Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui

Ahli-ahli arkeologi sedang melakukan penggalian di tapak berhampiran bandar purba Ur yang dipercayai berusia 
4,000 tahun


Ini adalah kali pertama dalam tempoh tiga dekad ahli-ahli arkeologi British dapat melakukan penyelidikan di Iraq


Plak tanah yang menunjukkan seorang hamba dengan jubah labuh menghampiri tempat suci

Ini ialah salah satu daripada objek indah yang ditemui berhampiran Ur

Ahli-ahli arkeologi British telah menemui sebuah kompleks gergasi berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq. 

Kawasan ini dipercayai menjadi tempat asal Nabi Ibrahim, tokoh yang mempunyai kaitan dengan agama Yahudi, Kristian dan Islam. 

Penggalian di tapak berusia 4,000 tahun itu, iaitu kira-kira sama dengan usia Nabi Ibraham sendiri, menimbulkan kemungkinan penemuan hubungan langsung dengan salah satu tokoh yang paling penting dalam sejarah agama. 

Bandar besar tersebut telah ditemui oleh sekumpulan penyelidik dari jabatan arkeologi Universiti Manchester, yang diketuai oleh Stuart Campbell. 

Tapak tersebut mempunyai keluasan sebesar sebuah padang bola sepak, kira-kira 80 meter pada setiap tepi. 

Kompleks berkeluasan seperti ini yang wujud pada tahun 2,000 SM amat jarang ditemui, menurut Dr Campbell.

Satu daripada perkara yang paling luar biasa yang ditemui di tapak arkeologi ini ialah plak tanah liat seorang hamba menghampiri tapak suci memakai jubah labuh. 

Penggalian ini adalah contoh faedah daripada pencerobohan ke atas Iraq, kerana ia adalah penggalian British yang pertama di negara ini selama hampir 30 tahun. 

Semasa pemerintahan Saddam Hussein, Iraq telah terputus hubungan dengan masyarakat antarabangsa, menyebabkan para pengkaji sukar masuki negara tersebut. 

Semasa tahun-tahun awal pencerobohan Barat, negara tersebut berada dalam keadaan tidak stabil untuk membolehkan kerja-kerja arkeologi dilakukan. 

Budaya Mesopotamia yang berusia 4,000 tahun itu terkenal kerana membolehkan kawasan itu berkembang maju sehingga munculnya bandar-bandar awal. 

Objek indah dari kawasan itu termasuk peninggalan Ur dan gambar mozek kini disimpan di Muzium British. 

Nabi Ibrahim disebut sebagai berkata dalam Buku Kejadian bahawa baginda dilahirkan di sebuah bandar yang dipanggil Ur Khaldees sebelum baginda melakukan perjalanan ke arah Tanah Suci. 
Namun tidak jelas sama ada bandar berkenaan terletak dalam kawasan tamadun Mesopotamia Ur. - Mail Online










Tiada ulasan:

Catat Ulasan