Tubuh pemuda dipenuhi paku, jarum

Ronsen

Bambang Sujito, Manusia Paku Meninggal Dunia

GROBOGAN - Berpuluh-puluh paku, jarum dan nat 'bersarang' di tubuh seorang pemuda di daerah Grobogan, Jawa Timur.

Akibat daripada itu, Bambang Sujito, 25, kini hanya terbaring lemah di katil di hospital daerah di Grobogan.

Lelaki yang berasal dari Kampung Teguhan itu sudah beberapa hari dirawat di Hospital Daerah Soedjati, Purwodadi, Grobogan.

Menurut Gunadi, ayah kepada Bambang, kehadiran benda asing di dalam tubuh anaknya itu diketahui tiga bulan lalu apabila anaknya mengadu kesakitan semasa membuang air kecil.

"Bambang juga kerap mengeluh sakit di perut selepas makan dan punca kesakitan itu kami ketahui hanya selepas membawanya ke hospital.

"Hasil pemeriksaan doktor, terdapat berpuluh-puluh paku, jarum dan nat di dalam tubuhnya," kata Gunadi kepada Okezone.

Gunadi berkata, tidak ada gejala aneh yang berlaku sebelum ini, sekali gus membuatkan mereka sekeluarga hairan bagaimana benda asing itu boleh berada di dalam tubuh Bambang.

Sementara itu, pihak hospital sehingga kini masih belum berani melakukan pembedahan kerana keadaan pesakit yang masih lemah. - AGENSI






Tiada ulasan:

Catat Ulasan