Lidah ikan merah pelik

Lidah ikan merah yang ditemui Siti Rohayu berbeza dengan ikan lain.
Lidah ikan merah yang ditemui Siti Rohayu berbeza dengan ikan lain.


  • SUNGAI PETANI – Seorang peniaga terkejut apabila satu daripada tiga kepala ikan yang dibersihkannya memiliki lidah menyerupai manusia di Kampung Nangka, Tikam Batu, kelmarin.

  • Siti Rohayu Abd Hamid, 42, berkata, dia sedang membersihkan kepala ikan berkenaan sebelum terkejut apabila lidah yang dimiliki ikan seberat hampir 800 gram itu terkeluar dari mulutnya.

  • Menurutnya, ini merupakan kejadian pertama yang berlaku sepanjang tiga tahun memulakan operasi kedai makan di sini.

  • “Seperti biasa, rutin kami membersihkan kepala ikan merah sebelum dibuat kari kepala ikan yang menjadi kegemaran ramai pengunjung untuk juadah berbuka nanti.

  • “Tetapi kepala ikan kali ini agak berbeza kerana lidahnya terkeluar seperti manusia, tebal dan pelik,” katanya kepada Sinar Harian.

  • Menurutnya, rakan-rakan yang menyaksikan kejadian itu juga hairan melihat keadaan terbabit tetapi hanya percaya bahawa semua yang berlaku adalah kekuasaan ALLAH SWT.

  • "Akibat bimbang dengan keadaan ini, saya mengambil keputusan untuk tidak memasak kepala berkenaan sebaliknya hanya disimpan dalam peti sejuk buat masa ini," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan