Lelaki `Sakit Jiwa’ Masak Alat Sulit Sendiri

Masak Alat Sulit Sendiri

Tokyo – “Saya menawarkan hidangan alat sulit saya hanya pada harga 100,000 yen atau £800. Saya seorang lelaki Jepun,’’ itu bunyi ayat menjijikkan yang ditawarkan oleh seorang lelaki kepada orang ramai melalui laman social twitternya.

Lelaki sakit jiwa itu, Mao Sugiyama, 23, turut menyatakan bahawa organ sulitnya itu telah dibuang dalam satu pembedahan tahun lalu.

Dia juga memberitahu tidak pernah mendapatkan rawatan hormon dan organ sulitnya itu akan dimasak kepada mereka yang berminat di tempat yang dipilih sendiri oleh pelanggan.

Idea gila itu bagaimanapun mendapat maklum balas daripada orang ramai.

Seramai 70 orang menghadiri program memasak organ sulitnya itu namun hanya tujuh orang yang berminat untuk menikmati hidangan tersebut.

Selebihnya hanya makan daging lembu atau buaya sahaja.

Mereka yang hadir bagaimanapun hanya dikenakan bayaran £160 setiap orang dan masakan itu turut dicampurkan dengan cendawan dan herba.

Kesudahannya, Mao ditahan polis dan didakwa atas tuduhan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Sabit kesalahan, Mao yang turut membuang puting susunya itu berdepan hukuman penjara dua tahun dan denda sebanyak 2.5 juta yen ($32,000).

Namun dia tidak ditahan kerana memasak alat sulitnya itu memandangkan Jepun tidak mempunyai undang-undang melibatkan kanibalisme.

Mao turut mendapatkan sijil mengesahkan alat sulitnya itu bebas jangkitan dan ia disejuk beku selama dua bulan, sebelum dihidangkan di restoran Suginami, yang terletak di barat Tokyo.

Pada mulanya Mao yang menggunakan nama samaran HC bercadang memakan sendiri organ sulitnya namun kemudian membuat keputusan untuk menghidangkan kepada orang ramai.

Bagi mengelakkan sebarang masalah, dia meminta mereka yang makan hidangan itu menandatangani perjanjian dan dia tidak akan bertanggungjawab jika mereka jatuh sakit.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan