Guna elektrik lukis bunga

 
 GAMBAR yang dirakamkan oleh Buelteman menunjukkan arus elektrik pada bunga. 



MONTARA - Seorang jurugambar terkenal Amerika Syarikat (AS), Robert Buelteman merakamkan lukisan gambar-gambar bunga yang menakjubkan dengan menggunakan elektrik, lapor sebuah akhbar.

Pelukis berusia 55 tahun itu yang menetap di sini, California berkarya dengan mengalirkan arus elektrik berkuasa 80,000 volt pada sebuah papan logam dengan bunga diletakkan di atasnya sebelum dia melukis dan merakam imej tersebut.

Proses penghasilan imej itu amat kompleks sehingga dia mengambil masa selama 10 tahun untuk merakamkan 80 imej pelbagai jenis bunga.

Penghasilan imej luar biasa itu memerlukan Buelteman bekerja dalam suasana gelap dan dia turut membina sebuah rangka kayu bagi mengelak terkena renjatan elektrik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan