoplankton2 Stunning photos of Bioluminescent Phytoplankton

bio phytoplankton3 Stunning photos of Bioluminescent Phytoplankton


bio phytoplankton Stunning photos of Bioluminescent Phytoplankton


Cantik kan gambar yang di atas ni. Seolah pantai itu dihiasi dengan lampu-lampu kecil yang berwarna biru. Cahaya biru yang berkilauan itu ditemui di sebuah pantai di Pulau Vaadhoo di Kepulauan Maldives.

Ianya adalah satu fenomena semulajadi yang dipanggil ‘Bio-Luminescence’. Fenomena ini  terjadi kesan dari tindak balas plankton dengan oksigen dalam air laut. Tindak balas tersebut telah menghasilkan satu cahaya yang sangat menarik. Malah cahaya itu dikataan lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.

Gambar cantik ini berjaya dirakamkan oleh jurugambar Doug Perrine. Kata beliau ketika gambar ini diambil, langit dipenuhi dengan kilauan bintang tetapi tiada bulan yang kelihatan.  Namun gelombang kecil yang menghempas ke pesisir pantai kelihatan seperti lembaran kilat.

Fenomena seperti ini agak jarang ditemui, namun ia tidak mustahil. Dan sering kali ia kelihatan jauh dari daratan.




Pelik! Wanita ini membesar bersama keluarga monyet

http://i.imgur.com/yKXY3.jpg

BRADFORD: Seorang wanita Yorkshire mendakwa dia menghabiskan masa kecilnya di kawasan hutan pedalaman di Colombia dan membesar bersama keluarga monyet.

Menurut Marina Chapman, bukan itu saja persamaan hidupnya dengan cerita legenda terkenal dunia, Tarzan. Menurut Marina, dia terpaksa tinggal di kawasan hutan tebal selepas diculik sekumpulan penjenayah sebelum ditinggalkan di kawasan terpencil.
Katanya, ketika itu dia baru berusia lima tahun.

“Saya bernasib baik kerana diselamatkan dan dibesarkan sekumpulan monyet di kawasan hutan itu,” katanya. Sejak itu, kata Marina, dia diajar menangkap arnab dan burung tanpa sebarang kelengkapan.

Marina hanya diselamatkan selepas seorang pemburu menemuinya secara kebetulan dan menjualnya ke sebuah rumah pelacuran di bandar Cucuta.

Nasib wanita itu baik apabila dia berjaya melarikan diri dan menghabiskan masa bertahun-tahun di jalanan. Ketika itu, kata Marina, tuah sekali lagi menyebelahinya apabila ada satu keluarga mengambilnya sebagai pembantu rumah.

“Di situ, saya dilayan dengan baik dan dianggap sebahagian daripada keluarga mereka,” katanya. Hanya selepas berusia 25 tahun, barulah Marina diajak mengunjungi Bradford bersama jiran majikannya. Di situ, kata Marina, dia menemui lelaki yang kemudian menjadi suaminya, John Chapman, yang ketika itu berusia 29 tahun. Mereka berkahwin pada 1977. Kata Marina, dia tampil mendedahkan kisah hidupnya untuk memberi kesedaran terhadap kegiatan perdagangan manusia.

“Kegiatan ini memang berlaku di Amerika Selatan,” katanya. – DM



Diganggu kelibat 'pocong'

Diganggu kelibat 'pocong'
Laluan keluar masuk penduduk yang dikelilingi hutan bakau dan nipah.

KERIAN - Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu ‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam.

Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.

Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.

“Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.

“Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.

Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.

“Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.

“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang,” katanya.

Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.

“Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.

“Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.

Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.

“Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.

Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.

Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.

“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.

“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,” katanya.


Batu penyendal pintu sebenarnya meteorit

PROFESOR fizik dan astronomi di Universiti Eastern Kentucky, Rodney Piercey memeriksa meteorit yang ditemui pada tahun 1853.

TENNESSEE - Sebuah keluarga di Amerika Syarikat terkejut apabila mendapati seketul batu milik mereka sebenarnya seketul meteorit atau tahi bintang berusia empat bilion tahun, lapor akhbar MailOnline semalam.

Pasukan penyelidik Universiti Tennessee memperoleh meteorit seberat 15 kilogram itu daripada keluarga Donna Lewis di sini yang menggunakannya sebagai penyendal pintu dan pelapik pokok bunga hiasan sejak beberapa tahun lalu.

Pada mulanya, batu itu ditemui di sebuah padang ragut ternakan dekat Tazewell, Tennessee, pada tahun 1930-an oleh seorang lelaki, Tilmon Brooks.

Brooks ialah datuk Donna Lewis yang merupakan seorang setiausaha sekolah di Pineville, Kentucky.

Ujian yang dilakukan di Universiti Tennessee merumuskan bahawa meteorit itu berasal daripada hujan meteor yang pernah berlaku di sini pada 1853.

"Saya lihat kanak-kanak di sekolah kami berasa teruja apabila melihat batu meteor itu.

"Saya sangat lega apabila mengetahui Universiti Tennessee akan menyimpan meteorit ini dengan baik bagi tujuan penyelidikan," kata Lewis. - Agensi



Gadis bermisai, berjambang

pix_middle

BEIJING: Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan.

Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa.

Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik.

Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan.



“Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat,” kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua.


Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap ‘aplastic anemia’ pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya. 

Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat.

Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah.

“Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat,” menurut laporan Liao Shen Evening News.

“Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah,” kata ibunya.

Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu.

Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.

“Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku,” lapor Zinhua. - DM


Kek ngeri

Gillian Bell's cake designs  looks like body  parts

Gillian Bell's cake designs  looks like body  parts


Gillian Bell's cake designs  looks like body  parts

Gillian Bell's cake designs  looks like body  parts

Gillian Bell's cake designs  looks like body  parts

TIDAK semua orang akan tertarik untuk memakan kek cawan yang dihasilkan Gillian Bell.

Keknya menggambarkan gaya filem seram anggota tubuh yang dikelar, kecederaan dan penyakit kulit.

Gillian, 34, tidak mahu terikat dengan cara biasa membuat kek yang membabitkan warna ceria dan corak menawan. Dia sebaliknya memilih kek yang kelihatan menyeramkan, untuk peminat yang menggemari makanan manis dan dapat menahan bau, rasa atau melihat sesuatu yang tidak menyenangkan tanpa perasaan takut atau meloyakan.

Kini, dia tidak sabar untuk mengambil bahagian dalam pameran di London untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai jenis penyakit.


“Agak membosankan untuk membuat kek biasa seperti dilakukan kebanyakan orang. Lebih menyeronokkan untuk menghasilkan sesuatu yang menyeramkan.


“Saya suka melihat reaksi orang ramai. Kek saya sebenarnya enak kerana ia seperti kek biasa. Ada pelanggan yang terus memakannya dan yang lain tak sanggup. Mereka mungkin terpedaya dengan pandangan mata, seolah-olah mereka akan menggigit ketuat,” katanya.

Gillan yang berasal dari Kirkcaldy, Scotland, pernah membuka kedai kek di Edinburgh. Di situ, dia sering mendapat pesanan untuk membuat kek luar biasa.


Dia menutup kedai itu untuk kembali mengajar. Tetapi pada masa sama, masih membuat kek pada masa kelapangan.

Pameran ‘Eat Your Heart Out’ di Muzium Patologi St Bart berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober.


“Tujuan pameran di London itu ialah untuk memberi peluang peserta membuat kek yang dapat membawa kesedaran terhadap wabak dan penyakit. Kerana itu, akan ada kek yang kelihatan seperti jantung berpenyakit dan juga penyakit berpunca daripada seks bebas.


“Rekaan saya pula akan bertemakan penyakit kulit. Saya akan membuat kek yang kelihatan seperti ketuat dan kudis.


“Saya teruja kerana dapat mengambil bahagian. Ia peluang terbaik untuk saya menunjukkan rekaan saya kepada orang ramai,” kata Gillian.



Objek berwarna cerah ditemui di Marikh

GAMBAR yang dirakamkan pada 15 Oktober lalu menunjukkan satu objek kecil berwarna cerah di planet Marikh.

LOS ANGELES - Kenderaan robotik Curiosity menemui satu objek kecil yang berwarna cerah di sebuah kawasan di planet Marikh, kata Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.
Saiz objek tersebut hanya satu milimeter dan ditemui selepas kenderaan robotik milik NASA itu menggunakan peralatan penggalian.
Seorang saintis projek Marikh, John Grotzinger berkata, para penyelidik pada mulanya menyangka objek tersebut berasal dari kenderaan robotik itu.
Bagaimanapun, para saintis berpendapat objek itu mungkin sebahagian daripada kandungan yang terdapat di dalam tanah planet berkenaan.
Objek tersebut mungkin sejenis mineral.
Pada minggu lalu, NASA menyatakan satu lagi objek berwarna cerah yang turut ditemui Curiosity di planet Marikh sebenarnya serpihan plastik.
Menurut NASA, plastik tersebut mungkin jatuh dari kenderaan robotik itu.
Curiosity melakukan misi penerokaan di Marikh selepas ia tiba di planet tersebut pada 6 Ogos lalu.
Misi penerokaan selama dua tahun itu melibatkan kos sebanyak AS$2.5 bilion (RM7.62 bilion). - Agensi



Spesies 'Ular Buta' mirip penis di Brazil






TAOTAUAJER - spesis ular terbaru di jumpai berhampiran dengan Amazon,Brazil apa yang menjengkelkan adalah ular ini seakan-akan bentuk kemaluan seorang lelaki. Ular terbaru ini di klasifikasikan buta kerana tiada kelihatan mata pada tubuh fizikal ular tersebut.

Seekor haiwan spesis baru ditemukan sekelompok pengkaji di Brazil. Haiwan ini dikatakan mirip seakan ular namun tidak memiliki mata seperti ular, sehingga diduga buta. Ia hidup di kawasan berair yang hangat dan mengalir deras.

Ular unik itu dinamai atretochoana eiselti dan ditemukan di dasar sungai Madeira di Rondonia. Sejumlah 6 ekor ditemukan di empangan yang terhubung dengan sungai Amazon. Haiwan reptilia ini sebenarnya telah dijumpai pada November lalu namun baru teridentifikasi sekarang.

Para pengkaji masih menyelidiki haiwan yang bentuknya dinyatakan oleh mereka menyerupai alat kelamin bagi seorang lelaki. Hampir tidak ada maklumat yang didapati selain bahawa haiwan amfibia ini tidak memiliki paru-paru dan kaki serta panjang 1 meter panjang. Mereka membuat kesimpulan sementara bahawa haiwan ini mempunyai kaitan keluargaan dengan salamander dan katak, namun dari segi fizikal lebih mirip seperti seekor ular.

"Meskipun nampak seperti ular, haiwan ini bukanlah reptilia dan lebih erat terkait dengan salamander dan katak," kata ahli biologi, Julian Tupan. "Kami berfikir bahawa haiwan ini bernafas melalui kulitnya dan mungkin memangsa ikan kecil serta cacing. Namun sehingga hari ini kami masih belum dapat membuktikannya."

Penemuan ular buta ini bukan sahaja kali pertama, kalau korang nak tau pada 1968 spesies ini pernah terlihat berkeliaran secara spontan. Kini kajian masih dilakukan terhadap 2 dari 6 spesies yang ditemukan. "Dari 6 ekor yang kami jumpai yang satu mati, 3 dibebaskan kembali ke alam dan 2 masih dalam jagaan penelitian," kata Julian.





Lelaki 96 tahun jadi bapa tertua di dunia

LAMAN YouTube semalam menunjukkan Raghav dan isterinya mendukung kedua-dua anak mereka.



HARYANA, India - Seorang lelaki berusia 96 tahun menjadi bapa paling tua di dunia selepas isterinya yang telah dikahwininya selama 17 tahun melahirkan anak kedua mereka pada awal bulan ini, lapor portal berita Indian Today semalam.

Lelaki itu, Ramajit Raghav dan isterinya, Shakuntala, 54, tidak pernah dikurniakan cahaya mata untuk tempoh 15 tahun pertama perkahwinan mereka.

Pasangan yang bertemu jodoh di sebuah perkampungan Kharkhosa di daerah Sonepat itu menerima kehadiran cahaya mata sulung lelaki dua tahun lalu.Bagaimanapun, anak kedua mereka, Ranjit dilahirkan 5 Oktober lalu.

"Tuhan mungkin mahukan kami memiliki lagi anak. Saya sangat gembira," katanya yang juga seorang petani.
Raghav yang berasal dari Azamgarh berhijrah ke Sonepat 20 tahun yang lalu bagi mendapat pekerjaan.
Dia merupakan bekas ahli gusti ketika zaman mudanya.Raghav memecahkan rekod sebagai bapa tertua di dunia buat kali pertama pada 2007.

Petani tersebut menewaskan rekod yang dipegang oleh lelaki dari Rajasthan, Nanu Ram Jogi yang berusia 90 tahun apabila memperoleh anaknya yang ke-21.Raghav kini memecahkan rekodnya sendiri apabila dia memperoleh anak keduanya.

Menurut petani tersebut, dia mahu kedua-dua anaknya menjadi pegawai tinggi pentadbiran.Akhbar dalam talian MailOnline melaporkan, Raghav mengamalkan diet dengan meminum susu, memakan buah badam dan mentega.

Petani itu berkata, jiran-jirannya berasa cemburu kerana dia berjaya memperoleh dua anak yang sihat.
Raghav berkata, jiran-jirannya kerap bertanya rahsia kesihatan dirinya.

Lelaki tersebut berkata, dia mengambil berat tentang isterinya dan memenuhi keperluannya."Dia seorang wanita yang amat gembira," katanya.Ketika Shakuntala melahirkan anaknya di sebuah hospital di sini, petani tersebut diketawakan oleh doktor-doktor kerana dia menyatakan bayi itu ialah anaknya.Shakuntala menyatakan dia amat sayang suaminya itu.

"Saya menyayanginya walaupun dia kadangkala menjerit ke arah saya," katanya.Menurut portal berita International Business Times, dia tidak mahu anak lagi selepas memperoleh dua cahaya mata. - Agensi


Ukiran labu menyeramkan

MENARIK...pelbagai bentuk ukiran Villafane.
MENARIK...pelbagai bentuk ukiran Villafane.


BELLAIRE: Inilah skulptur menyeramkan yang diukir daripada buah labu.

Artis, Ray Villafane dan Andy Bergholtz menghasilkan ciptaan Halloween yang menyeramkan ini di bengkel mereka. 

Bekas guru seni, Villafane mula mengukir tanpa sebarang latihan dan hanya meyedari bakatnya selepas menawarkan khidmat mengukir labu kepada seorang muridnya.

Dia kini boleh mengukir buah berkenaan dalam masa hanya dua jam.

Villafane yang berasal dari Bellaire di Michigan, Amerika Syarikat berkata: “Selalunya saya tidak mempunyai idea ukiran yang hendak saya lakukan.

“Saya hanya mulakan ukiran dan idea kreatif itu akan datang. 

“Hasilnya tidak semesti apa yang saya kehendaki dan selalu juga saya terpaksa buang labu itu dan memulakan yang baru.

“Labu itu adalah elemen paling penting dalam kerjaya saya. Saya akan mendapatkan kira-kira 50 jenis buah itu sebelum dapat menemui satu yang sesuai untuk diukir.

“Labu terbaik ialah yang lebih berat daripada saiznya. Ini bermakna ia tebal. Anda perlukan labu tebal supaya dapat mengukir imej 3-D daripadanya,” DM


Wanita leher panjang

Gadis Cantik Berleher Panjang



Seorang gadis yang berasal dari Ukrain, Lyudmila Titchenkova dikatakan memiliki leher yang terpanjang di dunia.

Kalau dilihat saiz fizikalnya, memang terlalu jauh bezanya dengan gadis-gadis lain yang seusianya.
Di kalangan rakan-rakannya, Titchenkova lebih mesra dipanggil dengan panggilan gadis zirafah.

Dikatakan juga leher gadis cantik ini panjang berbeza dengan orang lain adalah kerana dia memiliki genetik anggota badan yang berbeza dengan manusia lain.

Disebabkan itu jugalah Titchenkova mengalami pertumbuhan leher dan pembesaran fizikalnya lebih dari manusia normal.

Pun begitu, Titchenkova tetap gembira dengan kehidupannya dan melayari kemanisan hidupnya seperti orang lain.

Lelaki temui al-Quran tertua

Naskah al-Quran dikatakan ditemui seorang pemuda di Yaman.
Naskah al-Quran dikatakan ditemui seorang pemuda di Yaman.

Manama: Seorang lelaki Yaman mendakwa menemui sebuah manuskrip lama yang dipercayai paling tua iaitu naskhah Al-Quran.

Kitab suci umat Islam itu ditemui di dalam penutup kulit dalam sebuah gua di pergunungan selatan bandar Dhale, di bahagian selatan negara itu, lapor halaman web berita Yaman berbahasa Arab, Aden Gulf News. Perkataan “Manuskrip ini ditulis tangan pada 200 Hijrah (815 Masihi) tertulis pada halaman pertama dan ujian awal menunjukkan bahawa naskhah berkenaan adalah tulen, menjadikan ia kitab Al-Quran tertua masih wujud. 

Berdasarkan halaman web itu, huruf Arab tidak mempunyai titik yang hanya diperkenalkan pada peringkat akhir dalam abjad Arab untuk membezakan ia dengan huruf lain yang kelihatan sama.

“Pemuda yang enggan dikenali itu dilaporkan turut menerima tawaran sejumlah 
besar wang bagi menukar manuskrip berkenaan termasuk sejumlah YR12 juta (RM170,664) yang ditawarkan kepadanya, tetapi enggan berbuat demikian,” kata saudara terdekatnya.

Katanya beliau tiba di gua gunung berkenaan dengan mendaki menggunakan tali dan menegaskan itu hanya satu-satu cara untuk ke sana.

Halaman berita itu mendakwa lelaki berkenaan juga menemui sebilah pedang bersebelahan naskhah al-Quran tyang dipercayai milik Ali Bin Abu Talib, Khalifah keempat Islam yang juga menantu Nabi Muhammad.

Beberapa perakuan sejarah mengatakan bahawa ia adalah pedang Dhu Al Faqqar yang dihadiahkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada Ali. - Agensi



Bola mata gergasi ditemui di pantai AS

GAMBAR yang disiarkan Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida kelmarin menunjukkan bola mata gergasi yang ditemui di Pantai Pompano, Florida.

PANTAI POMPANO, Florida - Beberapa saintis Amerika Syarikat (AS) cuba menyelesaikan misteri satu bola mata gergasi yang ditemui di sini.

Mata gergasi yang sebesar bola lisut itu ditemui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan pada Rabu lalu.

Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia ditemui di pantai.

Mata tersebut kini disimpan di sebuah makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS) untuk dikaji bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut.

Ia disimpan dalam larutan formalin bagi mengelak berlakunya proses pereputan. - Agensi



Planet dipenuhi berlian ditemui

Gambaran artis disiar Universiti Yale  menunjukkan Planet ‘55 Cancri e’.
Gambaran artis disiar Universiti Yale menunjukkan Planet ‘55 Cancri e’

London: Sekumpulan ahli astronomi menemui sebuah planet dua kali lebih besar daripada Bumi dengan sebahagian besarnya adalah berlian, mengorbit bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar.

Planet berkenaan yang dipanggil ‘55 Cancri e’ mengorbit bintang seperti matahari dalam buruj Cancer. Ia bergerak terlalu pantas hingga tempoh setahun di sana hanya mengambil masa kira-kira 18 jam. 
Penemuan oleh sepasukan penyelidik Amerika Syarikat-Perancis, garis pusatnya juga dua kali ganda daripada Bumi manakala jisimnya lapan kali lebih besar.

Itu bermakna kepadatannya sama seperti Bumi, walaupun ada planet berlian sebelum ini mempunyai kepadatan lebih tinggi.

Planet berlian juga berkeadaan amat panas dengan suhu permukaannya mencecah 1,648 Celsius.

“Permukaan planet ini diliputi grafit dan berlian berbanding air dan granit,” kata penyelidik Yale, Nikku Madhusudhan. 
Penemuannya itu akan diterbitkan dalam jurnal Astrophysical Journal Letters.

Dalam kajian itu, Olivier Mousis dari Institut de Recherce en Astrophysique et Planetologie di Toulouse, Perancis, menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jisim planet itu yang menyamai kira-kira tiga jisim Bumi, mengandungi berlian.

Penemuan berkenaan juga adalah yang pertama kali planet berlian dilihat mengelilingi bintang seperti matahari membolehkan kajian dijalankan dengan terperinci.

“Ini adalah gambaran pertama dunia batuan dengan asas kimia berbeza dari Bumi,” kata Madhusudhan.

Beliau juga berkata, penemuan planet yang kaya dengan karbon itu bermakna, planet berbatu yang jauh tidak lagi dianggap mempunyai persamaan dengan bumi dari segi juzuk kimia, keadaan dalaman, atmosfera atau biologinya.

Seorang ahli astronomi di Universiti Princeton, David Spergel juga berkata, adalah lebih mudah untuk mengenal pasti struktur asas dan sejarah sesuatu bintang jika jisim dan usianya diketahui.

“Planet adalah lebih kompleks. Planet lebih besar daripada Bumi kaya dengan berlian ini satu daripada contoh hasil penemuan yang bakal ditemui untuk kita memulakan penerokaan planet dekat dengan bintang,” kata Spergel. - Reuters



Pelik! Ketagih Makan Ubat Nyamuk?

Pelik! Ketagih Makan Ubat Nyamuk?
\
Macam pelik, tetapi itulah hakikatnya yang terjadi kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun bernama Abdillah Syarif.

Kanak-kanak ini gemar memakan ubat nyamuk. Selera pelik ini sudah tentulah berbeza daripada selera kanak-kanak lain yang gemar akan makanan manis seperti kek dan coklat. Dalam sehari, Abdillah yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk.

Ibu bapa Abdillah atau Adit sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi bukan saja tidak berhasil, malah, ketagihannya kepada ubat nyamuk semakin bertambah. Tabiat aneh Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.

Adit mula gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu, mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya. Hingga kini, dia jadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.

“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.

Usaha orang tuanya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil. Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.

“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.

“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” katanya.

Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.

Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan boleh pulih, bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka.


Jari berhias jadi identiti unik

ANTARA wajah yang pernah digunakan Von Tease ialah (dari kiri) Gaddafi, Hilter serta satu daripada watak filem fiksyen sains popular, Avatar.


ANTARA wajah yang pernah digunakan Von Tease ialah (dari kiri) Gaddafi, Hilter serta satu daripada watak filem fiksyen sains popular, Avatar


ROME: Seorang artis menggunakan kreativitinya mencipta nama menggunakan jari yang dihias bagi membentuk pelbagai wajah orang terkenal.

Berasal dari Bologna, artis yang hanya mahu dikenali dengan nama samaran Dito Von Tease itu menggunakan jarinya bagi memaparkan wajah seperti Dalai Lama, Jesus, Muammar Gaddafi dan Hitler.


Dia memilih nama samaran Dito sempena nama seorang penari, Dita, serta perkataan bahasa Itali il dito (bermaksud jari).

Kata Von Tease, projek “Ditology” itu dilakukan bagi melihat kepada kepekaan terhadap identiti serta bagaimana seseorang menggunakan samaran - terutama apabila mereka meninggalkan “cap jari digital” dalam talian. “Ia bermula tiga tahun lalu ketika saya mencari imej asli sebagai gambar profil di Facebook,” katanya.


Menurut Von Tease, 33, dia memilih jari sebagai pengenalan kerana tidak mahu identitinya terdedah. Katanya di Itali, ada ungkapan agak popular, nascondermi dietro un dito, yang bermaksud “bersembunyi di balik jari.” “Ia adalah kiasan kepada tindakan bersembunyi yang tidak berkesan,” katanya. Von Tease berkata, dia menggunakan kiasan itu untuk menyatakan bahawa, semua manusia cuba menyembunyikan diri di balik imej yang direka sendiri.


Mengenai jarinya, Von Tease berkata, dia menghiasinya untuk memaparkan wajah sesiapa saja, terutama individu terkenal. Dia menukar watak jarinya setiap harian berdasarkan kepada berita dan perkembangan semasa, membabitkan isu sejarah, seni, muzik, televisyen dan politik. Untuk melengkapkan imej itu, Von Tease menukar warna kulit pada jarinya dan menambah gaya rambut, mekap dan ciri khusus yang dikaitkan dengan tokoh yang dipilih. - DM

Subhanallah ,Bayi Keluar Dari Tanah

Bayi Keluar dari Tanah

Bayi Keluar dari Tanah

Bayi Keluar dari Tanah

Bayi Keluar dari Tanah

 Kejadian ini berlaku di Bangladesh. Seorang lelaki menemui bayi yang secara tiba-tiba muncul dari dalam tanah. Memang kelihatan seperti tak logik, tetapi kejadian ini benar-benar berlaku.

Menurut orang tempatan, bayi ini merupakan anak dari seorang perempuan mangsa banjir yang baru-baru ini melanda daerah itu kerana di sekitar tempat itu pula ditemui mayat seorang wanita yang kelihatan seperti masih tanda-tanda orang baru lepas bersalin. Ajaibnya, bayi ini masih hidup.

Lelaki tanpa muka

LATIF tak boleh melihat selepas mata dilitupi lapisan ketumbuhan.
LATIF tak boleh melihat selepas mata dilitupi lapisan ketumbuhan.

IBU Latif menangis setiap kali melihat beliau.
IBU Latif menangis setiap kali melihat beliau.

KASHMIR: Seorang pemuda buat pertama kalinya menceritakan kehidupannya ‘tanpa muka’ dan bagaimana dia begitu takut keadaannya itu diwarisi oleh anak yang masih dalam kandungan isterinya.

Mohammad Latif Khatana, 32, dari Kashmir, India, tidak boleh melihat atau bekerja kerana mukanya dilitupi lapisan ketumbuhan. 

Kerana kehodohannya, ada orang yang sanggup meludah ketika mereka melalui di depannya.

Dia kini begitu gembira selepas wanita yang dikahwinnya hamil tujuh bulan.


Tetapi dia begitu bimbang, anak yang akan dilahirkan itu akan berwajah sepertinya.


“Saya tidak sabar untuk menjadi bapa dan memiliki sedikit kebahagian dalam kehidupan saya. Tetapi saya sentiasa bimbang dan berdoa setiap hari supaya anak saya tidak dilahirkan seperti saya,” katanya.

Latif yang tinggal bersama isteri, Salima, 25, di kawasan pergunungan di Tuli Bana di Jammu dan Kashmir, pergi ke Srinagar selama empat bulan dalam setahun untuk meminta sedekah. 

Dia dilahirkan dengan ketumbuhan kecil pada mukanya. Tetapi ketumbuhan itu membesar dan membentuk lapisan daging dan menutup seluruh mukanya. Ia menyebabkan Latif tidak boleh melihat.

“Ibu saya masih menangis setiap kali melihat saya. Dia merasa bersalah dan tidak faham mengapa anak bongsunya ditimpa nasib itu.”

Latif mempunyai dua abang dan tiga kakak dan menjadi satu-satunya anggota keluarga yang menghidap masalah berkenaan.

Tanpa adik beradiknya, kehidupannya akan menjadi begitu sunyi kerana tidak ada orang yang ingin berkawan dengannya.

“Tidak ada orang yang mahu bermain dengan saya. Setiap hari saya dipukul dan diejek oleh kanak-kanak lain di kampung. Saya kehilangan mata kiri ketika berusia lapan tahun. Mereka memanggil saya ‘si mata satu.’”

Apabila dewasa, dia terus berdepan dengan banyak masalah. Dia lelaki yang kuat tetapi kerana tidak dapat melihat dan keadaan mukanya, tidak ada siapa yang ingin menawarkannya pekerjaan. 

“Saya terpaksa mengemis dan mengharapkan simpati orang lain supaya dapat memberi makan kepada keluarga.”

Latif kadang-kala memperoleh 400 rupi (RM25) sehari dengan mengemis. 

“Pernah tiga gadis berjalan di depan saya. Mereka ludah kaki saya dan berlari sambil menutup mulut dengan selendang masing-masing. Ia begitu memalukan saya.

“Ia juga membuat saya terkejut kerana melihat kekejaman mereka. Saya begitu tertekan selama beberapa hari. Tetapi saya terpaksa bangkit dan meneruskan kehidupan,” katanya.

Empat tahun lalu, Latif menemui jodohnya.

Ibu bapanya berusaha mencarikannya isteri tetapi tidak ada wanita yang sudi berkahwin dengannya, sehinggalah Latif mendengar mengenai Salima.

“Isteri saya hanya mempunyai sebelah kaki. Sudah lama dia berusaha untuk mendapatkan seorang suami.

“Sebaik bertemu, kami sedar bahawa kami dicipta untuk satu sama lain. Kami jodoh yang sesuai kerana masing-masing cacat,” katanya.

Mereka berkahwin pada Ogos 2008 dan kira-kira 400 tetamu hadir pada majlis itu.

Sejak itu, pasangan berkenaan hidup bahagia. - TS


Mayat Dijadikan Patung Model Pakaian Pengantin

Mayat Dijadikan Patung Model


Mungkin tertekan dengan kematian anak perempuannya, Pascuala telah “memumiakan” anaknya, Pascualita itu dan memakaikannya gaun pengantin yang telah siap.

Dia meletakkan “patung mannequin” Pascualita di tingkap kedai agar semua orang boleh melihat anaknya sebagai seorang pengantin.

Hari ini, Pascualita kekal berdiri di tingkap ”La Popular” di pusat bandar Chihuahua.

Walaupun ia dianggap sebagai sebuah mitos, namun ciri-ciri pada mannequin terutama pada bahagian tangan membuat orang percaya bahawa itu memang mayat Pascualita.




Budak jumpa fosil 30,000 tahun

Budak jumpa fosil 30,000 tahun
Saintis menggali fosil gajah bagi tujuan penyelidikan.


MOSCOW - Seorang kanak-kanak di utara Rusia menemui fosil gajah berusia 30,000 tahun di daerah Taymyr.

Yevgeny Salinder, 11, menemui fosil seberat 500 kilogram itu ketika menggali di belakang rumahnya.

Saintis percayai ia adalah fosil sama pernah dijumpai di Rusia, tahun lalu.

Jurucakap saintis berkata, ketika ditemui fosil itu tidak rosak.

“Gading, tulang rusuk dan mulutnya dapat dilihat jelas," katanya.

Fosil gajah itu kini dinamakan sebagai Zhenya mengambil nama samaran Salinder dan akan dikaji lebih lanjut oleh para saintis. - AFP