Dapat lihat semula kerana gigi dalam mata

 


 
JONES (gambar kecil) dapat melihat semula selepas sebatang gigi dimasukkan ke dalam mata kanannya. 

 EMPAT tahun lalu, Martin Jones berkahwin dengan Gill tanpa dapat melihat isterinya dengan jelas kerana kedua-dua matanya buta.

Kedua-dua mata Jones buta selepas dia terlibat dalam kemalangan ketika bekerja di England lebih sedekad lalu.

Namun, dia dapat melihat semula selepas satu pembedahan bagi menanam sebatang gigi dilakukan di mata kanannya.

Selepas pembedahan itu, dia buat pertama kalinya dapat melihat wajah isterinya.

"Dia (Gill) seorang yang hebat dan menawan. Saya seolah-olah tidak dapat percaya apabila dapat melihat wajahnya buat pertama kali," kata Jones yang berumur 42 tahun.

Dia dapat melihat semula selepas menjalani pembedahan di Klinik Mata Sussex di Brighton yang dikendalikan oleh Dr. Christopher Liu.

Dalam pembedahan itu, sebatang gigi Jones dicabut dan dibentuk semula supaya ia boleh dijadikan alat penyokong kanta buatan manusia yang diletakkan di dalam matanya. - Agensi

 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan