Pemancing naikkan ikan pari 108 kg

The skate

David Griffiths with his record-breaking 235lb monster skate


David Griffiths and the skate

David Griffiths bergambar bersama ikan pari seberat 108 kilogram, yang berjaya dipancing di perairan Scotland baru-baru ini. - AGENSI
POWYS, Wales 22 April - Seorang pemancing amatur, David Griffiths, berjaya menangkap seekor ikan pari seberat 108 kilogram di perairan Scotland, baru-baru ini, dipercayai ikan pari paling besar pernah ditangkap di United Kingdom.

Bagaimanapun, penerbit buku berusia 47 tahun itu membuktikan dia memancing bukan untuk mencipta rekod atau mendapat pengiktirafan, apabila bertindak melepaskan semula ikan itu ke dalam laut selepas mengambil gambarnya.

Griffiths berkata, dia mengambil masa selama 90 minit untuk menaikkan ikan sepanjang 2.3 meter dan 1.8 meter lebar itu dari laut sedalam 152 meter.

"Ikan seperti ini boleh menyebabkan anda tercampak keluar dari bot. Selepas pulang dari memancing, seluruh badan saya berasa sakit," katanya.

Dia juga tidak tahu ikan pari itu merupakan yang terbesar pernah ditangkap di Britain, sehinggalah pemilik bot yang disewanya, Ronnie mengeluarkan pita ukuran serta menyatakan ia merupakan rekod terbaharu di negara ini.

Menurutnya, dia menggunakan umpan ikan kembung dan sotong ketika memancing selama enam hari bersama anak lelakinya Will, yang berusia 12 tahun.

Bagaimanapun, rekod tangkapan tersebut tidak boleh diiktiraf secara rasmi kerana ikan itu tidak ditimbang di tebing atau pelabuhan seperti yang disyaratkan.

Rekod bagi tangkapan ikan pari terbesar di Britain dicatatkan pada 1986 dengan berat hanya 3.6 kilogram.

Griffiths bagaimanapun disambut dengan upacara meriah oleh penduduk tempatan selepas dia kembali di pelabuhan setelah enam hari mengikuti ekspedisi memancing itu. - AGENSI






Tiada ulasan:

Catat Ulasan